Abdul Yunus Jamahri | |
---|---|
عبد اليونس بن جمهري | |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan : 19 Mei 2018 – 10 Mac 2020) (Pertanian, Perikanan, Perladangan dan Keselamatan Makanan : 31 Mac 2020 – 5 Disember 2020) (Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil : 15 Disember 2020 – 21 November 2022) | |
Dalam jawatan 15 Disember 2020 – 21 November 2022 | |
Raja | Sultan Nazrin Muizzuddin Shah |
Menteri Besar | Saarani Mohamad |
Didahului oleh | Saarani Mohamad (Kepenggunaan) Ahmad Faizal Azumu (Menteri Besar, Integrasi Nasional) Razman Zakaria (Masyarakat Sivil) |
Digantikan oleh | Woo Kah Leong (Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) Jawatan dibubarkan (Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil) |
Kawasan pilihan raya | Kuala Kurau |
Dalam jawatan 31 Mac 2020 – 5 Disember 2020 | |
Raja | Sultan Nazrin Muizzuddin Shah |
Menteri Besar | Ahmad Faizal Azumu |
Didahului oleh | Sendiri |
Digantikan oleh | Razman Zakaria |
Kawasan pilihan raya | Kuala Kurau |
Dalam jawatan 19 Mei 2018 – 10 Mac 2020 | |
Raja | Sultan Nazrin Muizzuddin Shah |
Menteri Besar | Ahmad Faizal Azumu |
Didahului oleh | Zainol Fadzi Paharudin (Kemudahan Awam dan Infrastruktur) Saarani Mohamad (Pertanian dan Perladangan) |
Digantikan oleh | Sendiri (Pertanian dan Perladangan) Mohd Zolkafly Harun (Kemudahan Awam dan Infrastruktur) |
Kawasan pilihan raya | Kuala Kurau |
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi Kuala Kurau | |
Menyandang jawatan 8 Mac 2008 | |
Didahului oleh | Mohd Salleh Mat Disa (BN–UMNO) |
Majoriti | 467 (2008) 5,014 (2013) 2,643 (2018) 1,347 (2022) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Abdul Yunus bin Jamahri 23 September 1972 ![]() ![]() |
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | Parti Keadilan Rakyat (PKR) (–2020) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) (sejak 2020) |
Gabungan politik lain | Pakatan Rakyat (PR) (2008–2015) Pakatan Harapan (PH) (2015–2020) Perikatan Nasional (PN) (sejak 2020) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Abdul Yunus Jamahri (lahir 23 September 1972) ialah seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) bagi Kuala Kurau sejak Mac 2008. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (EXCO) untuk penggal ketiga dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Menteri Besar Saarani Mohamad dari Disember 2020 hingga November 2022, penggal kedua dalam pentadbiran negeri Perikatan Nasional (PN) di bawah bekas Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu dari Mac hingga kejatuhan pentadbiran PN pada Disember 2020 serta penggal pertama dalam pentadbiran negeri Pakatan Harapan (PH) di bawah Ahmad Faizal dari Mei 2018 hingga kejatuhan pentadbiran PH pada Mac 2020. Beliau merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sebuah parti komponen dalam gabungan PN dan merupakan bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen dalam gabungan PH.
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | N09 Kuala Kurau | Abdul Yunus Jamahri (PKR) | 8,224 | 51.46% | Mohd Salleh Mohd Disa (UMNO) | 7,757 | 48.54% | 16,360 | 467 | 77.87% | ||
2013 | Abdul Yunus Jamahri (PKR) | 12,336 | 62.75% | Mohd Salleh Mohd Disa (UMNO) | 7,322 | 37.25% | 12,430 | 5,014 | 77.37% | |||
2018 | Abdul Yunus Jamahri (PKR) | 8,665 | 41.91% | Shahrul Nizam Razali (UMNO) | 6,012 | 29.08% | 20,976 | 2,643 | 83.50% | |||
Abdul Baharin Mat Desa (PAS) | 5,997 | 29.01% | ||||||||||
2022 | Abdul Yunus Jamahri (BERSATU) | 10,309 | 41.97% | Anuar Ahmad (PKR) | 8,962 | 36.49% | 25,181 | 1,347 | 76.29% | |||
Mohd Jamil Jahaya (UMNO) | 5,292 | 21.54% |
Anugerah
Rujukan
- ^ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES STATE CONSTITUENCIES FOR THE STATE OF PERAK". lom.agc.gov.my.
- ^ "The Star GE15 Online Perak". election.thestar.com.my.
- ^ "254 penerima darjah, pingat sempena ulang tahun keputeraan Sultan Perak". www.bharian.com.my.