| Dewan Undangan Negeri Sabah | |
|---|---|
| Sabah Legislative Assembly | |
Lambang Dewan Undangan Negeri Sabah | |
| Dewan ke-17 | |
| Jenis | |
| Jenis | |
| Sejarah | |
| Diasaskan | 25 September 1963 |
| Kepimpinan | |
Yang di-Pertua Negeri | Musa Aman sejak 1 Januari 2025 |
Speaker | |
Timbalan Speaker | Al Hambra Juhar, Bebas sejak 19 June 2023 |
Ketua Pembangkang | |
| Struktur | |
| Ahli | 73 dipilih dan maksimum 6 adun dilantik |
Kumpulan politik | (Setakat 3 Disember 2025[kemas kini]) Kerajaan (33):
Disokong oleh (20) Pembangkang (25)
Kosong (1)
|
| Jawatankuasa |
|
| Pilihan raya | |
Sistem pengundian | |
Pilihan raya terakhir | 29 November 2025 |
| Tempat persidangan | |
| Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah, Likas, Kota Kinabalu | |
| www | |
| sunting | |
Dewan Undangan Sabah (bahasa Kadazandusun: Lamin Koundangan Sabah) merupakan sebahagian badan perundangan Sabah, Malaysia, yang lain ialah Yang di-Pertua Negeri Sabah. Dewan ini bermesyuarat di Bangunan Dewan Undangan Sabah di Likas di ibu negeri Kota Kinabalu.
Badan perundangan satu dewan ini kini mempunyai 73 kerusi mewakili bahagian pilihan raya negeri yang dipilih melalui sistem pilihan raya pemenang undi terbanyak di seluruh negeri.
Seperti di peringkat persekutuan di Malaysia, Sabah menggunakan kerajaan berparlimen gaya Westminster, dalamnya para ahli dipilih ke dalam dewan undangan melalui pilihan raya umum, daripadanya Ketua Menteri dan kabinet dilantik berdasarkan sokongan majoriti. Ketua Menteri ialah ketua kerajaan negeri manakala Yang di-Pertua Negeri bertindak sebagai ketua negeri. Parti terbesar yang tidak membentuk kerajaan negeri dikenali sebagai pembangkang rasmi, pemimpinnya diiktiraf sebagai pemimpin pembangkang oleh speaker.
Para ahli dewan merujuk diri mereka sebagai "Ahli Dewan Undangan Negeri" (ADUN) dan kadangkala sebagai "ahli dewan negeri".
Dewan yang terkini dipilih pada 29 November 2025 merupakan Dewan Undangan Negeri Sabah ke-17. Gabungan Rakyat Sabah yang dianggotai oleh parti komponen rasmi iaitu Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti GAGASAN Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Baru) (USNO Baru), Parti Cinta Sabah (PCS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) telah membentuk sebuah kerajaan negeri pada 26 September 2020.
Dewan ini dibentuk selepas Dewan penggal ke-16 telah dibubarkan pada 6 Oktober 2025 oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Musa Aman, yang menyebabkan Pilihan raya negeri Sabah 2025 diadakan.
Penggubalan undang-undang
Sejajar dengan tradisi sistem Westminster, kebanyakan undang-undang bermula dengan kabinet (rang undang-undang kerajaan), dan diluluskan oleh badan perundangan selepas peringkat-peringkat perbahasan dan mwmbuat keputusan. Ahli biasa boleh memperkenalkan secara peribadi (rang undang-undang bukan kerajaan), memainkan peranan penting dalam meneliti rang undang-undang dalam perbahasan dan jawatankuasa dan rang undang-undang yang dipinda dipersembahkan kepada badan perundangan oleh kabinet.
Anggota lantikan
Dewan Undangan Negeri Sabah boleh mempunyai tidak lebih daripada enam orang anggota lantikan yang dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri atas nasihat Ketua Menteri.[2]
Penjawat
Yang di-Pertua Dewan
Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sabah dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri atas nasihat Ketua Menteri. Datuk Haji Kadzim M Yahya dilantik menjadi Yang di-Pertua DUN pada 8 Oktober 2020[3] menggantikan Datuk Syed Abas Syed Ali (BN-UMNO) yang telah berkhidmat sejak 7 Ogos 2015[4].
Ketua Kerajaan
Ketua Menteri dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah atas dasar bahawa beliau boleh mendapat majoriti di dewan. Datuk Seri Panglima Hajiji Noor (BERSATU, sekarang GAGASAN), anggota bagi DUN Sulaman, telah menjadi Ketua Menteri Sabah bermula 29 September 2020 sehingga hari ini.
Ketua Pembangkang
Pemimpin minoriti selalunya pemimpin pembangkang dilantik oleh parti terbesar yang tidak membentuk kerajaan negeri.
Peta bahagian pilihan raya negeri Sabah

Senarai Perhimpunan
Nota
Rujukan
- ^ Standing Orders of the Legislative Assembly of the State of Sabah (PDF). Dicapai pada 26 May 2016. Standing Orders 89, 90 and 91.
- ^ Sabah (2018). The Constitution of the State of Sabah. Retrieved 23 May 2018. Art. 14(1)(c).
- ^ Bernama (8 Oktober 2020). "Sabah Speaker, ministers, assistant ministers take oath of office". The Edge Markets. The Edge Communications Sdn. Bhd.
- ^ "Syed Abas Is Sabah State Legislative New Speaker". Bernama. 3 August 2015. Dicapai pada 7 June 2018.
Pautan luar
Templat:Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah ke-17
| Himpunan | Penggal Mula | Ahli DUN | Pilihan Raya | Kabinet | Parti memerintah |
|---|---|---|---|---|---|
| Pertama | 1963 | Dilantik | Fuad I | Sabah Alliance | |
| Ke-2 | 1965 | Peter Lo Su Yin I | Sabah Alliance | ||
| Ke-3 | 1967 | 32 | Mustapha I | Sabah Aliance | |
| Ke-4 | 1971 | 32 | Mustapha II (1971-1975)
Said I (1975-1976) |
Sabah Aliance (1971-1973)
Barisan Nasional (1973-1976) | |
| Ke-5 | 1976 | 48 | Fuad II (1976)
Haris II (1976-1981) |
BERJAYA | |
| Ke-6 | 1981 | 48 | Haris II | Barisan Nasional | |
| Ke-7 | 1985 | 48 | Joseph I | PBS | |
| Ke-8 | 1986 | 48 | Joseph II | Barisan Nasional | |
| Ke-9 | 1990 | 48 | Joseph III | Gagasan Rakyat | |
| Ke-10 | 1994 | 48 | Joseph IV (1994)
Sakaran I (1994) Salleh I (1994-1996) Yong Teck Lee I (1996-1998) Bernard I (1998-1999) |
Gagasan Rakyat (1994)
Barisan Nasional (1994-1999) | |
| Ke-11 | 1999 | 48 | Sukam I (1999-2001)
Chong Kah Kiat I (2001-2003) Musa I (2003-2004) |
Barisan Nasional | |
| Ke-12 | 2004 | 60 | Musa II | Barisan Nasional | |
| Ke-13 | 2008 | 60 | Musa III | Barisan Nasional | |
| Ke-14 | 2013 | 60 | Musa IV | Barisan Nasional | |
| Ke-15 | 2018 | 60 | Musa V (2018)
Shafie I (2018-2020) |
Barisan Nasional (2018)
WARISAN (2018-2020) | |
| Ke-16 | 2020 | 73 | Hajiji I | Gabungan Rakyat Sabah | |
| Ke-17 | 2025 | Hajiji II | Gabungan Rakyat Sabah | ||
Johor • Kedah • Kelantan • Melaka • Pahang • Perak • Perlis • Pulau Pinang • Sabah • Sarawak • Selangor • Negeri Sembilan • Terengganu |









