YB Tuan Fathul Huzir bin Ayob (lahir 27 Julai 1983) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Gerik.
Yang Berhormat Tuan Fathul Huzir Ayob | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Gerik, Perak | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Hasbullah Osman |
Majoriti | 1,377 (2022) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Hospital Taiping, Perak, Malaysia | 27 Julai 1983
Parti politik | |
Pasangan | Noor Ashiba Binti Mohd Ali |
Anak | 2 |
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali | |
Kediaman | Gerik, Perak, Malaysia |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Sejarah Ringkas
Fathul Huzir kini seorang ahli politik Malaysia yang terlibat sepenuh masa dalam arena politik negara sejak terpilih sebagai Ahli Parlimen untuk kawasan Gerik. Sebagai wakil rakyat, beliau memainkan peranan penting dalam mewakili suara dan kepentingan penduduk-penduduk kawasan Parlimen Gerik di peringkat Dewan Rakyat, Parlimen (Persekutuan) negara Malaysia. Fathul Huzir bin Ayob merupakan Setiausaha Bahagian (sebelum meletakkan jawatan pada Oktober 2023) bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sebuah parti komponen dalam gabungan Perikatan Nasional (PN). Namun, beliau kini dilantik sebagai Ketua Badan Perhubungan Kawasan PN Gerik. Untuk rekod, beliau juga merupakan anak kepada mantan Ketua Bahagian BERSATU Gerik, Ayob Bin Ab Rahman (antara pengasas awal BERSATU di Gerik) yang meninggal dunia pada 19 haribulan Oktober 2020.
Beliau memenangi Pilihanraya Umum ke 15 (PRU15) pada 19 November 2022 dengan majoriti sebanyak 1,377 menewaskan wakil UMNO/ Barisan Nasional Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki yang ketika itu merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (dari Jun 2018 hingga Mac 2023) dan wakil DAP/ Pakatan Harapan iaitu Ahmad Tarmizi Bin Mohd Jam.
Fathul Huzir kini berada dibarisan Pembangkang Parlimen Malaysia dengan tugas sebagai Ahli Jawatankuasa Portfolio Belia & Sukan, Portfolio Kemajuan Desa & Wilayah dan Portfolio Pertanian & Keterjaminan Makanan bagi Perikatan Nasional.
Pada 20 Februari 2023, Fathul Huzir mengalami beberapa kesukaran berucap semasa perbahasan parlimennya. Dia memulakan ucapannya dengan cara biasa tetapi dilihat tidak selesa secara fizikal kira-kira lima minit selepas berucap, menggoyang-goyangkan tali lehernya dan melonggarkannya, menutup mulutnya dengan tangan kanannya serta meluahkan beberapa perkataannya sambil meneruskan ucapannya. Timbalan Speaker Dewan Rakyat Ramli Mohd Nor kemudian mencelah bertanyakan sama ada beliau boleh meneruskan. Beberapa ahli parlimen yang hadir di Dewan Rakyat seperti Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong dan Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin bertindak balas dengan bimbang terhadap situasi itu dan bertanya sama ada beliau tidak apa-apa dan memberi ruang serta bantuan perubatan untuknya. Ramli kemudian memanggil Bentara Parlimen untuk membantu Fathul Huzir berjumpa doktor. Beliau kemudian ditolak dengan kerusi roda menuju ke klinik Parlimen dan diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.
Dalam temubual bersama beberapa wartawan keesokan harinya, beliau memaklumkan bahawa beliau sebenarnya sihat. Beliau cuma sebak dan berasa sedih apabila menyentuh tentang keadaan ekonomi, kemiskinan dan kesusahan rakyat di Parlimen Gerik yang tidak berkesudahan, sedangkan Parlimen Gerik di Hulu Perak mempunyai banyak hasil bumi seperti balak, bijih timah dan REE.