Rencana ini tidak mempunyai apa-apa rujukan. Sila bantu memperbaiki rencana ini dengan menambah rujukan kepada sumber yang boleh dipercayai. Bahan-bahan yang tidak bersumber mungkin dicabar dan dibuang. (December 2009) |
Parti Negara | |
---|---|
Pengasas | Onn Jaafar |
Ditubuhkan | February 1954 |
Dibubarkan | 19 January 1962 |
Ideologi | Nationalisme |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya |
Parti Negara adalah sebuah parti politik berasaskan orang Melayu yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin-pemimpin Parti Kemerdekaan Malaya pada 1953, dan telah dilancarkan secara rasmi pada Februari 1954. Pengasasnya ialah Dato Sir Onn Jaafar, presiden pertama parti United Malays National Organisation (UMNO), selepas beliau kalah dalam suatu perebutan kuasa dalaman parti.
Parti ini di mana secara perlembagaannya adalah pelbagai bangsa, mencari untuk mencipta ruang bagi dirinya sebagai kuasa ketiga dalam tahun lima puluhan dan awal enam puluhan tetapi telah gagal. Parti ini tidak mendapat sokongan signifikan masyarakat orang Melayu, dan telah diperlekehkan oleh Perikatan yang diteraju UMNO atas tuduhan cauvinisme. Satu-satunya kerusi Parlimen Malaysia yang Parti Negara pernah menang adalah dalam Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 di Terengganu oleh Dato Onn sendiri.
Dengan kematian Dato Onn pada 1962, Parti Negara turut mati secara politiknya. Kerusi yang Dato Onn menang kemudiannya telah dimenangi balik Perikatan pada pilihan raya kecil yang diadakan.
Pilihan raya
Calon dalam Pilihan Raya Perundangan Persekutuan 1955[1]
No | Kawasan Pilihan Raya | Negeri | Nama | Catatan |
---|---|---|---|---|
1 | Johor Bahru | Johor | Onn Jaafar | Kalah |
2 | Johor Selatan | Johor | Kassim Awang Chik | Kalah |
3 | Johor Timur | Johor | Jaafar Haji Ali | Kalah |
4 | Johor Tengah | Johor | Haji Annuar Haji Abdul Malek | Kalah |
5 | Batu Pahat | Johor | Syed Haji Abdul Kadir | Kalah |
6 | Segamat | Johor | Razalli Abdul Manap | Kalah |
7 | Muar Selatan | Johor | Mahmud Mohd Shah | Kalah |
8 | Muar Utara | Johor | Haji Mohamed Nor Abdul Hamid | Kalah |
9 | Kedah Tengah | Kedah | Puteh Napa | Kalah |
10 | Kedah Utara | Kedah | Tuan Haji Laidin | Kalah |
11 | Kota Setar | Kedah | Haji Mohamed Rejab Haji Darus | Kalah |
12 | Alor Setar | Kedah | Haji Salim Haji Rejab | Kalah |
13 | Kelantan Tengah | Kelantan | Tengku Annuar Zainal Tengku Zainal Abidin | Kalah |
14 | Kelantan Utara | Kelantan | Nik Hussein Zainal | Kalah |
15 | Kelantan Timur | Kelantan | Dato' Seri Nara Diraja Nik Abdullah bin Nik Muhamad | Kalah |
16 | Kelantan Selatan | Kelantan | Dato' Nik Ahmad Kamil Dato' Nik Mahmud | Kalah |
17 | Melaka Luar | Melaka | Jaafar Tan | Kalah |
18 | Seremban | Negeri Sembilan | B. H. Tan | Kalah |
19 | Negeri Sembilan Selatan | Negeri Sembilan | Baba Luek | Kalah |
20 | Negeri Sembilan Utara | Negeri Sembilan | Ujang Menuang | Kalah |
21 | Kuala Lumpur Timur | Selangor | Mohamed Salleh Hakim | Kalah |
22 | Kuala Lumpur Barat | Selangor | Abdullah Ibrahim | Kalah |
23 | Selangor Tengah | Selangor | Atan Chik Leng Keng | Kalah |
24 | Selangor Barat | Selangor | Mohamed Rashid Ahmed | Kalah |
25 | Langat | Selangor | Mohamed Nazir Haji Abdul Jalil | Kalah |
26 | Kuala Selangor | Selangor | Mohamed Ambia Sanusi | Kalah |
27 | Ulu Selangor | Selangor | Abdul Rahman Haji Maulana | Kalah |
28 | Terengganu Tengah | Terengganu | Suleiman Ali | Kalah |
29 | Terengganu Utara | Terengganu | Mohamed Salleh Ahmad | Kalah |
30 | Terengganu Selatan | Terengganu | Ibrahim Matnoh | Kalah |