Fakhri Yassin Mahiaddin | |
---|---|
فخري يسٓ ماهيا الدين | |
Kelahiran | Fakhri Yassin bin Mahiaddin 15 November 1975 |
Kerakyatan | Malaysia |
Pusat pendidikan | Queen Mary University of London (United Kingdom) |
Terkenal kerana | Pengerusi Eksekutif Thriven Global Berhad |
Pasangan | Datin Fara Ikma Abdul Rahim |
Anak-anak | 4 |
Ibu | Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Abdul Rahman |
Bapa | Tan Sri Dato' Seri Diraja Dr. Haji Muhyiddin Yassin |
Keluarga | Najwa Mahiaddin (adik) |
Laman web rasmi | https://www.thriven.com.my/ |
Datuk Fakhri Yassin bin Tan Sri Dato' Seri Diraja Dr. Haji Mahiaddin (lahir 15 November 1975) adalah merupakan Pengerusi Eksekutif Thriven Global Berhad, sebuah syarikat pemaju perumahan yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.[1] Sebelum itu, beliau adalah Pengarah Bukan Eksekutif, Bukan Bebas di EDEN Incorporated Berhad, milik keluarga mertua beliau, Tan Sri Abdul Rahim Mohamad dan Puan Sri Fadzilah Md Ariff.[2][3]
Keluarga
Beliau merupakan anak sulung kepada Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan mempunyai 3 orang adik, iaitu Datin Sri Nabilah Mahiaddin, penyanyi, Najwa Mahiaddin dan Farhan Yassin.
Datin Fara Ikma Tan Sri Abdul Rahim adalah isteri beliau dan telah dikurniakan dengan 6 orang anak.[4]
Perniagaan
Selain daripada pernah menganggotai Lembaga Pengarah EDEN, beliau juga adalah Pengarah kepada Ketapang Holdings Sdn Bhd.[5]
Masyarakat
Antara pertubuhan bukan kerajaan yang beliau sertai termasuklah Yayasan Nurul Yaqeen[6] dan Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin[7] yang banyak membantu masyarakat dalam bidang pendidikan dan kebajikan.
Anugerah
Senarai anugerah yang diterima[8]
Melaka
Darjah Pangkuan Seri Melaka - Datuk (2014)
Rujukan
- ^ Lembaga Pengarah Thriven Global Berhad
- ^ Tan Sri Muhyiddin's son steps down from Eden Inc board
- ^ Lembaga Pengarah EDEN
- ^ Menteri Kewangan nafi ada hubungan keluarga dengan Tan Sri Muhyiddin
- ^ Profil Bloomberg
- ^ Bekas eksekutif Yayasan Nurul Yaqeen dan tiga adik didakwa ubah wang haram RM1.8 juta
- ^ TSMCG terus komited bantu golongan kurang berkemampuan, terkesan akibat COVID-19
- ^ Semakan penerima darjah kebesaran