Mohammed Taufiq Johari AP | |
|---|---|
Mohammed Taufiq pada 2023 | |
| Menteri Belia dan Sukan Malaysia | |
| Menyandang jawatan 17 Disember 2025 | |
| Raja | Sultan Ibrahim |
| Perdana Menteri | |
| Timbalan | |
| Didahului oleh | |
| Kawasan pilihan raya | Sungai Petani |
| Ahli Parlimen bagi Sungai Petani, Kedah | |
| Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
| Didahului oleh | |
| Majoriti | 1,115 (PRU-15) |
| Timbalan Pengerusi PKR Kedah | |
| Menyandang jawatan 31 Julai 2025 | |
| Pengerusi | Saifuddin Nasution Ismail |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Mohammed Taufiq bin Johari 6 Mac 1996 Kuala Lumpur, Malaysia |
| Parti politik | Parti Keadilan Rakyat |
| Gabungan politik lain | Pakatan Harapan |
| Pasangan | Dr Fathiya Ainul Mardhiyah Andri Nopendra (k. 2024) |
| Ibu bapa |
|
| Saudara | Shuaib Lazim (datuk saudara) |
| Tempat belajar | Universiti Islam Bandung (MD) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Doktor Perubatan |
Dr. Mohammed Taufiq bin Tan Sri Dato’ Dr. Johari (lahir 6 Mac 1996) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Menteri Belia dan Sukan sejak 2025 dan Ahli Parlimen Sungai Petani sejak 2022.
Kehidupan awal dan pendidikan
Mohammed Taufiq bin Johari dilahirkan pada 6 Mac 1996 di Kuala Lumpur, Malaysia. Bapa beliau ialah Johari bin Abdul yang merupakan bekas Ahli Parlimen Sungai Petani sejak 2008 sehingga 2022. Beliau mempunyai tujuh adik beradik.
Beliau bersekolah di SMK Gombak Setia, Selangor sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Bandung dalam bidang perubatan.
Beliau hanya menggunakan gelaran dr selepas mengikuti pengajian perubatan di indonesia, tetapi tidak pernah berdaftar dengan Malaysian Medical Councill sehingga mencetuskan kontroversi apabila beberapa pihak antaranya MCW menuntut supaya beliau membuktikan dokumen rasmi beliau tamat pengajian sebagai doktor perubatan dan dokumen pengesahan beliau beramal sebagai pengamal perubatan.
Karier politik
Beliau merupakan Ketua Pemuda Pakatan Harapan Kedah, Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Sungai Petani.[1]
Menteri Belia dan Sukan (2025-kini)
Pelantikan
Pada 16 Disember 2025 Perdana Menteri Malaysia ke-10, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Dr. Mohammed Taufiq Johari sebagai Menteri Belia dan Sukan baharu akan menggantikan Hannah Yeoh.[2] Pada 17 Disember 2025, Dr. Mohammed Taufiq Johari bersama 14 orang Menteri dan Timbalan Menteri yang baharu telah mengangkat sumpah di Istana Negara di hadapan Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar.[3]
Keputusan Pilihan Raya
| Tahun | Kawasan | Individu | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Jumlah
Undi |
Majoriti | Peratus
Mengundi |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2022 | Sungai | Taufiq | 50,580 | 38.91% | Robert Ling | 49,465 | 38.05% | 130,004 | 1,115 | 77.07% |
| Shahanim Mohamad | 27,391 | 21.07% | ||||||||
| Marzuki Yahya (PEJUANG) | 2,342 | 1.80% | ||||||||
| Tan Joo Long (PRM) | 226 | 0.17% |
Rujukan
- ^ Calon PRU Taufiq Johari
- ^ "TERKINI: Kabinet baharu Kerajaan MADANI". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). 2025-12-16. Dicapai pada 2025-12-17.
- ^ BERNAMA (2025-12-17). "7 menteri, 8 timbalan menteri selesai angkat sumpah". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-12-17.









