Young Syefura Othman | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Bentong, Pahang | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Wong Tack |
Timbalan Ketua Kebangsaan Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (DAPSY) | |
Menyandang jawatan 19 Mac 2022 | |
Ketua Kebangsaan | Kelvin Yii Lee Wuen |
Didahului oleh | Chiong Yoke Kong |
Ahli Dewan Negeri Pahang untuk Ketari | |
Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 14 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Lee Chin Chen |
Digantikan oleh | Su Keong Siong |
Majoriti | 9,873 (2018) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Sitiawan, Perak, Malaysia | 9 November 1989
Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) |
Gabungan politik lain | Pakatan Harapan |
Pasangan |
|
Pekerjaan | Ahli politik, jururawat |
Laman web | youngsyefura.com |
Yang Berhormat Young Syefura binti Othman (lahir 9 November 1989), juga dikenali sebagai Rara ialah seorang ahli politik Malaysia.[1][2] Beliau ialah Ahli Parlimen Bentong, Pahang.[3][4][5] Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah bagi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Kerjaya
Jururawat
Sebelum menceburi bidang politik, Young Syefura pernah bekerja sebagai jururawat peribadi selama setahun. Selepas menamatkan kerjaya sebagai jururawat, beliau membuka sebuah klinik persendirian yang menumpukan perhatian kepada rawatan alternatif bekam dan akupunktur yang beroperasi di Puncak Alam.[3][1]
Politik
Beliau mula menceburi politik dengan menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebagai ahli seumur hidup,[5] pada masa yang sama memegang jawatan sebagai Penolong Setiausaha Kebangsaan Wanita parti itu. Semasa pilihan raya umum ke-14, beliau memenangi kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Ketari, Pahang.[3] Antara isu-isu yang diperjuangkannya dalam arena politik ialah isu gelandangan dan ibu tunggal.[5]
Rara memperoleh majoriti undi sebanyak 9,873 menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Lao Hoi Keong dan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Roslan Md Esa.[2]
Beliau juga pernah bekerja dalam tempoh singkat bersama EXCO Selangor, kemudian menjadi ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPK).[1][bila?]
Kehidupan peribadi
Young Syefura ialah anak keenam daripada tujuh beradik dan merupakan lulusan dalam bidang kejururawatan.[5] Bapanya ialah seorang kakitangan kerajaan manakala ibunya ialah suri rumah.[1]
Rara telah berkahwin sebanyak dua kali dan tidak mempunyai cahaya mata. Beliau berkahwin dengan pengurus pelaburan Mohd Masyhur Abdullah pada 24 September 2016,[6][7] dan bercerai pada 7 Mac 2019.[8][9] Beliau kemudian mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Muhammad Edrin Nordin pada 9 April 2021.[10]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan | Undian | Peratusan | Lawan | Undian | Peratusan | Jumlah undian | Majoriti | Keluar mengundi | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | N34 Ketari | Young Syefura Othman (DAP) | 9,873 | 51.17% | Lau Hoi Keong (MCA) | 6,163 | 31.94% | 19,296 | 3,710 | 83.80% | ||
Roslan Md Esa (PAS) | 3,260 | 16.89% |
Tahun | Kawasan | Undian | Peratusan | Lawan | Undian | Peratusan | Jumlah undian | Majoriti | Keluar mengundi | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | P089 Bentong, Pahang | Young Syefura Othman (DAP) | 25,075 | 37.62% | Liow Tiong Lai (MCA) | 24,383 | 36.58% | 66,657 | 692 | 76.57% | ||
Roslan Hassan (BERSATU) | 16,233 | 24.35% | ||||||||||
Wong Tack (Bebas) | 798 | 1.20% | ||||||||||
Mohd Khalil Abdul Hamid (Bebas) | 168 | 0.25% |
Rujukan
- ^ a b c d "'Saya orang biasa dari keluarga biasa'". HM Digital. Harian Metro. 10 Jun 2018. Dicapai pada 12 April 2020.
- ^ a b T.N. Alagesh dan Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz (10 Mei 2018). "Rara pikul tanggungjawab baru". Harian Metro. Dicapai pada 12 April 2020.
- ^ a b c Hamizatul Maizan Mohamed (11 Mac 2019). "Young Syefura, ADUN Ketari ini tetap cantik menawan bertudung bawal". Nona. Dicapai pada 11 April 2021.
- ^ Syed Jaymal Zahiid (26 Jun 2018). "Young Syefura berjaya dalam politik, suami rasa tercabar". Projek MM. The Malay Mail. Dicapai pada 11 April 2020.
- ^ a b c d Phic Arman (3 Mei 2018). "5 hal menarik tentang calon PRU14 layak digelar paling jelita". Murai.my. Dicapai pada 11 April 2020.
- ^ Sofea Susan Albert Kasim (25 September 2016). "Rara nikahi 'TheKeluangMan'". mStar Online. Dicapai pada 11 April 2020.
- ^ "Young Syefura pilih pengurus pelaburan sebagai suami". mStar Online. 25 September 2016. Dicapai pada 11 April 2020.
- ^ Siti Nurazlinee Azmi (7 Mac 2019). "ADUN Ketari, Rara bercerai talak satu". Berita Harian. Dicapai pada 12 April 2020.
- ^ Murni Wan Omar (7 Mac 2019). "Rara cerai talak satu". Harian Metro. Dicapai pada 12 April 2020.
- ^ "Selepas 2 tahun menjanda, ADUN DAP Rara kini isteri ahli perniagaan". Free Malaysia Today. 10 April 2021. Dicapai pada 11 April 2021.
Pautan luar
- Kelahiran 1989
- Orang hidup
- Ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Orang dari Perak
- Wakil rakyat Melayu DAP
- Anggota wanita Parti Tindakan Demokratik
- Ahli wanita Dewan Undangan Negeri Malaysia
- Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang ke-14
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15
- Ahli wanita Dewan Rakyat Malaysia