Yang Berhormat Senator Mohd Hasbie Muda | |
---|---|
Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia ke-15 | |
Dalam jawatan 20 Mac 2023 – 19 Mac 2026 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Penggal | Pertama |
Timbalan Ketua Pemuda PH | |
Menyandang jawatan 29 Julai 2022 | |
Ketua | Kelvin Yii Lee Wuen |
Didahului oleh |
|
Ketua Pemuda AMANAH Nasional | |
Menyandang jawatan 23 Oktober 2021 | |
Presiden | Mohamad Sabu |
Timbalan | Danial Al-Rashid Haron |
Didahului oleh | Shazni Munir Mohd Ithnin |
Pengerusi AMANAH Terengganu | |
Menyandang jawatan 2024 | |
Presiden | Mohamad Sabu |
Didahului oleh | Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kampung Nyiur, Paka, Dungun, Terengganu |
Parti politik | |
Pasangan | Dr. Adila Abdullah |
Anak | 5 |
Tempat belajar | Universiti Malaya |
Pekerjaan | Ahli Politik |
YB Senator Tuan Mohd Hasbie bin Muda adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara. Di peringkat parti beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda AMANAH dan Pengerusi AMANAH Terengganu.
Hasbie Muda dilahirkan pada tahun 1987 di Paka, Dungun. Beliau melanjutkan pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Univerisiti Malaya pada 2007. Hasbie Muda berkahwin dengan Dr Adila Abdullah dan dikurniakan 5 orang anak.
Sewaktu di Universiti, Hasbie merupakan seorang aktivis mahasiswa dan beliau memenangi kerusi umum MPMUM bagi pihak Pro Mahasiswa (Gagasan/GMUM) setelah GMUM gagal memenanginya selama 4 tahun.
Penglibatan dalam Politik
Hasbie Muda merupakan AJK Pemuda PAS Pusat pada 2014 dibawah kepimpinan Suhaizan Kayat sebelum bersama sama pimpinan G18 dari PAS menubuhkan Parti AMANAH Negara (AMANAH) pada tahun 2015.
Beliau mengetuai Pemuda AMANAH Terengganu dari tahun 2015 sehingga 2019. Hasbie Muda juga merupakan AJK Pemuda AMANAH Nasional sedari awal penubuhan.
Pada 2021, Hasbie Muda mengantikan Sdr Shazni Munir sebagai Ketua Pemuda AMANAH Nasional setelah Shazni meninggal dunia akibat pendemik Covid-19. Beliau memimpin Pemuda AMANAH untuk berdepan 3 kali Pilihan Raya iaitu Pilihan Raya Negeri Melaka, Pilihan Raya Negeri Johor dan seterusnya PRU15.
Hasbie Muda menyertai pilihan raya buat kali pertama pada PRU14, Beliau bertanding di Dun Paka, Dungun Terengganu dan pada PRU15 lalu beliau diamanahkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Temerloh, Pahang.
Hasbie Muda dilantik sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) pada bulan Mac 2023.
Beliau merupakan penulis buku politik dan diantara buku tulisan beliau adalah ‘Kemenangan Yang Tertangguh’ dan ‘PAS & Pilihan Raya’.
Keputusan Pilihan Raya
Parlimen
Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Temerloh | Hasbie Muda | PH (AMANAH) | 25,409 | Salamiah Mohd Nor | PN (PAS) | 30,929 | 5,520 |
Mohd Sharkar Shamsudin | BN (UMNO) | 25,191 | ||||||
Aminuddin Yahaya | GTA (PEJUANG) | 1,108 |
Dewan Undangan Negeri (DUN)
Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | Paka | Hasbie Muda | PH (AMANAH) | 1,866 | Satiful Bahari Mamat | PAS | 11,853 | 3,405 |
Tengku Hamzah Tengku Deraman | BN (UMNO) | 8,448 |