Wan Ahmad Farid Wan Salleh DPMT (Ter) | |
---|---|
![]() Wan Ahmad Farid pada 2025 | |
Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia | |
Dalam jawatan 19 Mac 2008 – 9 April 2009 | |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() Jelaing Mersat |
Ahli Dewan Negara Malaysia | |
Dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu | |
Dalam jawatan 23 Disember 2008 – 9 April 2009 | |
Dalam jawatan 23 Disember 2005 – 22 Disember 2008 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kuala Terengganu, Terengganu | 13 November 1962
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | To' Puan Intan Baizura Abdul Wahab |
Bidang pengkhususan | Hakim |
Yang Arif Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh (lahir 13 November 1962) ialah Hakim dan bekas ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Rayuan sejak 12 November 2024 [1].Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi selama 5 tahun dan 3 bulan, dilantik pada 8 Ogos 2019[2]. Ketika dalam politik, beliau berkhidmat sebagai Senator selama dua penggal (2005-2008 dan 2008-2009). Beliau merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia bermula pada 19 Mac 2008 sehingga 9 April 2009. Beliau meletakkan jawatan sebagai Senator untuk bertanding dalam Pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009 ekoran kematian penyandangnya Razali Ismail. Walau bagaimanapun, beliau ditewaskan calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut. Di peringkat parti beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu. Beliau telah mengumumkan bersara daripada politik pada tahun 2013[3].
Biodata
- Dilahirkan pada 13 November 1962[4]
- Tempat lahir di Kuala Terengganu
Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu 2009
Dia kalah dalam Pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009 pada 17 Januari 2009 kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut. Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mendapat 30,552 undi berbanding Wahid Endut mendapat 32,883 undi. Seorang lagi calon iaitu Azharudin Mamat @ Adam, yang merupakan calon Bebas hanya mendapat 193 undi.Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian ahli parlimennya Datuk Razali Ismail (UMNO/Barisan Nasional).