Pakatan Harapan ڤاكتن هارڤن | |
---|---|
Singkatan | PH |
Presiden | Dato Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail |
Pengerusi | Dato Seri Anwar Ibrahim |
Timbalan Pengerusi | |
Naib Pengerusi | |
Ditubuhkan | 22 September 2015 |
Disahkan | 16 Mei 2018 |
Ibu pejabat |
|
Akhbar |
|
Sayap pelajar | Mahasiswa Pakatan Harapan |
Sayap belia | Pemuda Pakatan Harapan[2][3] |
Sayap wanita | Wanita Pakatan Harapan[4] |
Keanggotaan (2023) | |
Ideologi | |
Kedudukan politik | Tengah ke tengah kiri |
Warna | Merah dan putih |
Slogan |
|
Lagu parti | Harapan Kita Boleh! |
Dewan Negara: | 15 / 70
|
Dewan Rakyat: | 81 / 222
|
Dewan Undangan Negeri: | 141 / 607
|
Menteri Besar dan Ketua Menteri | 3 / 13 |
Majlis Tempatan Perundangan Daerah | 0,000 / 1,311 |
Simbol pilihan raya | |
(seluruh semenanjung Malaysia) | |
Bendera parti | |
Laman sesawang | |
pakatanharapan |
Sebahagian daripada siri tentang |
---|
Sejarah Malaysia |
Portal Malaysia |
Negara Anggota ASEAN |
Portal Malaysia |
Pakatan Harapan (PH) adalah sebuah gabungan politik di Malaysia, pengganti kepada Pakatan Rakyat. Gabungan ini ditubuhkan pada tahun 2015 sebagai gabungan parti pembangkang. PH mempunyai 4 parti komponen iaitu PKR, DAP, AMANAH dan UPKO. Kini, gabungan ini merupakan anggota Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Pengerusi PH Anwar Ibrahim di peringkat Kerajaan Persekutuan bersama-sama BN, GPS, GRS, WARISAN, KDM dan PBM. PH mempunyai 3 ketua kerajaan negeri iaitu Amirudin Shari (MB Selangor), Chow Kon Yeow (KM Pulau Pinang) dan Aminuddin Harun (MB Negeri Sembilan). PH juga sebahagian daripada Kerajaan Negeri Perak, Pahang, Melaka dan Sabah.
Parti Komponen
Sejarah
Penubuhan
Pakatan Harapan merupakan pengganti terus kepada gabungan tiga parti Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Gabungan ini ditubuhkan pada 22 September 2015, dua tahun selepas pilihan raya umum 2013, kerana perselisihan faham dan konflik antara PAS dan DAP terutamanya mengenai isu pelaksanaan undang-undang syariah, menyebabkan PAS berpecah dari Pakatan Rakyat dan membubarkan gabungan itu pada 16 Jun 2015.[6][7][8] Pembubaran itu menyebabkan pembentukan gabungan baru bernama Pakatan Harapan, yang terdiri daripada bekas parti Pakatan Rakyat iaitu PKR, DAP dan sempihan dari PAS iaitu, Parti Amanah Negara (AMANAH).[9][10]
Pada 12 November 2016, parti serpihan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Pribumi Bersatu Malaysia, yang disingkatkan sebagai BERSATU, mengesahkan bahawa parti itu komited untuk menyertai blok pembangkang Pakatan Harapan, seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi BERSATU dan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.[11][12] Kemudian pada 13 Disember, BERSATU membentuk pakatan pilihan raya dengan Pakatan Harapan menerusi perjanjian tujuh perkara di ibu pejabat PKR,[13] dan pada 14 Mac 2017, BERSATU secara rasmi menyertai Pakatan Harapan sebagai ahli.[14]
Bertanding pilihan raya umum Malaysia 2018
Pada 14 Julai 2017, barisan Majlis Presiden telah disahkan. Logo biasa juga diperkenalkan dengan perkataan "Harapan" dengan "A" berbentuk sebagai chevron berwarna putih pada latar belakang merah. Logo itu akan digunakan oleh semua calon yang turut serta sekiranya pakatan mendaftar dalam masa untuk pilihan raya umum ke-14.[15] Perjanjian itu juga mengumumkan bahawa logo PKR akan digunakan sebagai simbol pilihan raya di seluruh Malaysia Barat.[16] Sementara itu, pakatan di Malaysia Timur mengumumkan bahawa mereka akan menggunakan logo pihak masing-masing semasa pilihan raya.[17][18][19][20]
Pada 16 Mei 2018, gabungan ini telah didaftarkan secara rasmi.[21] Menteri Dalam Negeri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden Pakatan Harapan telah menyaksikan penyerahan sijil pengesahan pendaftaran Pakatan Harapan daripada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Alwi Ibrahim kepada Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.[22]
Pakatan Harapan bersama-sama dengan Parti Warisan Sabah dan UPKO merupakan anggota parti kerajaan persekutuan Malaysia. Pakatan Harapan yang memiliki 129 kerusi bergabung dengan Parti Warisan Sabah yang memiliki 8 kerusi menjadikan Parti Pentadbir memiliki 139 kerusi di Dewan Rakyat. Pakatan Harapan hanya memerlukan 9 kerusi sahaja lagi untuk menjadikan penguasaan majoriti 2/3 di dalam Dewan Rakyat.
Krisis politik Pakatan Harapan
Pada 24 Februari 2020, selepas Tun Dr. Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, parti Bersatu yang ketika itu memiliki 26 kerusi mengambil keputusan untuk keluar dari Pakatan Harapan bersama-sama 11 lagi kerusi ahli PKR blok Datuk Seri Azmin Ali yang menyebabkan PH hilang penguasaan majoriti Dewan Rakyat Malaysia. Pakatan Harapan secara rasmi tumbang selepas Perikatan Nasional berjaya memperoleh gabungan untuk majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan dibawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Gabungan Pakatan Harapan Plus
Pakatan baharu, PH Plus bermesyuarat pada 9 Jun 2020, di ibu pejabat PKR, Damansara. Antara pemimpin parti yang hadir adalah Tun Dr. Mahathir (Bebas), Dato Seri Anwar Ibrahim (PKR), Tuan Lim Guan Eng (DAP), Datuk Seri Haji Mohamad Sabu (AMANAH) dan Datuk Seri Shafie Apdal (WARISAN). PH Plus di atas kertas disokong oleh 109 Ahli Parlimen mencuba tanpa mengira masa dan situasi untuk kembalikan semula mandat rakyat ke Putrajaya. Keterujaan PH Plus untuk ke Putrajaya, hanya kerana gabungan beberapa parti untuk membentuk Perikatan Nasional (PN) hanya disokong oleh 113 Ahli Parlimen yang merupakan sebuah gabungan kerajaan yang rapuh kerana hanya mempunyai majoriti 1 kerusi sahaja. Selain itu, PN masih tidak didaftarkan sebagai sebuah parti politik yang sah di Malaysia.[23]
Gabungan Perpaduan
Pada Pilihanraya umum ke-15 (PRU-15), Pakatan Harapan memperoleh kemenangan yang besar iaitu sebanyak 82 kerusi parlimen bersaing dengan Perikatan Nasional yang memperoleh 74 kerusi namun malangnya tiada satu pun gabungan parti politik yang memperoleh kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan persekutuan. Pada awalnya, Barisan Nasional yang memperoleh 30 kerusi parlimen menarik diri daripada bergabung dengan mana-mana parti politik dan ingin menjadi pembangkang. Gabungan Rakyat Sabah yang memperoleh 6 kerusi parlimen menyokong Perikatan Nasional dalam membentuk kerajaan manakala Gabungan Parti Sarawak yang mempunyai 23 kerusi bersetuju bekerjasama dengan Perikatan Nasional tetapi dengan syarat Barisan Nasional juga harus bekerjasama dalam membentuk satu kerajaan. Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ketika itu bercadang supaya Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) berkerjasama membentuk satu kerajaan perpaduan namun Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak cadangan tersebut kerana tidak ingin bersekutu dengan Democratic Action Party (DAP). Kemudian Al-Sultan Abdullah bersama dengan Majlis Raja-raja Melayu (kecuali Sultan Kelantan tidak hadir akibat masalah peribadi) bersetuju untuk gabungkan Barisan Nasional (BN) dan semua parti politik yang memperoleh kerusi parlimen bersama Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan perpaduan. Setelah Dato Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, beliau mengajak Perikatan Nasional sama-sama menyertai kerajaan perpaduan namun PN tetap dengan prinsipnya tidak akan bekerjasama dengan DAP dan rela menjadi pembangkang.
Sebentar
Struktur Kempimpinan
Bendera | Nama | Ideologi | Pemimpin | Kerusi bertanding | Keputusan PRU-15 (2022) | Kerusi semasa | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Undi (%) | Kerusi | Komposisi | |||||||||
Parti Komponen | |||||||||||
DAP | Parti Tindakan Demokratik | Demokrasi sosial | Loke Siew Fook | 55 | 15.61% | 40 / 222
|
40 / 222
| ||||
PKR | Parti Keadilan Rakyat | Progresif, adil, dan liberal | Anwar Ibrahim | 100 | 15.74% | 31 / 222
|
31 / 222
| ||||
Amanah | Parti Amanah Negara | Modernisme Islam | Mohamad Sabu | 54 | 5.70% | 8 / 222
|
8 / 222
| ||||
UPKO | Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu[5] | Regionalisme untuk Sabah | Ewon Benedick | 4 |
0.472% | 2 / 222
|
2 / 222
|
|
|
Wakil Rakyat
Senator
Lantikan | Ahli | Parti | Tempoh | Catatan |
---|---|---|---|---|
Yang di-Pertuan Agong | Saifuddin Nasution Ismail, YB Senator Datuk Seri | PKR | 3 Disember 2022 - 2 Disember 2025 | Menteri Dalam Negeri Malaysia |
Fuziah Salleh, YB Senator Puan Hajah | PKR | 10 Disember 2022 - 9 Disember 2025 | Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Malaysia | |
Saraswathy Kandasami, YB Senator Puan | PKR | 10 Disember 2022 - 9 Disember 2025 | Timbalan Menteri Perpaduan Negara Malaysia | |
Mohd Hatta Ramli, YB Senator Datuk Dr. | AMANAH | 20 Mac 2023 - 19 Mac 2026 | ||
Mohd Hasbie Muda, YB Senator Tuan | AMANAH | 20 Mac 2023 - 19 Mac 2026 | ||
Manolan Mohamad, YB Senator Tuan | PKR | 20 Mac 2023 - 19 Mac 2026 | ||
Abun Sui Anyit, YB Senator Tuan | PKR | 20 Mac 2023 - 19 Mac 2026 | ||
Isaiah Jacob, YB Senator Tuan | PKR | 20 Mac 2023 - 19 Mac 2026 | ||
Noorita Sual, YB Senator Puan | DAP | 20 Mac 2023 - 19 Mac 2026 | ||
Roderick Wong Siew Lead, YB Senator Tuan | DAP | 20 Mac 2023 - 19 Mac 2026 | ||
Nelson Wences Angang, YB Senator Tuan | UPKO | 5 Mei 2024 - 4 Mei 2027 | ||
Negeri Sembilan | Kesavadas A. Achyuthan Nair, YB Senator Dato' | DAP | 25 April 2022 - 24 April 2025 | |
Ahmad Azam Hamzah, YB Senator Dato' Dr. | PKR | 15 Ogos 2022 - 14 Ogos 2025 | ||
Pulau Pinang | Lingeshwaran R. Arunasalam, YB Senator Dr. | DAP | 7 Mac 2023 - 6 Mac 2026 | |
Amir Md Ghazali, YB Senator Tuan | PKR | 7 Mac 2023 - 6 Mac 2026 | ||
Perak | Mujahid Yusof Rawa, YB Senator Datuk Seri Dr. | AMANAH | 25 Mei 2023 - 24 Mei 2026 |
Dewan Rakyat
Pakatan Harapan mempunyai 82 Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat.
Dewan Undangan Negeri
Kerajaan negeri Pakatan Harapan
Negeri | Jawatan | Nama | Parti | Kawasan negeri | |
---|---|---|---|---|---|
Negeri Sembilan | Menteri Besar | Aminuddin Harun | PKR | Sikamat | |
Pulau Pinang | Ketua Menteri | Chow Kon Yeow | DAP | Padang Kota | |
Selangor | Menteri Besar | Amirudin Shari | PKR | Sungai Tua |
Keputusan pilihan raya umum
Pilihan raya | Jumlah kerusi dimenangi | Kerusi | Jumlah undi | Peratusan undian | Hasil pilihan raya | Pemimpin pilihan raya | Parlimen |
---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | 121 / 222
|
56.34111% | 5,615,822 | 45.56% | ▲125 kerusi; Kerajaan gabungan / majoriti mudah | Mahathir Mohamad | Langkawi |
220 5,801,327 37.46% ▼41 seats; Governing coalition with Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak and Gabungan Rakyat Sabah Anwar Ibrahim
Keputusan pilihan raya negeri
Pilihan raya negeri | Dewan Undangan Negeri | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Perlis | Kedah | Kelantan | Terengganu | Pulau Pinang | Perak | Pahang | Selangor | Negeri Sembilan | Melaka | Johor | Sabah | Sarawak | Jumlah menang / Jumlah yang dipertandingkan | |
2/3 majoriti | 2 / 3
|
2 / 3
|
2 / 3
|
2 / 3
|
2 / 3
|
2 / 3
|
2 / 3
|
2 / 3
|
2 / 3
|
2 / 3
|
2 / 3
|
2 / 3
|
2 / 3
|
|
2016 | 10 / 82
|
|||||||||||||
2018 | 3 / 15
|
18 / 36
|
0 / 45
|
0 / 32
|
37 / 40
|
30 / 59
|
9 / 42
|
51 / 56
|
20 / 36
|
15 / 28
|
39 / 56
|
40 / 60
|
241 / 587
| |
2020 | 7 / 60
|
|||||||||||||
2021 | 5 / 28
|
2 / 82
|
||||||||||||
2022 | 1 / 15
|
24 / 59
|
8 / 42
|
12 / 56
|
Rujukan
- ^ Ram Anand (11 September 2017). "Pakatan Harapan adds two VPs to represent Indians, Sabahans". The Malay Mail. Dicapai pada 11 September 2017.
- ^ Masriwanie Muhamading (12 May 2017). "Pakatan Harapan youth wings' economic model targeting 1mil jobs for youth". Astro Awani. Dicapai pada 12 May 2017.
- ^ "Senarai penuh Majlis Pimpinan Pemuda Pakatan Harapan" (dalam bahasa Malay). Astro Awani. 31 October 2017. Dicapai pada 31 October 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Wanita Pakatan pledges to raise women in politics, economy, social welfare". The Malaysian Insight. 11 October 2017. Dicapai pada 11 October 2017.
- ^ UPKO sertai Pakatan Harapan
- ^ Boo Su-Lyn (11 Jun 2015). "With PAS-DAP split, Pakatan's Putrajaya dream now laid to waste, analysts say". The Malay Mail. Dicapai pada 19 Jun 2015.
- ^ "Pakatan Rakyat Split Will Change Country's Political Landscape". Bernama. Malaysian Digest. 17 Jun 2015. Dicapai pada 19 Jun 2015.
- ^ Asrul Hadi Abdullah Sani (18 June 2015). "Break up of Malaysia's opposition bloc Pakatan Rakyat: What happened and what's next?". The Straits Times. Dicapai pada 19 June 2015.
- ^ Harits Asyraf Hasnan (22 September 2015). "New Pakatan Harapan coalition formed". Astro Awani. Dicapai pada 23 September 2015.
- ^ Shannon Teoh (23 September 2015). "Malaysia's opposition forms Pakatan Harapan alliance". The Straits Times. Dicapai pada 23 September 2015.
- ^ Melissa Goh (12 November 2016). "'The only way to win is to unite and contest under one party': Mahathir". Channel NewsAsia. Dicapai pada 12 November 2016.
- ^ Sheridan Mahavera (16 November 2016). "By courting rural Muslims, has Malaysia's opposition found key to winning power for first time in 60 years?". South China Morning Post. Dicapai pada 16 November 2016.
- ^ Hana Naz Harun (13 December 2016). "PPBM officially signs agreement to join Pakatan Harapan". New Straits Times. Dicapai pada 13 December 2016.
- ^ "PPBM wants name change before joining Pakatan Harapan". Antara Pos. 14 March 2017. Dicapai pada 14 March 2017.
- ^ "Dr Mahathir Mohamad is Pakatan chairman, Dr Wan Azizah made president". The Malay Mail. Today Online. 14 July 2017. Dicapai pada 14 July 2017.
- ^ Kamarul Azhar (7 April 2018). "Pakatan Harapan to use PKR 'eye' symbol for GE14". The Edge. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-07. Dicapai pada 7 April 2018.
- ^ "Opposition Pact to unveil common logo for GE14 on Friday". New Straits Times. 5 April 2018. Dicapai pada 20 April 2018.
In a press conference at Parliament lobby on Thursday, Lim Guan Eng however said the change will only be for peninsula in the polls and the four parties will not use the common Pakatan Harapan logo in Sabah and Sarawak for GE14 election campaign. They’re different because they have autonomy. So we respect this and they can use the DAP rocket logo.
- ^ Julia Chan (6 April 2018). "Sabah, Sarawak Pakatan parties won't use common logo". The Malay Mail. Dicapai pada 20 April 2018.
This was a big decision for us, to be able to exercise our autonomy and decide for ourselves. We chose to use our own respective party flags. So, PKR, DAP and Amanah flags will be used here.
- ^ Sharon Ling (9 April 2018). "Sarawak DAP to use rocket logo for GE14". The Star. Dicapai pada 20 April 2018.
We have decided that DAP will use the rocket symbol while PKR and Amanah will both use the PKR logo.
- ^ "Rocket logo for Sabah DAP". Daily Express. 10 April 2018. Dicapai pada 20 April 2018.
Following DAP's national decision to adopt the PKR logo for the 14th general election (GE14), Sabah DAP held its own meeting and we decided to stick with our rocket logo.
- ^ "Pakatan Harapan is officially registered". Free Malaysia Today. 16 May 2018. Dicapai pada 16 May 2018.
- ^ BERSATU, HARAPAN kini pertubuhan berdaftar
- ^ PH PLUS-KEMARUK SANGAT KE PUTRAJAYA, Dicapai pada 9 Jun 2020
Pautan luar
- Laman web rasmi
- Manifesto Pakatan Harapan Diarkibkan 2018-05-24 di Wayback Machine