Rajiv Rishyakaran | |
---|---|
ரஜிவ் ரிஷ்யகரன் راجيۏ ريسهياقرن | |
![]() | |
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Bukit Gasing | |
Menyandang jawatan 5 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Edward Lee Poh Lin (PR–DAP) |
Majoriti | 15,842 (2013) 25,835 (2018) 24,972 (2023) |
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Selangor | |
2013–2018 | Parti Tindakan Demokratik |
2018– | Pakatan Harapan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Rajiv a/l Rishyakaran 12 Oktober 1981 ![]() ![]() |
Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) |
Gabungan politik lain | Pakatan Rakyat (PR) (2008–2015) Pakatan Harapan (PH) (sejak 2015) |
Pasangan | Ana Gella Rajiv (nee Opong) (bercerai 2022) |
Anak | Julia Alexandria Elisha Jael Noah Ezekiel |
Ibu bapa |
|
Laman web | http://www.rajiv4malaysia.com/ |
Rajiv a/l Rishyakaran (Jawi: راجيۏ ريسهياقرن; Bahasa Tamil: ரஜிவ் ரிஷ்யகரன்) (lahir 12 Oktober 1981) ialah seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Bukit Gasing sejak Mei 2013.[1] Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) dan sebelum ini Pakatan Rakyat (PR). Pendahulunya sebagai ADUN Bukit Gasing ialah mendiang Edward Lee Poh Lin yang telah meninggal dunia pada tahun 2011 dan menyebabkan kerusi itu kekal kosong selama dua tahun sebelum Pilihan raya negeri Selangor 2013.
Latar belakang peribadi dan pendidikan
Rajiv Rishyakaran dilahirkan pada 12 Oktober 1981 di Hospital Universiti, Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak sulung daripada lima (5) orang adik-beradik. Bapanya, Rishyakaran Karthigasu (1949–) ialah seorang pegawai Kementerian Kesihatan yang telah bersara manakala ibunya, Rajini Chandrapal (1953–) pula bersara daripada profesion perguruan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Beliau merupakan keturunan Tamil Malaysia generasi keempat.
Rajiv dilahirkan dan dibesarkan di Lembah Klang, kecuali untuk tempoh berpindah ke Ipoh, Perak (dari umur 10 hingga 15 tahun) apabila bapanya berkhidmat di sana sebagai penjawat awam. Keluarganya kemudiannya berpindah ke Subang Jaya, Selangor di mana Rajiv menamatkan persekolahan menengahnya.
Pada tahun 2011, Rajiv telah berkahwin dengan Ana Gella namun pasangan ini berpisah pada tahun 2021. Mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Julia (lahir 2017), Elisha (lahir 2018), dan Noah (lahir 2021).
Kerjaya politik
Penglibatan awal
Penglibatan Rajiv dalam politik bermula apabila rakannya yang juga ahli gereja, Hannah Yeoh Tseow Suan, dicalonkan untuk bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Subang Jaya pada tahun 2008.
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Rajiv menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada tahun 2008 dan, bersama Hannah Yeoh serta Edward Ling, merupakan antara pengasas cawangan DAP di USJ. Pada tahun 2009, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Penganjur DAPSY Selangor. Beliau kemudiannya dipilih sebagai Setiausaha Negeri DAPSY Selangor pada tahun 2012 dan dilantik ke dalam Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan DAPSY.
Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
Pada tahun 2009, Rajiv telah dilantik sebagai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ),[2] dan memegang jawatan tersebut sehingga pilihan raya tahun 2013. Semasa di MPSJ, beliau bertanggungjawab terhadap Zon 3 (USJ 2–15) sehingga Jun 2012 sebelum dipindahkan ke Zon 3 (SS12–19) sehingga Mei 2013. Sepanjang tempoh perkhidmatannya di MPSJ, beliau turut berkhidmat secara serentak sebagai Penolong Khas kepada Hannah Yeoh. Antara inisiatif yang dikaitkan dengan peranannya dalam majlis dan sebagai pembantu Yeoh termasuklah projek Hutan Bandar Subang Jaya[3] dan Unit Rondaan Sukarela Subang Jaya (VPU).
Dewan Undangan Negeri Selangor
Tiga (3) hari sebelum Hari Penamaan Calon bagi Pilihan raya umum Malaysia 2013, Rajiv telah dipilih untuk bertanding bagi kerusi Bukit Gasing, menggantikan Kasthuri Patto yang bertanding di kerusi Parlimen Batu Kawan, Pulau Pinang.[4][1] Dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Rajiv menyenaraikan beberapa isu utama dengan ikrar untuk membanteras rasuah serta memperjuangkan:[5]
- Isu pembangunan dan kesannya terhadap kualiti hidup
- Penambahbaikan trafik dan pengangkutan awam
- Pengurangan kadar jenayah dan peningkatan keselamatan
- Pemantapan proses rundingan awam
- Penambahbaikan majlis tempatan
- Pemilihan kerajaan tempatan
- Penjelasan isu tanah pajakan dan pegangan bebas
- Pemuliharaan alam sekitar
Rajiv telah memenangi kerusi tersebut dengan hampir 78% jumlah undi, menewaskan calon Gerakan, Juan Sei Chang serta calon Bebas, Mak Khuin Weng dan Simon Lee Chung Hsin dengan majoriti besar.[6]
Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018, Rajiv telah bertanding semula dan berjaya mempertahankan kerusi Bukit Gasing untuk penggal kedua.[perlu rujukan]
Pada Julai 2019, beliau telah mengemukakan satu usul di Dewan Undangan Negeri Selangor yang bertujuan untuk melarang amalan lompat parti dalam kalangan wakil rakyat negeri.[7][8][9] Usul ini dikemukakan susulan kejatuhan Pakatan Harapan apabila BERSATU dan majoriti anggotanya keluar daripada gabungan tersebut untuk membentuk Perikatan Nasional bersama UMNO.[perlu rujukan]
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
Selepas kemenangan luar biasa Pakatan Harapan menewaskan Barisan Nasional dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018, Yeo Bee Yin telah dilantik sebagai Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim). Susulan pelantikan tersebut, Yeo telah melantik Rajiv sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas beliau,[10] di mana beliau bukan sahaja membantu dalam pelaksanaan proses-proses utama kementerian, malah turut dilantik sebagai ahli lembaga Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA). Di sana, beliau memperjuangkan penggunaan tenaga solar secara meluas di seluruh negara.[11][12]
Fokus utama
Rajiv merupakan Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Socialist Youth (DAPSY)[13] dan telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Negeri DAP Selangor bagi penggal 2013 dan 2015.[14] Dalam Dewan Undangan Negeri Selangor, beliau merupakan ahli Jawatankuasa Pilihan bagi Kerajaan Tempatan[15] dan Pengurusan Sumber Air.[16]
Bidang tumpuan utama Rajiv ialah perancangan bandar, perumahan mampu milik dan penambahbaikan pengangkutan awam. Bersama beberapa wakil rakyat negeri yang lain, beliau secara konsisten menyeru agar diwujudkan satu “pelan induk trafik” yang menyeluruh dan percaya bahawa peruntukan dana untuk pengangkutan sepatutnya digunakan untuk meluaskan capaian serta hubungan pengangkutan awam berbanding membina lebih banyak lebuh raya.[17] Beliau juga lantang menyuarakan keperluan menggantikan infrastruktur lama yang semakin uzur.[18]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | N34 Bukit Gasing | Rajiv Rishyakaran (DAP) | 21,168 | 78.55% | Juan Sei Chang (GERAKAN) | 5,326 | 19.76% | 27,222 | 15,842 | 78.71% | ||
Simon Lee Chung Hsin (BEBAS) | 287 | 1.06% | ||||||||||
Mak Khuin Weng (BEBAS) | 168 | 0.62% | ||||||||||
2018 | Rajiv Rishyakaran (DAP) | 29,366 | 86.92% | Chai Ko Thing (GERAKAN) | 3,531 | 10.45% | 34,080 | 25,835 | 78.27% | |||
David Sew Kah Heng (IKATAN) | 890 | 2.63% | ||||||||||
2023 | Rajiv Rishyakaran (DAP) | 28,227 | 83.47% | Nallan Dhanabalan (GERAKAN) | 3,255 | 9.63% | 33,818 | 24,972 | 62.35% | |||
VKK Raja @ Kalyana Rajasekaran Teagarajan (MUDA) | 1,390 | 4.11% |
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b "Candidate for DUN Bukit Gasing: Rajiv Rishyakaran | Mediarakyat". Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Julai 2018. Dicapai pada 28 Ogos 2013.
- ^ "New faces at MPSJ - Community | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2016-11-19.
- ^ "3 Greens @ USJ: Rajiv Rishyakaran - MPSJ Councillor for Zon 3 ( USJ 2 -15 )". 30 September 2009.
- ^ "Uphill battle for four at Bukit Gasing". The Edge Market. 24 April 2013. Dicapai pada 24 April 2013.
- ^ "Rajiv for Bukit Gasing". rajiv-mpsj.blogspot.my. Dicapai pada 2016-11-19.
- ^ "GE13 - Bukit Gasing where four fight to conquer a hill". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-28. Dicapai pada 2013-08-28.
- ^ "Bukit Gasing rep submits motion on anti-party-hopping law". 8 Julai 2020.
- ^ "Selangor State Assembly approves motion to create anti-party hopping law | Malay Mail". 16 Julai 2020.
- ^ "Selangor approves motion in support of anti-hopping law | the Malaysian Insight".
- ^ Bhd, BFM Media Sdn. "Earth Matters: Malaysia's Renewable Energy Game Plan". BFM 89.9.
- ^ "Rajiv: No question of political will, govt on track with renewable energy targets". The Star.
- ^ "Rajiv Rishyakaran - Asia Clean Energy Forum". www.asiacleanenergyforum.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-20.
- ^ "DAPSY". DAP Malaysia (dalam bahasa Inggeris). 2013-06-28. Dicapai pada 2016-11-19.
- ^ "Jawatan Kuasa Negeri Selangor 2015-2017". DAP Malaysia (dalam bahasa Inggeris). 2013-10-18. Dicapai pada 2016-11-19.
- ^ "Jawatankuasa Pilihan Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT) | Dewan Negeri Selangor". dewan.selangor.gov.my. Dicapai pada 2016-11-19.
- ^ "Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Mentah Negeri Selangor (JPK-SAS) | Dewan Negeri Selangor". dewan.selangor.gov.my. Dicapai pada 2016-11-19.
- ^ "Public transport line would be better, say assemblymen". 2014-04-07. Dicapai pada 2016-11-21.
- ^ "Selangor should prepare to aggressively replace old pipes" (dalam bahasa Inggeris). 2016-11-06. Dicapai pada 2016-11-21.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15". Dicapai pada 5 Oktober 2023.