Parti Hizbul Muslimin Malaysia | |
---|---|
Pemimpin | Tan Sri Dr. Haji Asri Muda (Presiden Pengasas) |
Ditubuhkan | 24 Mac 1983 |
Dibubarkan | 1996 |
Pecahan | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) |
Ibu pejabat | Kota Bharu, Kelantan |
Penggabungan kebangsaan | Barisan Nasional (1983–89), Angkatan Perpaduan Ummah (1990–96) |
Warna | Hijau |
Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) adalah sebuah parti politik di Malaysia. HAMIM merupakan serpihan daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang diasaskan oleh Tan Sri Dr. Haji Asri Muda, bekas Presiden PAS yang meninggalkan parti itu selepas kegagalan PAS merampas semula kerajaan negeri Kelantan dalam Pilihan raya umum Malaysia 1982.
Penubuhan Parti dan Penglibatan dalam Pilihanraya
HAMIM telah ditubuhkan pada 24 Mac 1983 oleh Tan Sri Dr. Haji Asri Muda, mantan Presiden PAS yang meninggalkan parti itu pada 23 Februari 1983 selepas kegagalan PAS merampas semula kerajaan negeri Kelantan dalam Pilihan raya umum Malaysia 1982 yang melihat arus kesedaran dan kebangkitan Islam yang semakin kuat ketika itu di mana kemudiannya puak ulamak agama mengambil-alih kepimpinan pusat PAS daripada puak nationalis pada Muktamar PAS ke-28 1982. Lantaran itu HAMIM diasaskan sebagai alternatif kepada PAS dan telah menyertai Barisan Nasional (BN). Pada pilihanraya umum 1986, HAMIM sebagai salah satu kompenan BN telah bertanding 2 kerusi Parlimen dan 4 DUN. HAMIM telah menang 1 kerusi Parlimen (Bachok) dan 2 DUN (Chetok dan Meranti).
Sehingga 1989 sebelum Pilihanraya Umum 1990, kepimpinan baru HAMIM telah mengambil keputusan untuk keluar daripada Barisan Nasional untuk menyertai gabungan pembangkang Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Melayu Semangat 46 (S46), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM), dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) pula bagi menghadapi Pilihan raya umum Malaysia 1990, di mana ianya telah memenangi satu kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk membentuk kerajaan campuran APU di Kelantan.[1][2]
Dalam pilihanraya umum 1990 melalui pakatan APU di Kelantan, HAMIM meletakan calonnya iaitu Dato Nik Man bin Nik Mohammad di Dun Geting (Pengkalan Kubor) dalam Parlimen Tumpat. Dato Nik Man juga merupakan Tim Presiden Hamim Pusat. Sekaligus menjadi satu-satu wakil HAMIM dalam DUN Kelantan. Manakala di Kedah pula HAMIM meletakan calonnya iaitu Dato Hj Sudin B. Wahab di Parlimen Kubang Pasu (atas tiket Parti S46) untuk berdepan dengan Perdana Menteri Dato Seri Dr Mahathir B. Mohamad, pertembungan antara presiden parti ini dimenangi oleh Dr Mahathir. Selain itu, HAMIM turut meletakkan calonnya di Selangor iaitu di DUN Sabak yang diwakili oleh Naib Presiden Parti, Bong Khalid bin Hj Siri, namun tewas di tangan calon UMNO.
Pada Pilihanraya Umum tahun 1995 sekali lagi Bong Khalid bin Hj Siri menjadi calon di DUN Paya Jaras. Manakala bagi DUN Pengkalan Kubor di Parlimen Tumpat pula HAMIM meletakan calonnya iaitu Hj Wan Abdul Rahman Wan Salleh yang bertanding atas tiket Parti Semangat 46 namun tewas di tangan calon Umno iaitu Cikgu Mat Nawi dengan majoriti 1289.
HAMIM dan perkembangannya
Selepas Datuk Asri dan kumpulannya gagal dalam usaha untuk membubarkan HAMIM dalam muktamar khas, beliau akhirnya bersama kumpulannya (termasuk ahli parlimen Bachok dan Adun Chetok) telah meletak jawatan dan keluar daripada HAMIM pada 17 Nov 1988. Dengan perletakan jawatan oleh Datuk Asri itu maka jawatan Presiden HAMIM dipangku oleh Tuan Haji Abdul Wahab Yunus (Mantan MP Dungun) dari Terengganu manakala jawatan Timbalan Presiden dipangku oleh Dato Hj Sudin B. Wahab (Mantan Adun Langgar-Limbung) dari Kedah. Dalam Muktamar HAMIM pada tahun 1989 berlaku pertandingan bagi jawatan Presiden hinggalah ke jawatan MPP, di mana jawatan Presiden dimenangi oleh Dato Hj Sudin bin Wahab dan jawatan Timbalan Presiden pula dimenangi oleh Dato Nik Man bin Nik Mohamad dari Kelantan.
Selepas kalah dalam pertandingan bagi jawatan Presiden HAMIM maka Tn Hj Abd Wahab Yunus mengambil keputusan bersama kumpulannya untuk keluar daripada HAMIM dan seterusnya pada 1990 menubuhkan parti baru Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (IKATAN) di mana akhirnya pada 1999 diubah menjadi Parti Keadilan Nasional (KeADILan) pada masa berlakunya gelombang Gerakan Reformasi di Malaysia.
Sejarah penyertaan pilihan raya
Tahun | Jenis | Kawasan | Negeri | Nama Calon | Catatan |
---|---|---|---|---|---|
1995 | Pilihan raya umum | DUN Pengkalan Kubor | Kelantan | Wan Abdul Rahman Wan Salleh | Calon Semangat 46
Kalah |
DUN Paya Jaras | Selangor | Bong Khalid Haji Siri | Calon Semangat 46
Kalah | ||
1990 | Pilihan raya umum | Parlimen Kubang Pasu | Kedah | Sudin Wahab | Calon Semangat 46
Kalah |
DUN Geting | Kelantan | Nik Man Nik Mohamed | Calon Semangat 46
Menang | ||
DUN Sabak | Selangor | Bong Khalid Haji Siri | Calon Semangat 46
Kalah | ||
1986 | Pilihan raya umum | Parlimen Bachok | Kelantan | Mohd Zain Abdullah | Calon Barisan Nasional
Menang |
Parlimen Pengkalan Chepa | Kelantan | Wan Ismail Ibrahim | Calon Barisan Nasional
Kalah | ||
DUN Meranti | Kelantan | Zaid Fadzil | Calon Barisan Nasional
Menang | ||
DUN Chetok | Kelantan | Hassan Haji Mohamed | Calon Barisan Nasional
Menang | ||
DUN Perupok | Kelantan | Chegu Haji Noor | Calon Barisan Nasional
Kalah | ||
DUN Mulong | Kelantan | Wan Ibrahim Wan Abdullah | Calon Barisan Nasional
Kalah | ||
1983 | Piihan raya kecil[3] | DUN Kemumin | Kelantan | Mohammad Shukri Abdul Rahman | Kalah menentang BN-BERJASA & PAS
Hilang deposit |
Pilihan raya kecil[4] | DUN Selising | Kelantan | Haji Nawi Haji Awang | Kalah menentang BN & PAS
Hilang deposit | |
1982 | Pilihan raya umum | Parlimen Pasir Mas | Kelantan | Wan Ibrahim Wan Abdullah | Menang atas tiket PAS
Menyertai HAMIM pada 1983 |
Parlimen Bachok | Kelantan | Mohd Zain Abdullah | Menang atas tiket PAS
Menyertai HAMIM pada 1983 | ||
Parlimen Rantau Panjang | Kelantan | Hassan Haji Mohamed | Menang atas tiket PAS
Menyertai HAMIM pada 1983 | ||
Parlimen Kota Setar | Kedah | Abu Bakar Umar | Menang atas tiket PAS
Menyertai HAMIM pada 1983 | ||
DUN Meranti | Kelantan | Nik Man Nik Mohamed | Menang atas tiket PAS
Menyertai HAMIM pada 1983 | ||
DUN Kubang Kerian | Kelantan | Mohd Asri Muda | Menang atas tiket PAS.
Keluar PAS pada Februari 1983 Menubuhkan HAMIM pada Mac 1983 | ||
DUN Perupok | Kelantan | Mat Nor Awang | Menang atas tiket PAS
Menyertai HAMIM pada 1983 |
Lihat juga
Rujukan
- ^ Ibrahim Abu Bakar (July 2009), "PAS and Its Islamist Fundamentalism in Malaysia" (PDF), Issue 43 Journal of Human Science, ULUM, Kuala Lumpur, Malaysia: Department of Theology and Philosophy-Faculty of Islamic Studies-National University of Malaysia, dicapai pada 2010-04-18
- ^ "Hamim Seeks Meeting With Dr Mahathir", New Sunday Times, Kota Baru, Jul 29, 1989, dicapai pada 2010-04-18
- ^ Pilihan Raya Kecil DUN Kemumin, Kelantan diadakan pada 8 September 1983 berikutan pembatalan kemenangan wakil PAS oleh Mahkamah
- ^ Pilihan Raya Kecil DUN Selising, Kelantan diadakan pada 8 September 1983 berikutan pembatalan kemenangan wakil PAS oleh Mahkamah