Chow Kon Yeow | |
---|---|
曹观友 | |
![]() Chow pada tahun 2019 | |
Ketua Menteri Pulau Pinang ke-5 | |
Menyandang jawatan 14 Mei 2018 | |
Gabenor | Abdul Rahman Abbas (2018–2021) Ahmad Fuzi Abdul Razak (sejak 2021) |
Timbalan | Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman (2018–2023) Ramasamy Palanisamy (2018–2023) Mohamad Abdul Hamid (sejak 2023) Jagdeep Singh Deo (sejak 2023) |
Didahului oleh | Lim Guan Eng |
Kawasan pilihan raya | Padang Kota |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Alam Sekitar: 13 Mac 2008–8 Mei 2013) (Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir: 9 Mei 2013–14 Mei 2018) | |
Dalam jawatan 13 Mac 2008 – 15 Mei 2018 | |
Gabenor | Abdul Rahman Abbas |
Ketua Menteri | Lim Guan Eng |
Didahului oleh | Teng Hock Nan (Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas) Teng Chang Yeow (Alam Sekitar) |
Digantikan oleh | Jagdeep Singh Deo (Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas) Zairil Khir Johari (Tebatan Banjir) |
Kawasan pilihan raya | Padang Kota |
Pengerusi Pakatan Harapan Pulau Pinang Pertama | |
Menyandang jawatan 21 Mei 2019 | |
Pengerusi Kebangsaan | Mahathir Mohamad (2019–2020) Anwar Ibrahim (sejak 2020) |
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
Naib Pengerusi Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik | |
Menyandang jawatan 4 September 2004 | |
Pengerusi Kebangsaan | Karpal Singh (2004–2014) Tan Kok Wai (2014–2022) Lim Guan Eng (sejak 2022) |
Setiausaha Agung | Lim Guan Eng (2004–2022) Anthony Loke Siew Fook (sejak 2022) |
Pengerusi Parti Tindakan Demokratik Pulau Pinang | |
Dalam jawatan 1999 – 22 September 2024 | |
Timbalan | Jagdeep Singh Deo |
Setiausaha Agung | Kerk Kim Hock (1999–2004) Lim Guan Eng (2004–2022) Anthony Loke Siew Fook (2022–2024) |
Pengerusi Kebangsaan | Lim Kit Siang (1999–2004) Karpal Singh (2004–2014) Tan Kok Wai (2014–2022) Lim Guan Eng (2022–2024) |
Digantikan oleh | Steven Sim Chee Keong |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Batu Kawan | |
Menyandang jawatan 19 November 2022 | |
Didahului oleh | Kasthuriraani Patto (PH–DAP) |
Majoriti | 40,400 (2022) |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Tanjong | |
Dalam jawatan 9 Mei 2018 – 19 November 2022 | |
Didahului oleh | Ng Wei Aik (PR–DAP) |
Digantikan oleh | Lim Hui Ying (PH–DAP) |
Majoriti | 29,599 (2018) |
Dalam jawatan 29 November 1999 – 5 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Lim Kit Siang (DAP) |
Digantikan oleh | Ng Wei Aik (PR–DAP) |
Majoriti | 4,477 (1999) 4,228 (2004) 18,489 (2008) |
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi Padang Kota | |
Menyandang jawatan 8 Mac 2008 | |
Didahului oleh | Teng Chang Yeow (BN–GERAKAN) |
Majoriti | 1,661 (2008) 7,196 (2013) 7,808 (2018) 7,116 (2023) |
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi Pengkalan Kota | |
Dalam jawatan 21 Oktober 1990 – 24 April 1995 | |
Didahului oleh | Teoh Teik Huat (DAP) |
Digantikan oleh | Lee Hack Teik (BN–MCA) |
Majoriti | 3,670 (1990) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Chow Kon Yeow 14 November 1958 ![]() |
Kerakyatan | ![]() |
Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) |
Gabungan politik lain | Gagasan Rakyat (GR) (1990–1996) Barisan Alternatif (BA) (1999–2004) Pakatan Rakyat (PR) (2008–2015) Pakatan Harapan (PH) (sejak 2015) |
Pasangan | Tan Lean Kee |
Anak | 2 |
Tempat belajar | Universiti Sains Malaysia Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman SMK Cochrane |
Tandatangan | ![]() |
Chow Kon Yeow (Cina ringkas: 曹观友; Cina tradisional: 曹觀友; pinyin: Cáo Guānyǒu; Pe̍h-ōe-jī: Chô Kuan-iú; lahir 14 November 1958) merupakan ahli politik, peguam dan wartawan Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ke-5 sejak Mei 2018, Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (ADUN) bagi Padang Kota sejak Mac 2008 dan Ahli Parlimen (AP) bagi Batu Kawan sejak November 2022. Beliau berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (EXCO) dalam pentadbiran negeri Pakatan Rakyat (PR) dan Pakatan Harapan (PH) di bawah bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng dari Mac 2008 hingga kenaikan jawatan Ketua Menteri pada Mei 2018, Ahli Parlimen Tanjong dari November 1999 hingga Mei 2013 dan sekali lagi dari Mei 2018 hingga November 2022 dan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Pengkalan Kota dari Oktober 1990 sehingga April 1995. Beliau adalah ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen PH dan bekas gabungan PR. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi PH negeri Pulau Pinang sejak Mei 2019 serta Naib Pengerusi Kebangsaan DAP sejak September 2004. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi DAP negeri Pulau Pinang dari 1999 hingga September 2024. Beliau kini merupakan satu-satunya ketua kerajaan negeri bukan Islam dan Cina di antara 13 negeri di Malaysia.[1]
Pelantikan sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan
Pada 20 Mac 2022, pada Kongres Kebangsaan DAP ke-17, Chow telah dipilih semula menjadi Jawatankuasa Eksekutif Pusat dengan 1641 undi, undian tertinggi ke-2, selepas Gobind Singh.[2] Beliau kemudiannya dilantik semula sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan di bawah Lim Guan Eng.[3]
Kehidupan peribadi
Chow dilahirkan pada 14 November 1957 di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia (USM). Sebelum menceburi bidang politik, Chow berprofesi sebagai wartawan.[4][5]
Chow berkahwin dengan Tan Lean Kee dan pasangan itu mempunyai dua anak lelaki.
Beliau disahkan positif untuk COVID-19 pada 1 November 2022.
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1990 | N23 Pengkalan Kota | Chow Kon Yeow (DAP) | 11,336 | 58.51% | Loh Huck Hun (MCA) | 7,666 | 39.56% | 19,376 | 3,670 | 76.83% | ||
1995 | Chow Kon Yeow (DAP) | 7,523 | 44.27% | Lee Hack Teik (MCA) | 9,036 | 53.18% | 16,993 | 1,513 | 78.79% | |||
Khoo Soo Hoe (PBS) | 131 | 0.77% | ||||||||||
1999 | N22 Padang Kota | Chow Kon Yeow (DAP) | 5,211 | 31.10% | Teng Chang Yeow (Gerakan) | 6,851 | 40.88% | 16,758 | 1,640 | 77.01% | ||
2004 | N26 Padang Kota | Chow Kon Yeow (DAP) | 4,584 | 40.13% | Teng Chang Yeow (Gerakan) | 6,838 | 59.87% | 11,655 | 2,254 | 63.66% | ||
2008 | Chow Kon Yeow (DAP) | 6,449 | 57.14% | Teng Chang Yeow (Gerakan) | 4,788 | 42.42% | 11,507 | 1,661 | 68.89% | |||
2013 | Chow Kon Yeow (DAP) | 9,563 | 80.03% | Oh Tong Keong (Gerakan) | 2,367 | 19.81% | 12,078 | 7,196 | 78.56% | |||
2018 | Chow Kon Yeow (DAP) | 9,278 | 85.75% | H'ng Khoon Leng (Gerakan) | 1,470 | 13.59% | 10,961 | 7,808 | 75.72% | |||
Goh Saik Wei (MUP) | 71 | 0.66% | ||||||||||
2023 | Chow Kon Yeow (DAP) | 8,261 | 87.83% | H'ng Khoon Leng (Gerakan) | 1,145 | 12.17% | 9,406 | 7,116 | 62.02% |
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | P048 Tanjong | Chow Kon Yeow (DAP) | 23,437 | 54.00% | Cheang Chee Gooi (Gerakan) | 18,960 | 43.68% | 43,403 | 4,477 | 70.85% | ||
2004 | P049 Tanjong | Chow Kon Yeow (DAP) | 21,652 | 55.41% | Ooi Swee Hing (Gerakan) | 17,424 | 44.59% | 39,793 | 4,228 | 68.72% | ||
2008 | Chow Kon Yeow (DAP) | 28,248 | 74.14% | Keow Veon Szu (Gerakan) | 9,759 | 25.61% | 38,734 | 18,489 | 72.82% | |||
2018 | Chow Kon Yeow (DAP) | 34,663 | 87.25% | Ng Siew Lai (Gerakan) | 5,064 | 12.75% | 39,727 | 29,599 | 80.90% | |||
2022 | P046 Batu Kawan | Chow Kon Yeow (DAP) | 50,744 | 73.72% | Wong Chia Zhen (Gerakan) | 10,344 | 15.03% | 88,812 | 40,400 | 77.50% | ||
Tan Lee Huat (MCA) | 7,145 | 10.38% | ||||||||||
Ong Chin Wen (WARISAN) | 450 | 0.65% | ||||||||||
Lee Ah Liang (PRM) | 148 | 0.22% |
Anugerah
Malaysia :
Rujukan
- ^ "Chow Kon Yeow to be Penang CM - Nation". www.thestar.com.my. The Star Online. Dicapai pada 2018-05-12.
- ^ "Gobind receives highest votes in DAP polls". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-03-20.
- ^ "Anthony Loke is new DAP secretary-general; Lim Guan Eng made chairman". The Edge Markets. 2022-03-20. Dicapai pada 2022-03-25.
- ^ "So into politics". The Star (Malaysia). 22 April 2008. Dicapai pada 31 Disember 2009.
- ^ "So into politics - The Star". The Star. Pakatan Rakyat Penang. 22 April 2008. Dicapai pada 31 Disember 2009.
- ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 1 Mei 2010.
- ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 Februari 2017. Keputusan hanya tersedia daripada pilihan raya 2004.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mei 2017. Dicapai pada 24 Mac 2017.
- ^ a b "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ a b "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Lim Guan Eng |
Ketua Menteri Pulau Pinang ke-5 2018 - kini |
Pemegang jawatan kini |
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Chow Kon Yeow |
- Chow Kon Yeow di Twitter
- Profile Laman Sesawang Parlimen Malaysia.
- Kelahiran 1957
- Orang hidup
- Orang dari Selangor
- Wartawan Malaysia
- Ahli politik Malaysia berketurunan Cina
- Anggota Parti Tindakan Demokratik
- Ketua Menteri Pulau Pinang
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-10
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-11
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Ketua Menteri daripada DAP
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15