Ng Suee Lim | |
---|---|
黄瑞林 | |
![]() | |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor | |
Menyandang jawatan 21 Ogos 2023 | |
Raja | Sultan Sharafuddin Idris Shah |
Menteri Besar | Amirudin Shari |
Portfolio | Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baharu & Pelancongan |
Didahului oleh | Ng Sze Han (Kerajaan Tempatan & Pembangunan Kampung Baru) Hee Loy Sian (Pelancongan) |
Kawasan pilihan raya | Sekinchan |
Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Selangor ke-11 | |
Dalam jawatan 26 Jun 2018 – 23 Jun 2023 | |
Raja | Sultan Sharafuddin Idris Shah |
Timbalan | Mohd Khairuddin Othman (2018) Daroyah Alwi (2019–2020) Hasnul Baharuddin (2020–2023) |
Menteri Besar | Amirudin Shari |
Didahului oleh | Hannah Yeoh Tseow Suan |
Digantikan oleh | Lau Weng San |
Kawasan pilihan raya | Sekinchan |
Naib Pengerusi Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik | |
Menyandang jawatan 16 Mac 2025 | |
Setiausaha Agung | Anthony Loke Siew Fook |
Pengerusi Kebangsaan | Gobind Singh Deo |
Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik | |
Dalam jawatan 20 Mac 2022 – 16 Mac 2025 Berkhidmat with Khoo Poay Tiong | |
Setiausaha Agung | Anthony Loke Siew Fook |
Setiausaha Organisasi Kebangsaan | Steven Sim Chee Keong |
Didahului oleh | Thomas Su Keong Siong |
Digantikan oleh | Tan Hong Pin |
Naib Pengerusi Parti Tindakan Demokratik Negeri Selangor | |
Menyandang jawatan 9 Disember 2018 | |
Setiausaha Agung | Lim Guan Eng (2018–2022) Anthony Loke Siew Fook (since 2022) |
Pengerusi Negeri | Gobind Singh Deo (2018–2024) Ng Sze Han (sejak 2024) |
Didahului oleh | Teng Chang Khim |
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Sekinchan | |
Menyandang jawatan 21 Mac 2004 | |
Didahului oleh | Chia Kim Lem (BN–MCA) |
Majoriti | 344 (2004) 190 (2008) 2,239 (2013) 2,844 (2018) 4,018 (2023) |
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Selangor | |
2004–2018 | Parti Tindakan Demokratik |
2018– | Pakatan Harapan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ng Suee Lim 13 Julai 1970 ![]() ![]() |
Kewarganegaraan | ![]() |
Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) |
Gabungan politik lain | Barisan Alternatif (BA) (1999–2004) Pakatan Rakyat (PR) (2008–2015) Pakatan Harapan (PH) (sejak 2015) |
Anak | 4 |
Pendidikan | Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang |
Pekerjaan | Ahli politik |
Ng Suee Lim | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama Bahasa Cina | |||||||||||
Tulisan Cina Tradisional | 黃瑞林 | ||||||||||
Tulisan Cina Ringkas | 黃瑞林 | ||||||||||
|
Ng Suee Lim (Cina ringkas: 黄瑞林; Cina tradisional: 黄瑞林; pinyin: Huáng Ruìlín; Pe̍h-ōe-jī: N̂g Suī-lîm; lahir 13 Julai 1970) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) dalam pentadbiran negeri Pakatan Harapan (PH) di bawah Menteri Besar Amirudin Shari sejak Ogos 2023 serta Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Sekinchan sejak Mac 2004. Beliau pernah berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Selangor ke-11 dari Jun 2018 hingga Jun 2023. Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam gabungan PH. Beliau telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan DAP sejak Mac 2025 dan Naib Pengerusi Negeri DAP Selangor sejak Disember 2018. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Pengelola Kebangsaan DAP dari Mac 2022 hingga Mac 2025. Ng kini merupakan ADUN DAP Selangor yang paling lama berkhidmat, memegang jawatan sebagai ADUN Sekinchan sejak tahun 2004.[1][2]
Kerjaya politik
Ng Suee Lim mula melibatkan diri dalam politik, khususnya dalam DAP, setelah membaca banyak kenyataan media dan buku-buku tulisan Setiausaha Agung DAP ketika itu, Lim Kit Siang, sejak beliau berada di Tahun 6 sekitar tahun 1981–1982. Beliau sering menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan oleh pemimpin politik tempatan bagi mengumpul dana. Semasa di dalam kelas, beliau kerap berdebat dengan guru Sejarah mengenai peristiwa-peristiwa sejarah sehingga dilabel sebagai penyokong pembangkang. Pada tahun 1995, beliau dilantik sebagai Ketua Cawangan DAP Kapar.
Dalam pilihan raya umum 1999, beliau telah dicadangkan oleh Ronnie Liu Tian Khiew dan Teng Chang Khim untuk bertanding di kerusi negeri Sekinchan memandangkan tiada lagi tokoh veteran parti yang ingin bertanding di kawasan itu. Beliau bertanding pada usia 29 tahun dan memperoleh 3,728 undi, namun tewas dengan majoriti 2,044 undi. Walau bagaimanapun, beliau menang di kawasan majoriti Melayu kerana fasih berbahasa Jawa.
Dalam pilihan raya umum 2004, ramai pengundi kembali menyokong BN dan ramai calon DAP, PKR dan PAS tewas. Namun begitu, Ng Suee Lim berjaya memenangi kerusi Sekinchan dengan majoriti 344 undi. Beliau merupakan salah seorang daripada hanya dua wakil parti pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Selangor ketika itu (seorang lagi ialah Teng Chang Khim).
Dalam pilihan raya umum 2008, beliau berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan memperoleh 5,403 undi dan majoriti 190 undi.
Ng Suee Lim turut memenangi kerusi DUN Sekinchan dalam pilihan raya umum 2013 dan 2018. Pada 26 Jun 2018, beliau telah dicalonkan sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Selangor yang baharu oleh Menteri Besar Amirudin Shari, dan pencalonan itu disokong oleh Teng Chang Khim sebelum diluluskan. Ng Suee Lim telah mengangkat sumpah jawatan pada jam 10:07 pagi.[3]
Pada tahun 2023, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) yang memegang portfolio Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baru dan Pelancongan.[4][5]
Keputusan Pilihan Raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | N05 Sekinchan | Ng Suee Lim (DAP) | 3,728 | 37.31% | Chia Kim Lem (MCA) | 5,772 | 57.77% | 10,406 | 2,044 | 71.67% | ||
Saari Kiban (BEBAS) | 492 | 4.92% | ||||||||||
2004 | N04 Sekinchan | Ng Suee Lim (DAP) | 4,903 | 51.82% | Chia Kim Lem (MCA) | 4,559 | 48.18% | 9,848 | 344 | 76.05% | ||
2008 | Ng Suee Lim (DAP) | 5,403 | 50.89% | Puah Boon Choon (MCA) | 5,213 | 49.11% | 11,021 | 190 | 81.20% | |||
2013 | Ng Suee Lim (DAP) | 8,107 | 58.01% | Kek Seng Hooi (MCA) | 5,868 | 41.99% | 14,274 | 2,239 | 88.10% | |||
2018 | Ng Suee Lim (DAP) | 7,863 | 51.62% | Lee Yee Yuan (MCA) | 5,019 | 32.95% | 15,475 | 2,844 | 85.50% | |||
Mohd Fadzin Taslimin (PAS) | 2,351 | 15.43% | ||||||||||
2023 | Ng Suee Lim (DAP) | 10,232 | 62.22% | Goh Gaik Meng (BERSATU) | 6,214 | 37.78% | 16,628 | 4,018 | 69.47% |
Anugerah
Selangor :
Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) – Dato' (2023)[8]
Rujukan
- ^ "Calon PRN Ng Suee Lim". pru.sinarharian.com.my.
- ^ "Pakatan Harapan GE14 Candidate". calon.ubah.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-20. Dicapai pada 2018-12-20.
- ^ "Ng Suee Lim sworn in as Selangor state Speaker". www.thestar.com.my. 26 Jun 2018.
- ^ "Selangor MB, exco members to be sworn in on Monday". www.nst.com.my.
- ^ "Selangor MB announces 10 exco portfolios, takes on five". www.nst.com.my.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 Mei 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "The Queen heads honours list". www.thestar.com.my. 11 Disember 2023.
- Penerima Darjah Dato' Paduka Mahkota Selangor
- Kelahiran 1970
- Orang hidup
- Anggota Parti Tindakan Demokratik
- Yang di-Pertua Dewan Negeri Selangor
- EXCO Kerajaan Negeri Selangor ke-15
- Ahli Dewan Negeri Selangor ke-15
- Ahli Dewan Negeri Selangor ke-14
- Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor ke-13
- Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor ke-12
- Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor ke-11
- Ahli politik Malaysia berketurunan Cina