Yang Berhormat Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan | |
|---|---|
| Menteri Sumber Manusia Malaysia | |
| Menyandang jawatan 17 Disember 2025 | |
| Raja | Sultan Ibrahim Ismail |
| Perdana Menteri | |
| Timbalan Menteri | Khairul Firdaus Akbar Khan |
| Didahului oleh | |
| Pengerusi Jawatankuasa Khas Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) | |
| Menyandang jawatan 18 April 2023 | |
| Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
| Menteri | Jabatan Perdana Menteri Malaysia |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Sungai Buloh, Selangor | |
| Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
| Didahului oleh | |
| Majoriti | 2,693 (PRU-15) |
| Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia | |
| Dalam jawatan 12 Disember 2023 – 16 Disember 2025 | |
| Raja | Sultan Ibrahim Ismail Al-Sultan Abdullah |
| Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
| Menteri | Ewon Benedick |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 11 Februari 1981 Kuala Lumpur, Malaysia |
| Parti politik | Kongres India Malaysia (BN) (dahulu) Parti Keadilan Rakyat (PH) |
| Pertalian | Devaki Krishnan (nenek) |
| Tempat belajar | Universiti Teknologi Queensland |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Usahawan |
Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan (Tamil: ரமணன் ராமகிருஷ்ணன்; lahir 11 Februari 1981) ialah ahli politik Malaysia berketurunan India. Beliau kini berkhidmat sebagai Menteri Sumber Manusia Malaysia. Sebelumnya adalah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia dan Ahli Parlimen Sungai Buloh mewakili PH-PKR.Beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dari April 2023 hingga Februari 2024.
Beliau juga merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)[1] meraih undi kedua tertinggi dalam Pemilihan 2025-2028 selepas Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin Shari dan dibelakang Ramanan ikuti Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Aminuddin Harun dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia Chang Lih Kang.
Ramanan juga merupakan Ketua Cabang Sungai Buloh dimana beliau menang tanpa bertanding pada pemilihan peringkat Cabang PKR yang telah berlalu pada awal tahun 2025. [2]
Ramanan terkenal di kawasan parlimen Sungai Buloh sentiasa menyumbang keseluruhan gaji dan elaunnya kepada hampir 100 rumah ibadat termasuk Masjid, Surau, Tokong Cina, Kuil Hindu dan Gereja dalam kawasan Parlimen Sungai Buloh sejak menang sebagai Ahli Parlimen pada Disember 2022.[3]
Latar Belakang dan Pendidikan
Dilahirkan pada 11 Februari 1981 di Kuala Lumpur, Ramanan berasal dari keluarga yang aktif dalam politik. Nenek beliau, Tan Sri Devaki Krishnan, merupakan wanita pertama yang dipilih ke jawatan awam di Malaysia pada tahun 1952.[4][5][6][7]Dari segi pendidikan, beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Teknologi dalam Kejuruteraan Mekanikal dari Queensland University of Technology (QUT), Australia
Karier Politik
Ramanan memulakan kerjaya politiknya dalam Parti Kongres India Malaysia (MIC) dan Barisan Nasional (BN) sebelum menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 2020. Beliau kini memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Penerangan PKR dan Naib Presiden parti tersebut sejak Mei 2025. Wikipedia
Beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dari April 2023 hingga Februari 2024.
Keputusan Pilihan Raya
Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (2022) P.107 SUNGAI BULOH[8]
| Bil | Nama | Parti | Bilangan Undi |
|---|---|---|---|
| 1. | AHMAD JUFLIZ | Parti Rakyat Malaysia | 279 |
| 2. | AKMAL YUSOFF | PEJUANG | 829 |
| 3. | SIFU LINDA | BEBAS | 113 |
| 4. | KHAIRY JAMALUDDIN | BARISAN NASIONAL (BN) | 48,250 |
| 5. | SYED RAZAK ALSAGOFF | BEBAS | 165 |
| 6. | RAMANAN RAMAKRISHNAN | PAKATAN HARAPAN (PKR) | 50,943 |
| 7. | HJ MOHD GHAZALI BIN MD HAMIN | Perikatan Nasional | 29,060 |
Anugerah
Pahang
Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Sri (2024)
Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) – Dato' (2008)[9]
Kelantan
- Jaksa Pendamai (JP) (2025)
Rujukan
- ^ "Rasmi: Amirudin, Aminuddin, Chang kekal naib presiden, Ramanan muka baru". Malaysiakini. 2025-05-23. Dicapai pada 2025-05-27.
- ^ www.astroawani.com https://www.astroawani.com/berita-politik/ramanan-menang-tanpa-bertanding-ketua-cabang-pkr-sungai-buloh-512970. Dicapai pada 2025-05-27. Missing or empty
|title=(bantuan) - ^ BERNAMA (2025-03-09). "Ramanan serah elaun, gaji kepada 6 surau sekitar Sungai Buloh sempena Ramadan". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-27.
- ^ BERNAMA (2023-12-12). "RAMANAN CONTINUES GRANDMOTHER'S LEGACY WITH APPOINTMENT AS DEPUTY MINISTER". BERNAMA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-12.
- ^ Vengadesan, Martin (2024-01-21). "Pioneering politician Devaki Krishnan dies aged 100". Malaysiakini. Dicapai pada 2024-02-08.
- ^ BERNAMA (2023-12-12). "RAMANAN CONTINUES GRANDMOTHER'S LEGACY WITH APPOINTMENT AS DEPUTY MINISTER". BERNAMA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-12.
- ^ Vengadesan, Martin (2024-01-21). "Pioneering politician Devaki Krishnan dies aged 100". Malaysiakini. Dicapai pada 2024-02-08.
- ^ "MySPRSemak". mysprsemak.spr.gov.my. Dicapai pada 2025-05-27.
- ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1297440/al-sultan-abdullah-kurnia-darjah-kebesaran-pingat-kepada-27-penerima









