Abdul Ghani Othman | |
---|---|
Pengerusi Kumpulan Sime Darby | |
Dalam jawatan 1 Julai 2013 – 28 Julai 2017 | |
Didahului oleh | Tan Sri Samsudin Omar |
Digantikan oleh | Tan Sri Dato’ Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah |
Menteri Besar Johor | |
Dalam jawatan 4 Mei 1995 – 3 April 2013 | |
Didahului oleh | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Digantikan oleh | Mohamed Khaled Nordin |
Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor | |
Dalam jawatan 4 Mei 1995 – 3 April 2013 | |
Didahului oleh | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Digantikan oleh | Mohamed Khaled Nordin |
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Serom | |
Dalam jawatan 26 April 1995 – 3 April 2013 | |
Didahului oleh | Hashim Ismail |
Digantikan oleh | Abdul Razak Minhat |
Menteri Belia dan Sukan Malaysia | |
Dalam jawatan 1 Disember 1993 – 3 Mei 1995 | |
Didahului oleh | Annuar Musa |
Digantikan oleh | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Timbalan Menteri Kewangan Malaysia | |
Dalam jawatan 27 Oktober 1990 – 1 Disember 1993 Berkhidmat with Loke Yuen Yow | |
Menteri | |
Didahului oleh | Wan Abu Bakar Wan Mohamed |
Digantikan oleh | Mustapa Mohamed |
Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos Malaysia | |
Dalam jawatan 20 Mei 1987 – 26 Oktober 1990 | |
Menteri | |
Didahului oleh | Zainal Abidin Zin |
Digantikan oleh | Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Ledang, Johor | |
Dalam jawatan 6 Oktober 1986 – 6 April 1995 | |
Didahului oleh | Ngah Abdul Rahman |
Digantikan oleh | Hashim Ismail |
Ahli Dewan Negara Malaysia | |
Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong | |
Dalam jawatan 11 Disember 1984 – 6 Oktober 1986 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Abdul Ghani bin Othman 14 November 1946 Sungai Mati, (Muar kini Tangkak), Johor, (Malayan Union kini Malaysia |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | Prof. Puan Sri Datin Paduka Dr. Jamilah Arifin |
Anak | Mohammad Jamil Helmi |
Tempat belajar | Universiti La Trobe Universiti Queensland |
Tan Sri Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman[1] (lahir 14 November 1946) ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Sime Darby Berhad,[2] bekas Menteri Besar Johor ke-14 dari tahun 1995 hingga 2013. Sebelum itu, beliau merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia (1993 - 1995).
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan di Sungai Mati, Muar, Ledang, Tangkak, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Laki-Laki Tangkak dan kemudian melanjutkan pengajian di Sekolah Tinggi Muar (Government English School, Muar). Kemudian, beliau menyambung pelajaran dengan biasiswa Rancangan Colombo dan menerima ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi di Universiti Latrobe, Melbourne Australia dan sarjana dalam bidang ekonomi politik dari Universiti Queensland. Sekembalinya ke Malaysia, beliau menjadi pensyarah di Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya (1974-1984) dan seterusnya dilantik sebagai Dekan Fakulti Ekonomi & Pentadbiran Universiti Malaya (1980-1984). Selain itu, beliau juga mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai pengetua di Kolej Kediaman Pertama, Universiti Malaya selama lima tahun (1979-1984).[3]
Kerjaya politik
Kerjaya politiknya mula berkembang apabila dilantik menjadi Senator di Dewan Negara (Disember 1984-Julai 1986). Selepas itu, beliau telah dipilih menjadi Ahli Parlimen Ledang pada Ogos 1986. Pada Mei 1987 hingga November 1990, beliau telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos dan kemudiannya menjadi Timbalan Menteri Kewangan mulai November 1990 hingga 30 November 1993.
Selepas itu, beliau dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan mulai 1 Disember 1993 hingga Mac 1995 dan mendapat gelaran ‘Bapa Rakan Muda’ kerana berjaya memperkenalkan program Rakan Muda yang mendatangkan faedah kepada golongan remaja dan belia. Kemudian, tempat beliau telah digantikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada 3 Mei 1995, khidmat bakti Abdul Ghani mula ditagih oleh rakyat Johor dan beliau bertanding di peringkat DUN Serom setelah lebih 10 tahun berkhidmat di peringkat Pusat. Sejak Mei 1995, beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Keluarga
Abdul Ghani yang berkongsi hidup dengan Prof. Puan Sri Datin Paduka Dr. Jamilah Arifin serta dikurniakan dua orang cahaya mata.
Anugerah
Pada tahun 1989, beliau dikurniakan pingat Setia Mahkota Johor (SMJ) diikuti dengan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua (DK II) oleh Sultan Johor pada tahun 1996. Pada tahun 2004, Abdul Ghani dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang membawa gelaran Dato'. Beliau pernah menerima anugerah daripada Timesport sebagai Sports Toto Man of The Year Award pada 1994.
Pada 9 April 2009, Abdul Ghani menerima anugerah tertinggi Johor iaitu Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I) daripada Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Pada tahun 2014, beliau telah dianugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri.
Darjah Kebesaran
Kehormatan Malaysia
- Malaysia :
- Panglima Setia Mahkota (PSM) – Tan Sri (2014)[4][5]
- Johor :
- Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I) (2009)[6]
- Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua (DK II) (1996)[7]
- Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) – Dato' (2004)[8]
- Setia Mahkota Johor (SMJ) (1989)
- Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Pertama (PIS I) (2008)[9]
Lihat juga
Rujukan
- ^ Biodata di Bloomberg
- ^ Sime Darby umum barisan pengurusan tertinggi baharu
- ^ http://kk1.um.edu.my/index_BM.htm
- ^ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 1 Januari 2021.
- ^ "IGP leads King's honours list". The Star Online. 7 Jun 2014. Dicapai pada 1 Januari 2021.
- ^ "Sultan of Johor Birthday's Honours List 2009". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 11 April 2009.
- ^ "Pengurniaan Darjah Kebesaran Bergelar Bagi Tahun 1996 Mengikut Negeri" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-05-12. Dicapai pada 2021-01-01.
- ^ "Abdullah tops Johor Sultan's birthday list". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 8 April 2004.
- ^ "Ghani to receive highest award in Johor". The Star Online. 8 April 2008. Dicapai pada 1 Januari 2021.
Pautan luar
- Umno's Men-In-Waiting Diarkibkan 2009-10-26 di Wayback Machine, 12 May 2000, Asiaweek
- Laman menggunakan kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui
- Kelahiran 1946
- Orang hidup
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Menteri Besar Johor
- Orang dari Tangkak
- Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor
- Alumni Universiti Malaya
- Menteri Kerajaan Malaysia
- Menteri Belia dan Sukan Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-7
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-8
- Penerima Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama
- Penerima Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua
- Penerima Darjah Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor
- Penerima Darjah Setia Mahkota Johor
- Menteri Besar daripada UMNO
- Ahli Dewan Negeri Johor ke-9
- Ahli Dewan Negeri Johor ke-10
- Ahli Dewan Negeri Johor ke-11
- Ahli Dewan Negeri Johor ke-12