Parti Perikatan | |
---|---|
Singkatan | Alliance |
Pengasas | Tunku Abdul Rahman Tan Cheng Lock V. T. Sambanthan |
Ditubuhkan | 1952 |
Disahkan | 30 Oktober 1957 (sebagai didaftarkan sepenuhnya) |
Dibubarkan | 1 Januari 1973 |
Digantikan oleh | Barisan Nasional |
Ibu pejabat | Kuala Lumpur |
Keanggotaan | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Persatuan Cina Malaysia (MCA) Kongres India Malaysia (MIC) |
Ideologi | Nasionalisme Konservatisme |
Kedudukan politik | Sayap kanan |
Warna | Biru diraja dan putih |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya |
Negara Anggota ASEAN |
Portal Malaysia |
Sebahagian daripada siri tentang |
---|
Sejarah Malaysia |
Portal Malaysia |
Parti Perikatan ialah sebuah parti politik Perikatan Malaysia yang dimulakan oleh orang Melayu yang bersatu di bawah presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra, untuk satu tujuan, iaitu berjuang bagi mendapat kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu. Kaum-kaum Cina dan India bergabung dengan orang Melayu serta bergabung dengan Bumiputera Sabah Borneo dan Bumiputera Sarawak untuk tujuan yang sama (Demi Kemerdekaan). Gabungan parti itu menggunakan lambang "Kapal Layar". Parti ini berjaya untuk memperoleh pemerintahan sendiri daripada pihak British dan menjalankan pemerintahan demokrasi sehingga hari ini. Parti ini juga berjaya memperoleh kemerdekaan daripada pihak British untuk Sabah dan Sarawak melalui Parti Perikatan di Sabah iaitu United Sabah National Organisation (USNO), Borneo Utara National Party (BUNAP), United National Kadazan Organisastion (UNKO) dan juga Parti Perikatan di Sarawak iaitu Sarawak National Party (SNAP). Parti Perikatan inilah kemudian bertukar kepada Barisan Nasional (BN) yang merupakan sebuah parti politik yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya yang kuat, berjaya, dan mempunyai matlamat yang kukuh dan tersendiri. Barisan Nasional (BN) telah memerintah beberapa tahun di Negara Malaysia sehingga ditewaskan (lost seat) pada Tahun 2018, berikutan Pilihan Raya Umum 2018 (General Election 14 - GE14). Selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2018, Gabungan-gabungan Besar di Malaysia telah "terpecah" dan terbahagi dari banyak cabang, kategori, serta cawangan tertentu seperti Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), dan Gabungan Warisan Plus (Gabungan Warisan Plus cuma wujud di Sabah, namun presiden gabungan bercadang untuk "melebarkan sayap" ke Peninsular Malaysia dan Sarawak). Walaubagaimanapun, Barisan Nasional (BN) masih bertanding dan masih mempunyai kerusi yang banyak di Malaysia walaupun sudah tidak menjadi Kerusi Majoriti di Malaysia.
Sejarah
Setelah menyedari kesusahan yang harus dilalui untuk mendapatkan kebebasan, pemimpin Melayu kemudian membawa masuk masyarakat bukan Melayu untuk berjuang bersama-sama. Ini bertujuan agar semua kaum dapat mengetahui kepentingan kebebasan dan kesusahan yang perlu dilalui untuk mendapatkannya. Dengan kebijaksanaan dan matlamat yang menekankan objektif jarak jauh, arena politik tempatan harus ditubuhkan dengan segera.[1]
Kaum Melayu menyedari bahawa mereka memerlukan sebuah parti politik sebagai jentera untuk mengatasi sengsara mereka dan dengan ini tertubuhlah UMNO pada 11 Mei 1946. Kaum lain juga berpendapat sedemikian. Hasilnya, sebuah parti perikatan gabungan UMNO dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang diterajui oleh Tunku and Tun Tan Cheng Lock ditubuhkan. Pertubuhan memulakan ujian pertama pada tahun 1952 ketika Pilihanraya Majlis Bandaraya Kuala Lumpur di mana Parti Perikatan ini mencapai kemenangan yang menyakinkan.[2]
Konsep penggabungan ini menghasilkan kejayaan yang menakjubkan dan ini menarik Kongres India Malaysia (MIC) untuk memasuki perikatan ini. Perikatan ini kemudiannya bertanding dalam Pilihanraya Pertama pada 27 Julai 1955 dan memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Perikatan tersebut diberikan keutamaan untuk menubuhkan kerajaan pertama di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri pertama. Beliau kemudian menubuhkan Kabinet Menteri yang dilantik daripada pelbagai kaum di Malaysia. Perikatan ini merupakan percubaan yang berani yang diilhami oleh Tunku, Tun Tan Cheng Lock and Tun Sambanthan.[3][4]
Didaftarkan
Pada 30 Oktober 1957, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC dengan rasminya didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan politik. Pendaftaran secara rasmi Parti Perikatan ini menjadikan parti tersebut sebagai sebuah badan yang sah dan dapat bergerak sebagai sebuah parti pemerintahan schingga membentuk satu asas yang kukuh kepada tampuk pemerintahan negara sehingga sekarang.
Mengikut perlembagaan Parti Perikatan yang didaftarkan ini, keahliannya terbuka kepada sebarang parti yang bersifat kebangsaan. Sementara itu, sebuah Majlis Kebangsaan yang mengandungi 16 orang wakil daripada UMNO, 16 orang wakil daripada MCA dan 6 orang wakil daripada MIC bertanggungjawab untuk mengelolakan parti ini.
Parti Perikatan Tanah Melayu telah membentuk aliran sejarah negara ini dan permulaan perjuangannya ialah menuntut, mendapat dan menegakkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Parti Perikatan ini seterusnya mencatatkan sejarah dengan terbentuknya Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.
Kerjasama kaum
Kerjasama pelbagai kaum di bawah perikatan ini amat berkesan dan diterima oleh semua orang sehingga gabungan parti ini merupakan satu kekuatan baru bagi permerintahan demokrasi. Penggabungan kaum, pembahagian kuasa dan penyatuan antara kaum di Tanah Melayu mendapat sokongan daripada semua orang. Semua pemimpin daripada pelbagai kaum mempunyai matlamat bahawa Kemerdekaan Tanah Melayu tidak dapat diperolehi tanpa penyatuan kaum bagi tujuan keharmonian dan keamanan.
Rumus Parti Perikatan diperbesarkan di bawah kerjasama orang Melayu dan orang bukan Melayu di seluruh negara. Konsep ini disebarkan di peringkat wilayah dan negeri. Gabungan pelbagai parti menubuhkan Barisan Nasional (BN) yang didaftarkan pada 1 Julai 1974.
Keputusan pilihan raya
Pilihan raya | Jumlah kerusi yang dimenangi | kerusi ditangdinkan | Jumlah undian | Perkongsian undian | Hasil pilihan raya | Pemimpin pilihan raya |
---|---|---|---|---|---|---|
1955 | 51 / 52
|
52 | 818,013 | 81.7% | ▲51 kerusi; Pimpinan gabungan | Tunku Abdul Rahman |
1959 | 74 / 104
|
104 | 800,944 | 51.8% | ▲23 kerusi; Pimpinan gabungan | Tunku Abdul Rahman |
1964 | 89 / 159
|
159 | 1,204,340 | 58.4% | ▲15 kerusi; Pimpinan gabungan | Tunku Abdul Rahman |
1969 | 74 / 144
|
144 | 1,063,238 | 48.4% | ▼12 kerusi; Pimpinan gabungan | Tunku Abdul Rahman |
Keputusan pilihan raya negeri
Pilihanraya negeri | Dewan Undangan Negeri | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Dewan Undangan Negeri Perlis | Dewan Undangan Negeri Kedah | Dewan Undangan Negeri Kelantan | Dewan Undangan Negeri Terengganu | Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang | Dewan Undangan Negeri Perak | Dewan Undangan Negeri Pahang | Dewan Undangan Negeri Selangor | Dewan Undangan Negeri Sembilan | Dewan Undangan Negeri Melaka | Dewan Undangan Negeri Johor | Jumlah menang / Jumlah yang dipertandingkan | |
12 | 24 | 30 | 24 | 24 | 40 | 24 | 28 | 24 | 20 | 32 | 282 | |
2/3 majoriti | 2 / 3
|
2 / 3
|
2 / 3
|
2 / 3
|
2 / 3
|
2 / 3
|
2 / 3
|
2 / 3
|
2 / 3
|
2 / 3
|
2 / 3
|
282 / 282
|
1954/1955 | 12 / 12
|
24 / 24
|
2 / 30
|
7 / 24
|
17 / 24
|
31 / 40
|
23 / 24
|
23 / 28
|
20 / 24
|
20 / 20
|
28 / 32
|
211 / 282
|
1959 | 12 / 12
|
24 / 24
|
2 / 30
|
7 / 24
|
17 / 24
|
31 / 40
|
23 / 24
|
23 / 28
|
20 / 24
|
20 / 20
|
28 / 32
|
211 / 282
|
1964 | 11 / 12
|
24 / 24
|
9 / 30
|
21 / 24
|
18 / 24
|
35 / 40
|
24 / 24
|
24 / 28
|
24 / 24
|
18 / 20
|
32 / 32
|
240 / 282
|
1969 | 11 / 12
|
14 / 24
|
11 / 30
|
13 / 24
|
4 / 24
|
19 / 40
|
20 / 24
|
14 / 28
|
16 / 24
|
15 / 20
|
30 / 32
|
171 / 282
|
Rujukan
- ^ Keat Gin Ooi, penyunting (2004). Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor, Volume 1. ABC-CLIO. m/s. 138–139. ISBN 978-1576077702.
- ^ Lee Hock Guan (30 July 2014). Ooi Kee Beng (penyunting). ISEAS Perspective: Selections 2012-2013. ISEAS Publishing. m/s. 57. ISBN 978-9814519267.
- ^ Keat Gin Ooi (2010). The A to Z of Malaysia. Scarecrow Press. m/s. ixvi–ixvii. ISBN 978-0810876415.
- ^ Joseph Liow, Michael Leifer (18 November 2014). Dictionary of the Modern Politics of Southeast Asia (ed. 4th). Routledge. ISBN 978-0415625326.
Pautan luar
- Laman Web Pilihanraya Malaysia Ke-11 Diarkibkan 2004-08-18 di Wayback Machine
- Hari Ini Dalam Sejarah Diarkibkan 2007-03-12 di Wayback Machine