Wayne Ong Chun Wei | |
|---|---|
王俊伟 | |
![]() Ong pada tahun 2023 | |
| Timbalan Ketua Pemuda Parti Tindakan Demokratik | |
| Menyandang jawatan 17 November 2024 | |
| Setiausaha Agung | Anthony Loke Siew Fook |
| Ketua Pemuda | Woo Kah Leong |
| Didahului oleh | Young Syefura Othman |
| Setiausaha Pemuda Parti Tindakan Demokratik | |
| Dalam jawatan 19 Mac 2022 – 17 November 2024 | |
| Setiausaha Agung |
|
| Ketua Pemuda | Kelvin Yii Lee Wuen |
| Pembantu | Ang Yien Meei |
| Digantikan oleh | Louis Lim Chun Weng |
| Ketua Pemuda Parti Tindakan Demokratik Negeri Selangor | |
| Menyandang jawatan 12 Jun 2022 | |
| Setiausaha Agung | Anthony Loke Siew Fook |
| Ketua Pemuda Kebangsaan |
|
| Timbalan | Tan Wee King |
| Didahului oleh | Wong Siew Ki |
| Setiausaha Pemuda Parti Tindakan Demokratik Negeri Selangor | |
| Dalam jawatan 21 November 2018 – 12 Jun 2022 | |
| Setiausaha Agung |
|
| Ketua Pemuda Kebangsaan |
|
| Pembantu | Anson Keo Heng Kiat |
| Digantikan oleh | Lee Wen Bin |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Balakong | |
| Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
| Didahului oleh | Wong Siew Ki (PH–DAP) |
| Majoriti | 37,832 (2023) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Wayne Ong Chun Wei 31 Mac 1989 |
| Kewarganegaraan | |
| Parti politik | |
| Gabungan politik lain | |
| Ibu bapa | (王忠义) (Bapa) (黄亚莲) (Ibu) |
| Kediaman | |
| Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia (Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) & Ijazah Sarjana Sains Sosial (Sains politik) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Wayne Ong Chun Wei | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Nama Bahasa Cina | |||||||
| Tulisan Cina Tradisional | 王俊偉 | ||||||
| Tulisan Cina Ringkas | 王俊伟 | ||||||
| |||||||
Wayne Ong Chun Wei (Cina ringkas: 王俊伟; Cina tradisional: 王俊偉; pinyin: Wáng Jùnwěi; lahir 31 Mac 1989) ialah seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi Balakong sejak Ogos 2023. Beliau ialah ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH). Beliau juga telah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pemuda DAP sejak November 2024 dan Ketua Pemuda Negeri DAP Selangor sejak Jun 2022. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dari tahun 2016 hingga 2018, Setiausaha Pemuda DAP dari Mac 2022 sehingga dilantik sebagai Timbalan Ketua Pemuda pada November 2024 dan Setiausaha Pemuda Negeri DAP Selangor dari November 2018 hingga kenaikan pangkatnya sebagai Ketua Pemuda Negeri pada Jun 2022. Sebagai ADUN Balakong, Ong terkenal dengan usaha beliau membantu individu yang tidak bernegara, terutamanya kanak-kanak, untuk memohon kewarganegaraan Malaysia.[1]
Kerjaya politik
Ong juga pernah menjadi Setiausaha Sulit dan Politik kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) bagi Kinrara, Ng Sze Han selama 5 tahun. Namun begitu, beliau telah menyertai pasukan Ng sejak tahun 2013 dan telah bekerja bersama beliau hampir 10 tahun sebelum dilantik secara rasmi sebagai setiausahanya. Semasa menjadi Ahli Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Ong menganjurkan aktiviti kanak-kanak yang turut disertai ibu bapa, sekali gus memberikan peluang kepada penduduk komuniti untuk menjalin hubungan yang lebih erat. Ketika berkhidmat sebagai setiausaha kepada Ng, Ong telah membantu rakyat Selangor untuk mendaftar dalam program kebajikan kerajaan negeri Selangor, menguruskan pemindahan sekolah pelajar, melawat pesakit serta menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan lain.[2]
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (sejak 2023)
Pilihan raya negeri Selangor 2023
Dalam pilihan raya negeri Selangor 2023, Ong telah membuat penampilan sulung dalam pilihan raya selepas dicalonkan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di kerusi negeri Balakong. Ong memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi Balakong selepas menewaskan Steven Lai Choon Wen dari Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti sebanyak 37,832 undi.[3][4]
Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Ong berikrar untuk menjadi jambatan penghubung antara rakyat, peniaga dan kerajaan negeri, memajukan kawasan perindustrian di Balakong agar selari dengan sasaran Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0), mewujudkan budaya kejiranan serta memperkukuh hubungan komuniti di Balakong. Beliau turut mendedahkan bahawa salah seorang pendahulunya sebagai ADUN Balakong, Eddie Ng Tien Chee, merupakan tokoh teladan yang menjadi inspirasi dalam tugasnya sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.[5]
-
Ong dan Ahli Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii Lee Wuen berdiri, tersenyum dan menunjukkan penumbuk di Selangor, Malaysia pada Hari Penamaan Calon Pilihan raya negeri Selangor 2023 pada 29 Julai 2023.
-
Poster kempen pilihan raya negeri 2023 Ong dengan slogan dalam bahasa Melayu "Balakong! Ada ONG!" (secara harfiah bermaksud "Balakong Ada Ong", merujuk kepada pencalonan Ong di kawasan Balakong) yang dipamerkan di pusat operasi pilihan rayanya di Balakong, Selangor, Malaysia.
Kehidupan peribadi
Ong telah berkahwin dengan isterinya[siapa?] dan mempunyai anak.
Keputusan pilihan raya
| Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2023 | N27 Balakong | Wayne Ong Chun Wei (DAP) | 54,995 | 76.21% | Steven Lai Choon Wen (BERSATU) | 17,163 | 23.79% | 72,158 | 37,832 | 69.20% | ||
Lihat juga
References
- ^ "Y.B. Tuan Ong Chun Wei". Portal Rasmi Dewan Negeri Selangor. Dicapai pada 6 Januari 2024.
- ^ "【州选资讯】王俊伟:积极打造无拉港工业重镇 为雪州经济给力!". KL China Press (dalam bahasa Cina). Ogos 2023. Dicapai pada 6 Januari 2024.
- ^ "DAP to contest 15 state seats in Selangor". New Straits Times. 24 Julai 2023. Dicapai pada 6 Januari 2024.
- ^ "UNOFFICIAL: PH Wayne Ong Chun Wei leading in Balakong". Sinar Daily. 12 Ogos 2023. Dicapai pada 6 Januari 2024.
- ^ "王俊伟:是新人 但非"外人"善用经验 发展无拉港". Sin Chew Daily (dalam bahasa Cina). 31 Julai 2023. Dicapai pada 6 Januari 2024.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15". Dicapai pada 5 Oktober 2023.









