Fahmi Zainol | |
---|---|
فهمى زينول | |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang | |
Menyandang jawatan 16 Ogos 2023 (Agroteknologi, Keselamatan Makanan, dan Pembangunan Koperasi) | |
Gabenor | Ahmad Fuzi Abdul Razak |
Ketua Menteri | Chow Kon Yeow |
Didahului oleh | Norlela Ariffin (Agroteknologi dan Keselamatan Makanan) Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman (Koperasi) |
Kawasan pilihan raya | Pantai Jerejak |
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi Pantai Jerejak | |
Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Saifuddin Nasution Ismail (PH–PKR) |
Majoriti | 8,597 (2023) |
Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Pulau Pinang | |
Menyandang jawatan 2023 | |
Presiden | Anwar Ibrahim |
Pengerusi Negeri | Nurul Izzah Anwar |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Fahmi bin Zainol 1991 (umur 33–34) ![]() |
Kerakyatan | ![]() |
Parti politik | ![]() |
Gabungan politik lain | ![]() |
Pasangan | Nur Hidayah Abd Jabar |
Anak | 3 |
Tempat belajar | Universiti Malaya |
Pekerjaan | Ahli politik |
Fahmi bin Zainol (lahir 1991) merupakan ahli politik Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (EXCO) dalam pentadbiran negeri Pakatan Harapan (PH) di bawah Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (ADUN) untuk Pantai Jerejak sejak Ogos 2023. Beliau adalah ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), parti komponen gabungan PH.
Kerjaya politik
Fahmi merupakan aktivis pelajar dan pernah menjadi Presiden Majlis Pelajar di Universiti Malaya pada 2013 sebelum menceburi politik. Beliau menyertai PKR pada 3 November 2015 dan dilantik sebagai Pengerusi Pemuda Biro Mahasiswa. Pada 2018, beliau dipilih sebagai Pengarah Pemuda Pilihan Raya. Pada tahun yang sama, beliau telah dipilih sebagai Ketua Pemuda PKR negeri Pulau Pinang dan Bahagian Permatang Pauh. Pada tahun 2022, beliau bersaing dengan Adam Adli untuk Ketua Pemuda PKR tetapi tewas. Bagaimanapun, beliau telah dipilih menganggotai jawatankuasa pusat PKR dan dilantik semula sebagai Ketua Pemuda PKR negeri Pulau Pinang dan Bahagian Permatang Pauh.[1][2]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2023 | N36 Pantai Jerejak | Fahmi Zainol (PKR) | 14,116 | 69.93% | Oh Tong Keong (GERAKAN) | 5,519 | 27.34% | 20,334 | 8,597 | 68.03% | ||
Priyankaa Loh Siang Pin (MUDA) | 476 | 2.36% | ||||||||||
Ravinder Singh (PRM) | 76 | 0.38% |
Rujukan
- ^ SEJAHAN, ZAREEN HUMAIRAH (2022-05-19). "Fahmi Zainol kekal Ketua AMK Permatang Pauh". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-11-27.
- ^ ADAM, ASHMAN (2022-04-18). "PKR polls: Who are Adam Adli and Fahmi Zainol, the two young guns running for the post of Youth wing chief?". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-27.
- ^ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES STATE CONSTITUENCIES FOR THE STATE OF PENANG". Dicapai pada 2022-05-01.
- ^ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES" (PDF). Dicapai pada 2023-12-01.