Khairil Nizam Khirudin JMN; PEng; PTech | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Jerantut, Pahang | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Ahmad Nazlan Idris |
Ketua Penerangan Parti Islam Se-Malaysia | |
Menyandang jawatan 2 November 2021 | |
Didahului oleh | Kamaruzaman Mohamad |
Ahli Dewan Negara Malaysia | |
Lantikan Yang di-Pertuan Agong | |
Dalam jawatan 28 Disember 2020 – 5 November 2022 | |
Ketua Pemuda Perikatan Nasional | |
Dalam jawatan 10 November 2020 – 2 November 2021 | |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Digantikan oleh | Ahmad Fadhli Shaari |
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia | |
Dalam jawatan 2019–2021 | |
Presiden | Abdul Hadi Awang |
Didahului oleh | Muhammad Khalil Abdul Hadi |
Digantikan oleh | Ahmad Fadhli Shaari |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Khairil Nizam bin Khirudin 16 Oktober 1979 Kampung Tengku Hussein, Ipoh, Perak, Malaysia |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Gabungan politik lain | Perikatan Nasional (2020-kini) |
Tempat belajar | Universiti Teknologi Petronas |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Jurutera |
Yang Berhormat Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin (Jawi: خيرالنظام بن خيرالدين ) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Di peringkat parti, beliau merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dari 2019 hingga 2021 dan Ketua Penerangannya sejak 2021.
Latar belakang
Khairil dilahirkan pada 16 Oktober 1979 di Kampung Tengku Hussein, Ipoh, Perak. Merupakan anak ke-5 daripada 6 beradik. Beliau mendapat pendidikan dalam pengajian sarjana muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada 1997-2002[1] dan menyambung pengajian peringkat sarjana dalam bidang Pengurusan dan Penyenggaraan Aset (Asset Management and Maintenance) dari universiti yang sama pada 2012-2013[1].
Kerjaya
- Ex-Technical Professional (Staff Engineer) PETRONAS
- Ex-Lead Integrity Engineer, TALISMAN Malaysia Limited
- Malaysian DOSH Offshore Self-Regulation Inspector
Penglibatan Politik
Khairil Nizam telah menyertai Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Malaysia sejak 2009[2]. Beliau turut dilantik ke jawatan tinggi dalam Dewan Pemuda PAS Malaysia seperti Bendahari[3] (2011–2013), Naib Ketua[4][5] (2013–2017), Timbalan Ketua (2017–2019)[6] dan Ketua Pemuda (2019–2021)[7]. Pascapemilihan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia 2021, beliau telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat[8]
Penglibatan dalam Pilihanraya
Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018 beliau bertanding di Parlimen Gombak mewakili PAS. Beliau mendapat undian yang paling sedikit berbanding calon BN-UMNO. Kerusi itu dimenangi oleh penyandangnya Mohamed Azmin Ali dari PH-PKR.
Tahun | Kawasan | Individu | Undi | Lawan | Undi | Majority |
---|---|---|---|---|---|---|
2018 | Parlimen Gombak[9] | Khairil Nizam Khirudin (PAS) | 17,537 | Datuk Abdul Rahim Pandak Kamarudin (BN-UMNO) | 26,392 | 48,721 |
Dato' Seri Muhamad Azmin Ali (PKR) | 75,113 |
Anugerah dan pengiktirafan
Darjah kebesaran
- Malaysia:
- Johan Mangku Negara (J.M.N) – (2021)[10]
Pengiktirafan kerjaya
- Persijilan antarabangsa: API 510 (Pressure Vessel Inspection Code), API 570 (Piping Inspection Code), API 580 (Risk Based Inspection), API 653 (Tank Inspection, Repair, Alteration and Reconstruction)
- Persijilan Malaysia: OSR Inspector (Pressure Vessel and Crane)
Aktiviti kemasyarakatan
- Bendahari Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) 1999
- Pengurus Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Darul Ansar, Lanchang, Pahang.
- Jurutera Profesional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia
- Ahli Korporat Institute of Engineers Malaysia
Pautan Luar
Rujukan
- ^ a b https://my.linkedin.com/in/ir-hj-khairil-nizam-khirudin-06350044[pautan mati kekal]
- ^ https://pas.org.my/ajk-dewan-pemuda-pas-pusat-sesi-2009-2011/
- ^ https://pas.org.my/ajk-dewan-pemuda-pas-pusat-sesi-2011-2013/
- ^ https://pas.org.my/pimpinan-dewan-pemuda-pas-pusat-sesi-2013-2015/
- ^ https://pas.org.my/ajk-dewan-pemuda-pas-pusat-sesi-2015-2017/
- ^ https://pas.org.my/ahli-jawatankuasa-dewan-pemuda-pas-malaysia-dppm-sesi-2017-2019/
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-11. Dicapai pada 2019-11-13.
- ^ Nur Fazlizai Ali (7 November 2021). "Muktamar Pas :Tiga penyandang Naib Presiden Pas kekal". Astro Awani. Dicapai pada 15 November 2021.
- ^ http://pru14.spr.gov.my/#!/parliament/10/P.098
- ^ "SENARAI NAMA PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN TAHUN 2021" (PDF). Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa. 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.