کسلطانن سولو دار الإسلام Kesultanan Sulu | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1457–1917 | |||||||||||||
Bendera | |||||||||||||
Ibu negara | Jolo | ||||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Arab (rasmi), Bahasa Tausug, Bahasa Melayu, Banguingui, Bahasa Bajau | ||||||||||||
Agama | Islam | ||||||||||||
Kerajaan | Monarki | ||||||||||||
Sultan | |||||||||||||
• 1457–1480 | Sharif ul-Hashim of Sulu | ||||||||||||
• 1480-1505 | Sultan Kamalud-Din | ||||||||||||
• 1505-1527 | Sultan Amirul-Umara | ||||||||||||
• 1884–1899 | Jamal ul-Kiram I | ||||||||||||
• 1936-1968 | Sultan Muhammad Amirul Ombra Amilbangsa II | ||||||||||||
• 1968-Sekarang | Sultan Shariful Eric Ombra Amilbangsa III | ||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||
• Didirikan | 1457 | ||||||||||||
• Dibubarkan | 1917 | ||||||||||||
| |||||||||||||
Sekarang sebahagian dari | Indonesia Malaysia Filipina |
Kesultanan Sulu adalah sebuah kerajaan Islam yang suatu masa dahulu pernah menguasai Laut Sulu di Filipina Selatan. Kerajaan ini didirikan pada tahun 1450. Ketika zaman kegemilangannya, negeri ini telah meluaskan sempadannya dari Mindanao sehingga ke bahagian timur Sabah.
Sejarah
Pada tahun 1380, seorang ulama keturunan Arab, Karim ul-Makdum memperkenalkan Islam di Kepulauan Sulu. Kemudian pada tahun 1390, Raja Bagindo yang berasal dari Minangkabau[1] meneruskan penyebaran Islam di wilayah ini. Hingga akhir hayatnya Raja Bagindo telah mengislamkan masyarakat Sulu sehingga ke Pulau Sibutu.[2]
Sekitar tahun 1450, seorang Arab dari Johor iaitu Shari'ful Hashem Syed Abu Bakr tiba di Sulu. Beliau kemudian bernikah dengan Paramisul, puteri Raja Bagindo. Setelah kematian Raja Bagindo, Abu Bakr melanjutkan pengislaman di wilayah ini. Pada tahun 1457, ia menubuhkan Kesultanan Sulu dan memakai gelaran "Paduka Maulana Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu Bakr". Gelaran "Paduka" adalah gelaran tempatan yang bermaksud tuan manakala "Mahasari" bermaksud Yang Dipertuan.
Kesultanan Brunei & Sulu.
Di mana, Sultan Muhammad Hassan (Sultan Brunei ke-9) mempunyai beberapa orang Putera seperti;
1. Sultan Jalilul Akbar (Putera Sulong) -menjadi Sultan di Brunei,
2. Sultan Muhammad Ali (Putera Kedua) -menjadi Sultan di Brunei beberapa tahun. Kemudian wafat kerana dibunuh.
3. Sultan Tengah -(Putera Tengah) -Telah dihantar ke Sarawak menjadi Sultan. Namun baginda manggat di Sukadana. Putera baginda yang bernama Radin Sulaiman telah berkahwin dengan puteri dari Kesultanan Sambas. Dan akhirnya baginda dilantik menjadi Sultan Bergelar “Sultan Saifuddin I ibni Sultan Tengah ibni Sultan Muhammad Hassan”.
4. Raja Bongsu-I @ Pangiran Shabandar Maharajalela (Putera Bongsu) -Telah dihantar ke Sulu menjadi Sultan Sulu dan digelar sebagai “Sultan Mawalil-Wasit-I @ Raja Bongsu-I ibni Sultan Muhammad Hassan”.
Ibu Raja Bongsu-I ini adalah Puteri Sulu yang berkahwin dengan Sultan Muhammad Hassan. Dan Puteri Sulu ini adalah puteri kepada Sultan Pangiran Buddiman Ul-Halim ibni Sultan Nasaruddin Awal ibni Sultan Muizzuddin Mutawaddin @ Maharajah Upo ibni Sultan Kamaluddin ibni Sultan Shariful-Hashim (Sultan Sulu yang Pertama).
Sebagai “Bukti” bahawa Sultan Mawalil-Wasit-I @ Raja Bongsu-I itu adalah “Putera” kepada Sultan Muhammad Hassan, semasa penghantaran baginda ke Sulu, baginda telah diberikan sebuah barang “Pusaka” yang dipanggil sebagai “Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi” (Coco de mer) sebagai bukti asal-usul keturunan baginda.
Barang pusaka ini telah diamanahkan untuk disimpan oleh Keluarga Pewaris Kedua (Keluarga Maharajah Adinda) sahaja sejak sekian lama. Coco de mer ini dikatakan telah dikerat menjadi “3 Bahagian” dimasa pemerintahan Sultan Muhammad Hassan dan dijadikan lambang tanda hubungan darah “3 Keluarga Diraja”, Brunei, Sambas & Sulu.
Bahagian Tengah (Induk Borneo) dipercayai telah diberikan kepada Putera Sulong Sultan Hassan (Sultan Jalilul-Akbar), Sebelah bahagian tepi Borneo kiri dipercayai telah diberikan kepada Putera Tengah Sultan Hassan yang dihantar menjadi Sultan di Sarawak (iaitu Sultan Tengah).
Dan bahagian tepi sebelah kanan, telah diberikan kepada Putera Bongsu Sultan Hassan yang dihantar menjadi Sultan Sulu (iaitu Sultan Mawalil-Wasit-I @ Raja Bongsu-I).
Jika ketiga-tiga bahagian ini dapat dicantum dan dipersatukan, ianya adalah suatu “Bukti” jelas bahawa 3 Keluarga Diraja (Brunei, Sambas & Sulu) adalah bersaudara yang berasal dari satu “Zuriat” keturunan Sultan Muhammad Hassan. Maka pewaris sebenar Kesultanan Sulu kini adalah dari Keluarga Diraja Sulu yang telah diamanahkan menyimpan harta pusaka ( Pulau Janggi @ Sepong Janggi). Dan untuk mengenal waris sebenar itu, "indicatornya" adalah, mestilah memiliki; 1. Gambar sedang mendukung atau meriba Pulau Janggi dan 2. Mempunyai surat pengesahan akan ketulinan harta pusaka itu dari pihak Muzium Brunei.
Dan Susur-galur/ Salasilah (Genealogy) Sultan Muhammad Hassan adalah;
Sultan Muhammad Hassan ibni Sultan Saiful-Rizal ibni Sultan Abdul Kahar ibni Sultan Bolkiah ibni Sultan Sulaiman ibni Sultan Sharif Ali @ Sultan Barkat Ali (bekas Amir Mekah) ibni Sharif Ajlan (Amir Mekah) ibni Sharif Rumaithah (Amir Mekah) dan bernasab terus berapa generasi sehingga ke Saidina Hassan r.a ibni Saidina Ali.
Dan keturunan ini masih wujud dan menetap di Sabah yang diketuai oleh Datu Aliuddin Bin Datu Mohammad Sie ibni Maharajah Adinda Sultan Mohammad Aranan @ Adanan Puyo (1862) ibni Paduka Raja Muda Datu Bantilan @ Datu Badaruddin ibni Sultan Azimuddin @ Alimuddin II ibni Sultan Bantilan Muizuddin ibni Sultan Badaruddin I ibni Salahuddin-Karamat ibni Sultan Mawalil-Wasit-I @ Raja Bongsu-I @ Pangiran Shahbandar Maharajalela ibni ibni Sultan Muhammad Hassan). Ini dapat dibuktikan apabila ketua sejarah Brunei Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Hj Awang Mohd Jamil Al-Sufri datang berjumpa dengan Datu Aliuddin ke Kota Kinabalu pada tahun 1978. Pada tahun 1703, Kesultanan Sulu menganugerahkan Pulau Palawan kepada Sultan Qudarat dari Kesultanan Maguindanao sebagai hadiah perkahwinan Sultan Qudarat dengan puteri Sulu dan juga sebagai hadiah persekutuan Maguindanao dengan Sulu. Sultan Qudarat kemudiannya menyerahkan Palawan kepada Sepanyol.
Bahagian Timur Sabah
Ketika era pemerintahan Sulu, wilayah Kesultanan Sulu di Sabah hanya merangkumi bahagian timur Sabah, ianya tidak merangkumi bahagian pantai barat seperti yang banyak dikatakan pada media masa kini.[3] Kawasan tersebut diberikan oleh Kesultanan Brunei kepada Kesultanan Sulu kerana waktu itu Sultan Sulu ialah anak kepada Sultan Brunei ke-9 iaitu Sultan Muhammad Hasan iaitu anaknya bernama Sultan Muwalil Wasit 1@Pangeran Raja Bongsu .[4] Namun, apabila Sepanyol mula menguasai seluruh Filipina, seluruh kawasan termasuk kawasan di bawah pemerintahan Sulu (tidak termasuk Borneo Utara) diserahkan kepada Sepanyol. Apabila British bertapak di Borneo Utara, maka terbentuklah sebuah protokol yang dinamakan Protokol Madrid 1885. Protokol ini adalah bagi mengiktiraf pendudukan Sepanyol di keseluruhan kepulauan Filipina dan menjatuhkan segala tuntutannya pada Borneo Utara (sekarang dikenali sebagai Sabah).
Pencerobohan
Pada 11 Februari 2013, berlaku satu pencerobohan di bahagian timur Sabah yang didalangi oleh pengikut salah satu waris palsu iaitu Self-proclaimed Kesultanan Sulu, iaitu Jamalul Kiram III. Kedatangan mereka kononnya adalah bagi menuntut pengiktirafan kedaulatan ke atas Sabah dan hak untuk selama-lamanya tinggal di Sabah.[5] Perlakuan ini telah ditentang sekeras-kerasnya oleh kerajaan Filipina dan juga Presiden Filipina, Benigno Aquino III.[6]
Galeri
-
Bendera rasmi Kesultanan Sulu di bawah pengaruh Muedzul Lail Tan Kiram.
-
Bendera Kesultanan Sulu menurut Pierre Sonnerat.
-
Bendera perang Kesultanan Sulu pada akhir kurun ke-19.
-
Bendera Jamalul Kiram III.
Rujukan
- ^ Naim, Mochtar. Merantau: Causes and Effects of Minangkabau Voluntary Migration, 1971.
- ^ Cecilio D. Duka, Struggle for Freedom : A Textbook in Philippine History, 2008
- ^ a b "British North Borneo company charter (page 4)". OpenLibrary.org. 1878. Dicapai pada 16 Mac 2013. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "Civil war wrecks chaos in the country". The Brunei Times. 14 Ogos 2008. Dicapai pada 16 Mac 2013. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "Battle for control of Kampung Tanduo". Al Jazeera English. 25 Februari 2013. Dicapai pada 16 Mac 2013. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "Malaysia stand-off with Philippine group". BBC News Online. 15 Februari 2013. Dicapai pada 16 Mac 2013.