Pang Sock Tao | |
---|---|
彭小桃 | |
Penolong Setiausaha Publisiti Negeri bagi Parti Tindakan Demokratik Selangor | |
Menyandang jawatan 12 Disember 2024 | |
Setiausaha Publisiti | Wong Siew Ki |
Setiausaha Agung | Anthony Loke Siew Fook |
Pengerusi Negeri | Ng Sze Han |
Didahului oleh | Teh Hoong Keat |
Penolong Setiausaha Publisiti Belia Parti Tindakan Demokratik | |
Menyandang jawatan 17 November 2024 Berkhidmat with Nursyaheera Abdul Ghafar | |
Setiausaha Publisiti | Ho Chi Yang |
Setiausaha Agung | Anthony Loke Siew Fook |
Ketua Pemuda | Woo Kah Leong |
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Kuala Kubu Baharu | |
Menyandang jawatan 11 Mei 2024 | |
Didahului oleh | Lee Kee Hiong (PH–DAP) |
Majoriti | 3,869 (2024) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Pang Sock Tao 26 April 1993 ![]() ![]() |
Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) (sejak 2017) |
Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) (sejak 2017) |
Pasangan | Yap Bing Yew (k. 2022) |
Saudara | Pang Sock Fong (kakak) Pang Sock Ying (kakak kembar) |
Kediaman | ![]() ![]() |
Pendidikan | Sekolah Jenis Kebangsaan Cina On Pong Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hua |
Tempat belajar | Universiti Tenaga Nasional (BEng) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Pang Sock Tao | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama Bahasa Cina | |||||||
Tulisan Cina Tradisional | 彭小桃 | ||||||
Tulisan Cina Ringkas | 彭小桃 | ||||||
|
Pang Sock Tao (Cina ringkas: 彭小桃; Cina tradisional: 彭小桃; pinyin: Péng Xiǎotáo; lahir 26 April 1993) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi Kuala Kubu Baharu sejak Mei 2024. Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam gabungan Pakatan Harapan (PH). Beliau telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Publisiti Negeri DAP Selangor sejak Disember 2024 dan Penolong Setiausaha Publisiti Pemuda DAP sejak November 2024. Beliau juga merupakan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Hal Ehwal Khas kepada beliau serta kepada bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.[2]
Kehidupan awal dan pendidikan
Pang dilahirkan di Ampang, Selangor, Malaysia pada 26 April 1993. Beliau menerima pendidikan rendah di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) On Pong, Ampang, Hulu Langat, Selangor dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Chung Hua, Port Dickson, Negeri Sembilan. Beliau melanjutkan pengajian tinggi di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan berjaya menamatkannya.[3]
Kerjaya politik
Pang menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada tahun 2017. Beliau giat berkempen untuk partinya semasa Pilihan Raya Umum 2018 dengan menghadiri pelbagai siri ceramah, menjadikannya antara tetamu paling popular dalam acara-acara tersebut. Selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk pemerintahan susulan PRU 2018, Yeo Bee Yin telah dilantik sebagai menteri Kabinet dan Pang telah dilantik sebagai pegawai khas beliau. Setelah PH kembali mentadbir menerusi Pilihan Raya Umum 2022, Nga Kor Ming turut dilantik sebagai menteri Kabinet dan Pang telah dilantik sebagai pegawai khas beliau serta kemudian dinaikkan pangkat sebagai setiausaha akhbar.[4]
Selain berkhidmat di bawah menteri-menteri, Pang juga pernah menjadi pengacara di platform media sosial akhbar rasmi partinya, Roketkini, yang telah meningkatkan popularitinya dan diberi jolokan sebagai "Dewi Ubah", merujuk kepada dirinya sebagai pengacara jelita di UbahTV, saluran media parti. Pada tahun 2022, beliau menjadi penyiar dan penerbit UbahTV dan sejak itu mengacarakan program siaran langsung Setiausaha Agung Bersiaran, yang menampilkan Anthony Loke Siew Fook, Setiausaha Agung DAP. Selain itu, Pang juga merupakan seorang pendebat yang petah dan pernah memenangi Kejohanan Debat Varsiti Cina Kebangsaan ke-15 serta Kejohanan Debat Cina Universiti UCSI pertama pada tahun 2018.[5]
Ahli Dewan Negeri Selangor (sejak 2024)
Dalam Pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu 2024, Pang telah membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya selepas dicalonkan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu. Pang memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Kubu Baharu selepas menewaskan Khairul Azhari Saut daripada Perikatan Nasional (PN) yang juga merupakan Pemangku Ketua Bahagian Hulu Selangor Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), calon bebas merangkap ahli perniagaan Eris Nyau Ke Xin serta Hafizah Zainuddin daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM) dengan majoriti sebanyak 3,869 undi.[6][7] Ketika sidang Dewan Undangan Negeri Selangor berlangsung pada 4 Julai 2024, Pang telah mengangkat sumpah secara rasmi sebagai ADUN Kuala Kubu Baharu.
Kehidupan peribadi
Pang berkahwin dengan peguam dan rakan pendebatnya, Yap Bing Yew pada tahun 2022. Kakaknya, Pang Sock Fong, turut merupakan seorang ahli politik yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan kini menyandang jawatan Naib Ketua Wanita Ampang bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR), salah satu parti komponen dalam gabungan PH. Beliau juga mempunyai seorang kakak kembar bernama Pang Sock Ying.[8]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2024 | N06 Kuala Kubu Baharu | Pang Sock Tao (DAP) | 14,000 | 57.21% | Khairul Azhari Saut (BERSATU) | 10,131 | 41.40% | 24,745 | 3,869 | 61.51% | ||
Eris Nyau Ke Xin (BEBAS) | 188 | 0.77% | ||||||||||
Hafizah Zainuddin (PRM) | 152 | 0.62% |
Pautan luar
Rujukan
- ^ "KKB by-election: Pang Sock Tao looking to move in to constituency following win". The Star. 12 Mei 2024. Dicapai pada 15 Mei 2024.
- ^ "【新古毛补选】火箭派出美女刺客 倪可敏秘书彭小桃上阵". Oriental Daily News (dalam bahasa Cina). 24 April 2024. Dicapai pada 24 April 2024.
- ^ "新古毛补选:传倪可敏助理彭小桃领兵符". Malaysiakini (dalam bahasa Cina). 24 April 2024. Dicapai pada 24 April 2024.
- ^ "独家 : 新古毛不选 彭小桃出现 倪可敏秘书上阵!". Sin Chew Daily (dalam bahasa Cina). 24 April 2024. Dicapai pada 24 April 2024.
- ^ "新古毛补选: 小桃辩才了得 "Ubah女神"最经典". China Press. 24 April 2024. Dicapai pada 24 April 2024.
- ^ "Nga's press secretary to defend KKB for DAP?". The Star. 24 April 2024. Dicapai pada 24 April 2024.
- ^ "KKB by-election: Nga's aide likely to be DAP's candidate". The Star. 24 April 2024. Dicapai pada 24 April 2024.
- ^ "天降小桃? 新古毛补选 希盟候选人是她?". China Press (dalam bahasa Cina). 24 April 2024. Dicapai pada 24 April 2024.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15". Dicapai pada 5 Oktober 2023.