Adly Zahari | |
|---|---|
| عدلي ظهري | |
| Timbalan Menteri Pertahanan | |
| Menyandang jawatan 10 Disember 2022 | |
| Raja | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (2022–2024) Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar (sejak 2024) |
| Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
| Menteri | Mohamad Hasan (2022–2023) Mohamed Khaled Nordin (sejak 2023) |
| Didahului oleh | Ikmal Hisham Abdul Aziz |
| Kawasan pilihan raya | Alor Gajah |
| Ketua Menteri Melaka ke-11 | |
| Dalam jawatan 11 Mei 2018 – 9 Mac 2020 | |
| Gabenor | Mohd Khalil Yaakob |
| Didahului oleh | Idris Haron |
| Digantikan oleh | Sulaiman Md Ali |
| Kawasan pilihan raya | Bukit Katil |
| Ketua Pembangkang Negeri Melaka | |
| Dalam jawatan 24 April 2020 – 13 Disember 2022 | |
| Gabenor | Mohd Khalil Yaakob (2020) Mohd Ali Rustam (2020–2022) |
| Ketua Menteri | Sulaiman Md Ali |
| Didahului oleh | Idris Haron |
| Digantikan oleh | Mohd Yadzil Yaakub |
| Kawasan pilihan raya | Bukit Katil |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Alor Gajah | |
| Menyandang jawatan 19 November 2022 | |
| Didahului oleh | Mohd Redzuan Md Yusof (PH–BERSATU) |
| Majoriti | 890 (2022) |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi Bukit Katil | |
| Menyandang jawatan 9 Mei 2018 | |
| Didahului oleh | Kawasan pilihan raya ditubuhkan |
| Majoriti | 3,159 (2018) 1,057 (2021) |
| Naib Presiden Parti Amanah Negara | |
| Menyandang jawatan 5 September 2021 Berkhidmat with Mujahid Yusof Rawa (2021–2023) & Hasanuddin Mohd Yunus (2021–2023) & Mahfuz Omar (sejak 2021) & Siti Mariah Mahmud (sejak 2021) Dzulkefly Ahmad (sejak 2023) Mohd Hatta Ramli (sejak 2024) | |
| Presiden | Mohamad Sabu |
| Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Kelantan | |
| Menyandang jawatan 5 November 2024 | |
| Pengerusi Kebangsaan | Anwar Ibrahim |
| Timbalan | Mohamad Suparadi Md Noor |
| Didahului oleh | Muhammad Husain |
| Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Melaka | |
| Menyandang jawatan 30 Ogos 2017 | |
| Pengerusi Kebangsaan | Mahathir Mohamad (2017–2020) Anwar Ibrahim (sejak 2020) |
| Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Adly bin Zahari 15 Februari 1971 |
| Kewarganegaraan | |
| Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) (sehingga 2015) |
| Gabungan politik lain | Pakatan Rakyat (PR) (2008–2015) (sejak 2015) |
| Pasangan | Dalilah Awaluddin |
| Anak | 7 |
| Tempat belajar | Universiti Teknologi Malaysia (BEng) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Jurutera Elektrik |
Adly bin Zahari (Jawi: عدلي بن ظهري; lahir 15 Februari 1971) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pertahanan dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Mohamad Hasan sejak Disember 2022, Ahli Dewan Rakyat (AP) bagi Alor Gajah sejak November 2022 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) bagi Bukit Katil sejak Mei 2018. Beliau berkhidmat sebagai Ketua Menteri Melaka ke-11 dari Mei 2018 hingga Mac 2020 dan Ketua Pembangkang Negeri Melaka dari April 2020 hingga Disember 2022.[1] Beliau merupakan ahli Parti Amanah Negara (AMANAH), sebuah parti komponen Pakatan Harapan (PH), dan pernah menjadi ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sebuah parti komponen bekas gabungan Pakatan Rakyat (PR). Dalam AMANAH, beliau telah berkhidmat sebagai Naib Presiden sejak September 2021 dan Pengerusi Negeri Melaka sejak Ogos 2017. Beliau juga pernah menjadi Bendahari Agung AMANAH sebelum kenaikan beliau ke jawatan naib presiden parti. Beliau juga merupakan satu-satunya ADUN AMANAH di Melaka.[2][3]
Pendidikan dan kerjaya awal
Adly memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (BEng) dalam kejuruteraan elektrik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).[4] Beliau kemudian bekerja sebagai jurutera, berkhidmat dalam sektor korporat dan memulakan perniagaan sendiri sebelum menceburi bidang politik.[5]
Kerjaya politik
Beliau merupakan ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS)[6] sebelum menyertai parti serpihannya, Parti Amanah Negara (AMANAH) pada tahun 2015.[7]
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (sejak 2018)
Dalam Pilihan raya negeri Melaka 2018, Adly membuat penampilan sulung dalam pilihan raya selepas dicalonkan oleh PH untuk bertanding di kerusi negeri Bukit Katil. Beliau memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil bagi penggal pertama. Dalam pilihan raya negeri Melaka 2021 yang diadakan secara mengejut, Adly dicalonkan semula oleh PH untuk mempertahankan kerusi Bukit Katil. Beliau berjaya mempertahankan kerusi tersebut dan dipilih semula ke Dewan Undangan Negeri bagi penggal kedua. Walau bagaimanapun, beliau merupakan satu-satunya calon daripada partinya yang menang dan kekal sebagai satu-satunya ADUN AMANAH di Melaka selepas pilihan raya mengejut itu.
Ketua Menteri Melaka (2018–2020)
Pada 11 Mei 2018, satu peristiwa bersejarah dan pertama kali peralihan kuasa berlaku di Melaka apabila Pengerusi PH negeri Melaka, Adly mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu selepas BN tewas kepada PH dalam pilihan raya negeri 2018. PH memperoleh majoriti mudah dalam Dewan Undangan Negeri dengan memenangi 15 daripada 28 kerusi negeri untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.[1] Sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau dilaporkan menolak tawaran penganugerahan gelaran Datuk.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Melaka (2020–2022)
Selepas PH kehilangan kuasa kepada BN, PH kembali menjadi pihak pembangkang. Pada 24 April 2020, Adly selaku Pengerusi PH negeri Melaka telah menjadi Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri yang baharu, selaras dengan konvensyen parlimen Westminster, di mana ketua parti atau gabungan terbesar yang tidak berada dalam kerajaan menjadi Ketua Pembangkang. Pada 13 Disember 2022, Adly melepaskan jawatan tersebut kepada Mohd Yadzil Yaakub selepas Ketua Menteri Sulaiman mengesahkan bahawa PH telah keluar daripada blok pembangkang dan menyokong kerajaan beliau sebagai rakan strategik.
Ahli Parlimen (sejak 2022)
Dalam pilihan raya umum 2022, Adly telah dicalonkan oleh PH untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Alor Gajah. Beliau berjaya memenangi kerusi tersebut dengan majoriti tipis sebanyak 820 undi, menewaskan calon BN Shahril Sufian Hamdan, sekali gus terpilih sebagai Ahli Parlimen Alor Gajah.
Timbalan Menteri Pertahanan (sejak 2022)
Pada 10 Disember 2022, Adly telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertahanan bagi membantu Menteri Mohamad Hasan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Terdapat spekulasi bahawa Adly akan dinaikkan pangkat bagi menggantikan Salahuddin Ayub yang meninggal dunia semasa memegang jawatan pada Julai 2023 sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dalam satu penyusunan semula kabinet. Namun begitu, Armizan Mohd Ali daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah dilantik ke jawatan tersebut dan Adly kekal sebagai Timbalan Menteri Pertahanan selepas penyusunan semula berkenaan.
Keputusan pilihan raya
| Tahun | Kerusi | Calon | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2022 | P135 Alor Gajah | Adly Zahari (AMANAH) | 28,178 | 38.60% | Shahril Sufian Hamdan (UMNO) | 27,288 | 37.38% | 73,000 | 890 | 78.23% | ||
| Mohd Redzuan Md Yusof (BERSATU) | 17,211 | 23.58% | ||||||||||
| Muhammad Nazriq Abdul Rahman (PEJUANG) | 323 | 0.44% | ||||||||||
| Tahun | Kerusi | Calon | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2013 | N09 Durian Tunggal | Adly Zahari (PAS) | 4,329 | 43.40% | Ab Wahab Ab Latip (UMNO) | 5,645 | 56.60% | 10,133 | 1,316 | 89.62% | ||
| 2018 | N17 Bukit Katil | Adly Zahari (AMANAH) | 11,226 | 44.80% | Yunus Hitam (UMNO) | 8,067 | 32.20% | 21,530 | 3,159 | 85.87% | ||
| Muhamat Puhat Bedol (PAS) | 2,237 | 8.90% | ||||||||||
| 2021 | Adly Zahari (AMANAH) | 6,805 | 41.55% | Hasnoor Sidang Hussein (UMNO) | 5,748 | 35.10% | 16,377 | 1,057 | 65.14% | |||
| Muhammad Al Afiz Yahya (PAS) | 3,715 | 22.68% | ||||||||||
| Abdul Hamid Mustapah (BEBAS) | 109 | 0.07% | ||||||||||
Anugerah
Malaysia :
Rujukan
- ^ a b "Adly Zahari of Pakatan Harapan new Malacca CM". Bernama. The Sun Daily. 11 Mei 2018. Dicapai pada 30 Mei 2018.
- ^ "Pakatan Harapan announces state chiefs". Free Malaysia Today. 30 Ogos 2017. Dicapai pada 15 Mei 2018.
- ^ "Adli Zahari dilantik sebagai Pengerusi Harapan Melaka". Sinar Harian. 2017-09-24. Dicapai pada 2018-05-16.
- ^ Zaidan, Fairuz (11 Mei 2018). "Adly Zahari dilantik Ketua Menteri Melaka baharu". Berita Harian. Dicapai pada 15 Mei 2018.
- ^ Elissa Helmy (14 Jun 2011). "PAS yakin Adly mampu suntik jentera Melaka". Malaysiakini. Dicapai pada 17 Jun 2011.
- ^ "Muka baru bakal kuasai PAS Melaka". Malaysiakini. 17 Jun 2011. Dicapai pada 17 Jun 2011.
- ^ "Mat Sabu sasar 100,000 sertai Parti Amanah Negara". Sinar Harian. 12 September 2015. Dicapai pada 17 September 2015.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 Februari 2017. Keputusan hanya tersedia daripada pilihan raya 2004.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "N.17 BUKIT KATIL". SPR Dashboard. 7 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 September 2020. Dicapai pada 8 November 2021.
Pautan luar
Kategori berkaitan Adly Zahari di Wikimedia Commons
| Jawatan politik | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh Idris Haron |
Ketua Menteri Melaka ke-11 2018 - 2020 |
Diikuti oleh: Sulaiman Md Ali |
- Commons category link from Wikidata
- Kelahiran 1971
- Orang hidup
- Muslim Malaysia
- Ketua Menteri Melaka
- Anggota Parti Amanah Negara
- Bekas anggota Parti Islam Se-Malaysia
- Alumni Universiti Teknologi Malaysia
- Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka ke-15
- Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka ke-14
- Ketua Menteri daripada Amanah
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15











