Gan Peck Cheng 颜碧贞 PSI (II) (Johor) | |
---|---|
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Penggaram | |
Menyandang jawatan 21 April 2022 | |
Dalam jawatan 5 Mei 2013 – 22 Januari 2022 | |
Didahului oleh | Datuk Koh Chee Chai |
Majoriti | 10,051 (2013) 17,205 (2018) |
Timbalan Speaker Dewan Negeri Johor | |
Dalam jawatan 28 Jun 2020 – 22 Januari 2022 | |
Speaker | Suhaizan Kaiat |
Didahului oleh | Baderi Dasuki |
Digantikan oleh | Samsolbari Jamali |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kampung Minyak Beku, Batu Pahat, Johor. | 21 November 1966
Parti politik | DAP |
Pekerjaan | Ahli politik |
Laman web | |
Yang Berhormat Gan Peck Cheng (Cina ringkas: 颜碧贞 ; Cina tradisional: 顏碧貞 ; pinyin: Yán Bìzhēn, merupakan ahli politik wanita Malaysia dari Parti Tindakan Demokratik (DAP). Beliau juga adalah bekas Timbalan Speaker di dalam Dewan Negeri Johor.[1] Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013 beliau menang bertanding di kawasan N23 Penggaram, negeri Johor, dan beliau menang di tempat yang sama pada tahun 2018 dan tahun 2022.
Kehidupan peribadi
Beliau dilahirkan di Kampung Minyak Beku, Batu Pahat. Beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Cina Batu Pahat.
Kerjaya
Sebelum beliau berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), beliau bekerja sebagai guru tadika.
Politik
Beliau telah bertanding pada Pilihan raya umum Malaysia 1990 di kerusi parlimen P133 Pontian. Sejak Pilihan raya umum Malaysia 1995, beliau bertanding di kerusi negeri Johor, N23 Penggaram, Batu Pahat. Lawannya terdiri daripada Chua Soi Lek pada tahun 1995 hingga tahun 1999 dan Koh Chee Chai pada tahun 2004 hingga tahun 2008, kedua-dua lawan dari Persatuan Cina Malaysia (MCA). Chua Soi Lek juga merupakan orang kuat di MCA Bahagian Batu Pahat sehingga menjawat Presiden MCA. Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau bertanding di tempat yang sama dan berjaya mengalahkan calon baru dari BN-MCA, Dr King Ban Siang dengan majoriti sebanyak 10,051 majoriti undian dan diberikan mandat untuk mentadbir bagi penggal kedua berturut-turut di kerusi yang sama melalui Pilihan raya umum Malaysia 2018. Beliau menerima saingan yang cukup kuat melibatkan pertandingan tiga penjuru. Keputusannya, beliau berjaya memperoleh undi sebanyak 26,825 (63.79%) manakala lawannya, Kang Beng Kuan (MCA) 9,620 (22.88%) dan Misran Samian (PAS) 5,185 (12.33%). Majoriti sebanyak 17,205. Melalui statistik keputusan PRU-14, beliau memperoleh bilangan majoriti tertinggi di dalam Dewan Negeri Johor dan dilantik sebagai Timbalan Speaker selepas Pakatan Harapan diberikan mandat penuh untuk membentuk kerajaan di negeri Johor.
Keputusan Pilihan raya
Tahun | Kerajaan | Undi | Peratus | Pembangkang | Undi | Peratus | Jumlah undi | Majoriti | Peratus unjuran | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1990 | Ong Ka Ting (MCA) | 24,362 | 62% | Gan Peck Cheng (DAP) | 14,978 | 38% | 41,637 | 9,384 | 75.06% |
Tahun | Nama | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Jumlah undi | Majoriti | Peratus unjuran | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1995 | Gan Peck Cheng (DAP) | 6,137 | 22% | Chua Soi Lek (MCA) | 20,174 | 72% | 27,905 | 14,037 | 73.97% | ||
1999 | Gan Peck Cheng (DAP) | 7,349 | 25% | Chua Soi Lek (MCA) | 20,809 | 70% | 29,552 | 13,460 | 74.95% | ||
2004 | Gan Peck Cheng (DAP) | 6,247 | 26% | Koh Chee Chai (MCA) | 16,845 | 69% | 24,598 | 10,598 | 74.68% | ||
2008 | Gan Peck Cheng (DAP) | 12,186 | 45% | Koh Chee Chai (MCA) | 12,761 | 47% | 26,252 | 575 | 76.05% | ||
2013 | Gan Peck Cheng (DAP) | 24,277 | 61.60% | King Ban Siang (MCA) | 14,226 | 36.10% | 39,408 | 10,051 | 87.30% | ||
2018 | Gan Peck Cheng (DAP) | 26,825 | 63.79% | Kang Beng Kuan (MCA) | 9,620 | 22.88% | 42,050 | 17,205 | 84.52% | ||
Misran Samian (PAS) | 5,185 | 12.33% | |||||||||
2022 | Gan Peck Cheng (DAP) | 18,208 | 53.67% | Ter Hwa Kwong (MCA) | 8,252 | 24.32% | 33,926 | 9,956 | 48.19% | ||
Ronald Sia Wee Yet (BERSATU) | 5,276 | 15.55% | |||||||||
Zahari Osman (Bebas) | 2,190 | 6.46% |
Anugerah
Rujukan
- ^ BORHAN AHMAD (28 October 2015). "DAP pilih Gan Peck Cheng ketua pembangkang Johor yang baru". Malaysia Dateline]. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-31. Dicapai pada 18 May 2016. Percentage figures based on total turnout, including votes for third parties. Results before 1986 election unavailable.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 14 April 2010. Percentage figures based on total turnout, including votes for third parties. Results before 1986 election unavailable.