Perikatan Nasional ڤريكتن ناسيونل | |
|---|---|
| Singkatan | PN PERIKATAN[2] |
| Pengerusi | Kosong |
| Setiausaha agung | Kosong |
| Jurucakap | Mohd Radzi Md Jidin |
| Timbalan Pengerusi | |
| Bendahari Agung | Kosong |
| Ketua Wanita | Mas Ermieyati Samsudin |
| Ketua Pemuda | Afnan Hamimi Taib Azamudden |
| Ketua Pengarah Pilihan Raya | Muhammad Sanusi Md Nor |
| Pengasas | Muhyiddin Yassin |
| Diasaskan | 23 Februari 2020 [3] |
| Didaftarkan | 7 Ogos 2020 [4] |
| Disahkan | 14 September 2020 [5] (Disahkan oleh Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sebagai 'parti politik') |
| Penggabungan | Gabungan parti-parti nasional di Malaysia[6] |
| Pecahan | Barisan Nasional (BN) Pakatan Harapan (PH) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) |
| Didahului oleh | Persatuan Perikatan Parti Malaysia [7] |
| Ibu pejabat | Ibu Pejabat Perikatan Nasional, Rumah PERIKATAN[8], B4-3-1 Urbane Tower 1 Jalan Dutamas 1 Solaris Dutamas 50480 Kuala Lumpur |
| Keanggotaan | |
| Ideologi | Konservatisme kebangsaan |
| Hubungan kebangsaan | Malaysia |
| Warna | Biru Gelap dan Putih |
| Slogan | "Mengeratkan perpaduan" (14 September 2020 - 2 Oktober 2020) "Satukan rakyat bersama Perikatan Nasional" (7 Oktober 2020 - 29 Oktober 2022) "Prihatin, Bersih dan Stabil" (sejak 30 Oktober 2022) "BERSATU, BERGERAK, SE-MALAYSIA" (slogan rasmi sejak 21 Mac 2025) |
| Lagu | Kami Perikatan Nasional |
| Tapak sesawang | perikatan-nasional.org.my |
| Pautan lain | |
| Dewan Negara | 8 / 70
|
| Dewan Rakyat | 68 / 222
|
| Dewan Undangan Negeri | 202 / 607
|
| Menteri Besar dan Ketua Menteri | 4 / 13
|
| Simbol pilihan raya | |
(seluruh Malaysia kecuali Kelantan dan Terengganu) (hanya di Kelantan dan Terengganu) | |
| Bendera parti | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
| Artikel ini adalah sebahagian daripada siri pada |
| Politik Malaysia |
|---|
|
|
| Portal Malaysia |
Sebahagian daripada siri tentang |
|---|
| Sejarah Malaysia |
| Portal Malaysia |
Perikatan Nasional (singkatan: PN), juga dikenali sebagai PERIKATAN[9][10] ialah gabungan parti politik rasmi di Malaysia yang terdiri daripada 4 buah parti komponen. Parti ini didaftarkan pada tarikh 7 Ogos 2020 dan disahkan pada September 2020 selepas lima bulan mentadbir Kerajaan Persekutuan Malaysia dari tarikh penubuhan kerajaan baru Malaysia pada 10 Mac 2020. Parti Perikatan Nasional telah didaftarkan di bawah Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan penggunaan logo serta bendera parti tersebut telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia. Penubuhan parti ini dipengaruhi oleh Kabinet Muhyiddin (juga dikenali sebagai Kabinet Pertama Mahiaddin Yassin) yang ditubuhkan pada 10 Mac 2020. Gabungan ini didahului oleh Persatuan Perikatan Parti Malaysia (PPPM).[11]
PN menang 73 kerusi pada Pilihan raya umum Malaysia 2022 dan menjadi blok kedua terbesar selepas Pakatan Harapan di Dewan Rakyat. PN di Dewan Rakyat diketuai oleh Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang. PN juga merupakan kerajaan pemerintah di empat buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala pembangkang di negeri-negeri yang lain kecuali di Sarawak kerana tiada sebarang wakil.
Maklumat lanjut
Perikatan Nasional merupakan Kerajaan Pemerintah Malaysia dari bulan Mac 2020 sehingga bulan Ogos 2021 selepas peletakkan jawatan jemaah-jemaah menteri di dalam Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional rentetan daripada peletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia Ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Selepas perbincangan antara parti komponen Perikatan Nasional diadakan, kelangsungan pentadbiran Perikatan Nasional sebagai parti pemerintah Malaysia diteruskan dengan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri (dari UMNO) sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9 setelah diperkenankan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong kerana kerusi Parlimen PN lebih besar berbanding kerusi Perlimen BN dan UMNO. Walaubagaimanapun, Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan menjelaskan bahawa Kepemimpinan UMNO tidak mengiktiraf kerajaan Ismail Sabri sebagai "Kerajaan Perikatan Nasional" melainkan "Kerajaan Malaysia".[12]
Parti Gerakan Rakyat Malaysia telah diterima sebagai parti komponen kelima yang sah pada 11 Februari 2021 setelah menghantar surat permohonan untuk menyertai Parti Perikatan Nasional yang dibuat pada tahun 2020 lalu.[13] Parti GERAKAN juga secara rasmi menjadi parti komponen ketiga dari Semenanjung Malaysia di dalam gabungan Perikatan Nasional selepas Parti Islam Se-Malaysia, dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Sejarah penubuhan
Parti Perikatan Nasional telah didaftarkan pada 7 Ogos 2020. Ia didaftarkan di bawah Kategori Politik, selaras peruntukan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335)[14]. Ia terdiri daripada tiga buah parti komponen iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN).[15]
Pada peringkat awal, Kongres India Malaysia (MIC) juga terlibat dalam pembentukan parti ini[16]. Namun pada 27 Ogos 2020, MIC mengambil keputusan untuk menarik diri sebagai menuruti keputusan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang disertai MIC.[17]
UMNO tidak menyertai Parti Perikatan Nasional kerana telah menjadi parti komponen dalam Barisan Nasional bersama Persatuan Cina Malaysia (MCA), Kongres India Malaysia (MIC) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Gabungan Parti Sarawak dan Parti Bersatu Sabah juga hanya berminat untuk menjadi parti yang menyokong pembentukan sebuah kerajaan campuran di peringkat Persekutuan Malaysia. Persetujuan oleh Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan Parti Bersatu Sabah yang bersama-sama menyokong Parti Perikatan Nasional telah membentuk kerajaan campuran pertama di peringkat Persekutuan Malaysia.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia telah diterima sebagai parti komponen kelima terbaharu dalam Parti Perikatan Nasional setelah mendapat sokongan penuh Majlis Tertinggi Parti Perikatan Nasional. Pengerusi Parti Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyerahkan surat pernyataan penerimaan parti tersebut di Perdana Putra kepada Presidennya, Dominic Lau Hoe Chai pada 11 Februari 2021, sehari sebelum perayaan Tahun Baru Cina.[18]
Perikatan Nasional terus menjadi parti utama dalam pembentukan kerajaan baharu Malaysia yang dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob dari Barisan Nasional. Beliau merupakan pemimpin pertama yang bukan dari kalangan Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ketika menjawat jawatan sebagai Naib Presiden UMNO.
Nama beliau telah dicalonkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-8 dan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menggantikan tempat beliau yang telah kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat Malaysia. Ismail Sabri juga merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-13 ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8 dari tahun 2020 hingga tahun 2021.[19]
Struktur kepimpinan
Majlis Tertinggi
| Jawatan | Nama | Parti |
|---|---|---|
| Pengerusi | Kosong | - |
| Timbalan Pengerusi | Hamzah Zainudin | Bersatu |
| Abdul Hadi Awang | PAS | |
| Dominic Lau Hoe Chai | Gerakan | |
| Punithan Paramsiven | MIPP | |
| Setiausaha Agung | Kosong | - |
| Bendahari Agung | Kosong | - |
| Ketua Penerangan | Mohd Radzi Md Jidin | Bersatu |
| Timbalan Setiausaha Agung | Takiyuddin Hassan | PAS |
| Ketua Wanita | Mas Ermieyati Samsudin | Bersatu |
| Ketua Pemuda | Afnan Hamimi Taib Azamudden | PAS |
| Pengarah Pilihan Raya | Muhammad Sanusi Md Nor | PAS |
| Ahli Majlis Tertinggi | Ronald Kiandee | Bersatu |
| Tuan Ibrahim Tuan Man | PAS | |
| Oh Tong Keong | Gerakan | |
| Mohd Radzi Md Jidin | Bersatu | |
| Idris Ahmad | PAS | |
| Loh Kah Yong | Gerakan | |
| Subramaniam Surunaryan | MIPP | |
| Manimaran Kanappram | MIPP | |
| Setiausaha Eksekutif | Saiful Adli Mohd Arshad | Bersatu |
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri (BPN)
Berikut merupakan senarai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Parti Perikatan Nasional[20]:
| Negeri | Nama | Parti | Catatan |
|---|---|---|---|
| Johor | Kosong | ||
| Kelantan | Ahmad Yakob | PAS | Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan |
| Terengganu | Ahmad Samsuri Mokhtar | PAS | Timbalan Pesuruhjaya I PAS Negeri Terengganu |
| Kedah | Muhammad Sanusi Md Nor | PAS | Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah |
| Sabah | Ronald Kiandee | BERSATU | Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sabah |
| Selangor | Kosong | ||
| Perak | Kosong | ||
| Pahang | Tuan Ibrahim Tuan Man | PAS | Timbalan Presiden PAS |
| Negeri Sembilan | Kosong | ||
| Pulau Pinang | Dominic Lau Hoe Chai | GERAKAN | Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia |
| Melaka | Mas Ermieyati Samsudin | BERSATU | Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Melaka |
| Sarawak | Kosong | ||
| Wilayah Persekutuan | Radzi Jidin | BERSATU | Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Wilayah Persekutuan |
| Perlis | Shahidan Kassim | PAS | Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat PAS |
Parti komponen
| Logo | Nama | Ideologi | Kedudukan | Pemimpin | Kerusi ditandingi | Keputusan 2022 | Kerusi semasa | Kerusi Badan Perundangan Negeri | |||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Undi (%) | Kerusi | Komposisi | |||||||||
| Parti Komponen | |||||||||||
| BERSATU | Parti Pribumi Bersatu Malaysia | Ketuanan Melayu | Haluan kanan | Muhyiddin Yassin | 87 | 13.55% | 31 / 222
|
25 / 67
|
58 / 611
| ||
| PAS | Parti Islam Se-Malaysia | Islamisme | Pelampau kanan | Abdul Hadi Awang | 61 | 14.56% | 43 / 222
|
43 / 67
|
149 / 611
| ||
| GERAKAN | Parti Gerakan Rakyat Malaysia | Liberalisme | Sentrisme | Dominic Lau Hoe Chai | 23 | 1.97% | 0 / 222
|
0 / 67
|
1 / 611
| ||
| MIPP | Parti Rakyat India Malaysia | Kepentingan orang India Malaysia | Kanan tengah dan Haluan kanan | Punithan Paramsiven | 0 / 222
|
0 / 67
|
0 / 611
| ||||
Bekas parti komponen
- Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), (2020–2022)[21]
- Parti Maju Sabah (SAPP), (2020–2024)[22]
Kerjasama politik

Pada tahun 2020 sehingga tahun 2022, Parti Perikatan Nasional menjadi salah satu parti yang membentuk dan mengetuai sebuah kerajaan campuran, iaitu Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan Malaysia bersama-sama Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Parti Bersatu Sabah dan Ahli Parlimen Bebas. Ia juga mendokong Muafakat Nasional yang disertai oleh kedua-dua parti utamanya, PAS dan BERSATU.
Kerajaan campuran negeri juga terdapat di Kedah, Kelantan dan Terengganu, diketuai oleh Parti Perikatan Nasional, manakala kerajaan campuran di Perlis, Perak, Melaka, Johor, Pahang pula diketuai oleh Barisan Nasional.
Wakil Rakyat
Ahli Dewan Negara
| Lantikan | Ahli | Parti | Penggal | Tempoh | Catatan |
|---|---|---|---|---|---|
| Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, YB Senator Tuan Haji | PAS | Pertama | 5 September 2023 - 4 September 2026 | ||
| Wan Martina Wan Yusoff, YB Senator Dr. | PAS | Kedua | 24 Ogos 2024 - 23 Ogos 2027 | ||
| Hussin Ismail, YB Senator Tuan | PAS | Pertama | 15 Mac 2023 - 14 Mac 2026 | ||
| Che Alias Hamid, YB Senator Tuan | PAS | Kedua | 24 November 2024 - 23 November 2027 | ||
| Musoddak Ahmad, YB Senator Tuan | PAS | Pertama | 20 Mac 2023 - 19 Mac 2026 | ||
| Abd Nasir Idris, YB Senator Tuan | PAS | Pertama | 20 Mac 2023 - 19 Mac 2026 | ||
| Baharuddin Ahmad, YB Senator Tuan | PAS | Pertama | 10 September 2024 - 9 September 2027 | ||
| Azahar Hassan, YB Senator Tuan | BERSATU | Pertama | 10 September 2024 - 9 September 2027 |
Ahli Dewan Rakyat
Ahli Dewan Undangan Negeri
Keputusan pilihan raya umum
| Pilihan raya | Jumlah kerusi menang | Kerusi ditandingi | Peratusan kerusi | Jumlah pengundi | Peratusan pengundi | Keputusan Pilihan raya | Ketua Pilihan raya |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| PRU - 14 (di bawah gabungan PH) |
13 / 222 kemudian 52 / 222 kemudian 55 / 222
|
10.59% kemudian 27.36% kemudian 45.20% |
2,794,827 | 33.96% | ▲55 kerusi; Kerajaan | Mahathir Mohamad | |
| PRU-15 |
74 / 222
|
171 | 33.33% | 4,700,819 | 30.35% | ▲19 kerusi; Pembangkang | Muhyiddin Yassin |
Keputusan Pilihan Raya Negeri
| Pilihan raya negeri | Dewan Undangan Negeri | |||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Perlis | Kedah | Kelantan | Terengganu | Pulau Pinang | Perak | Pahang | Selangor | Negeri Sembilan | Melaka | Johor | Sabah | Sarawak | Jumlah menang / Jumlah ditandingi | |
| 2/3 majoriti | 2 / 3 |
2 / 3 |
2 / 3 |
2 / 3 |
2 / 3 |
2 / 3 |
2 / 3 |
2 / 3 |
2 / 3 |
2 / 3 |
2 / 3 |
2 / 3 |
2 / 3 |
|
| 2020 | 17 / 73 |
17 / 29
| ||||||||||||
| 2021 | 0 / 82 |
0 / 1
| ||||||||||||
| 2021 | 2 / 28 |
2 / 28
| ||||||||||||
| 2022 | 3 / 56 |
3 / 56
| ||||||||||||
| 2022 | 14 / 15
|
26 / 59
|
17 / 42
|
57 / 116
| ||||||||||
| 2023 | 33 / 36
|
43 / 45
|
32 / 32
|
11 / 40
|
22 / 56
|
5 / 36
|
146 / 245
| |||||||
Sejarah kepimpinan parti
Senarai pengerusi perhubungan negeri
| Negeri | Nama | Parti | Tempoh |
|---|---|---|---|
| Johor | Muhyiddin Yassin | BERSATU | 05.01.2021 - 12.06.2022 |
| Sahruddin Jamal | BERSATU | 12.06.2022 - 30.12.2025 | |
| Kelantan | Ahmad Yakob | PAS | Sejak 05.01.2021 |
| Terengganu | Ahmad Samsuri Mokhtar | PAS | Sejak 05.01.2021 |
| Kedah | Muhammad Sanusi Md Nor | PAS | Sejak 05.01.2021 |
| Sabah | Hajiji Noor | BERSATU | 05.01.2021 - 10.12.2022 |
| Ronald Kiandee | BERSATU | Sejak 11.12.2022 | |
| Selangor | Mohamed Azmin Ali | BERSATU | 05.01.2021 - 31.12.2025 |
| Perak | Ahmad Faizal Azumu | BERSATU | 05.01.2021 - 31.12.2025 |
| Pahang | Saifuddin Abdullah | BERSATU | 05.01.2021 - 27.10.2025 |
| Tuan Ibrahim Tuan Man | PAS | Sejak 28.10.2025 | |
| Negeri Sembilan | Eddin Syazlee Shith | BERSATU | 05.01.2021 - 01.06.2023 |
| Ahmad Faizal Azumu | BERSATU | 02.06.2023 - 11.02.2024 | |
| Mohamad Hanifah Abu Baker | BERSATU | 12.02.2024 - 31.12.2025 | |
| Pulau Pinang | Shabudin Yahaya | BERSATU | 05.01.2021 - 12.06.2022 |
| Dominic Lau Hoe Chai | GERAKAN | Sejak 12.06.2022 | |
| Melaka | Mohd Rafiq Naizamohideen | BERSATU | 05.01.2021 - 26.11.2021 |
| Mohd Yadzil Yaakub | BERSATU | 26.11.2021 - 27.10.2025 | |
| Mas Ermieyati Samsudin | BERSATU | Sejak 28.10.2025 | |
| Sarawak | Jaziri Alkaf Abdillah Suffian | BERSATU | 05.01.2021 - 31.12.2025 |
| Wilayah Persekutuan | Muhammad Suhaimi Yahya | BERSATU | 05.01.2021 - 03.03.2023 |
| Suhaili Abdul Rahman | BERSATU | 08.03.2023 - 02.11.2023 | |
| Radzi Jidin | BERSATU | Sejak 2.11.2023 | |
| Perlis | Mohd Shukri Ramli | PAS | 05.01.2021 - 27.10.2025 |
| Shahidan Kassim | PAS | Sejak 28.10.2025 |
Nota
Rujukan
- ^ "PERIKATAN on proposal to form perak government with UMNO"
- ^ "PERIKATAN on proposal to form perak government with UMNO"
- ^ HARIAN, WARTAWAN SINAR (2020-02-23). "Najib sahkan tandatangan SD sokong gabungan baharu". Sinarharian. Dicapai pada 2020-03-02.
- ^ BERITA HARIAN, Muhammad Yusri Muzamir (2020-08-07). "Perikatan Nasional didaftarkan". Berita Harian. Dicapai pada 2020-08-07.
- ^ BERITA HARIAN, Muhammad Yusri Muzamir (2020-09-14). "Pendaftaran Perikatan Nasional disahkan oleh ROS". Berita Harian. Dicapai pada 2020-09-14.
- ^ PN Official, Leadership (2020-03-23). "Persatuan Perikatan Parti Malaysia (PPPM) telah menjadi Gabungan rasmi politik yang dikenali sebagai Parti Perikatan Nasional (PN)". Gabungan Perikatan Nasional. Dicapai pada 2020-03-23.
- ^ PN Official, Leadership (2020-03-23). "Persatuan Perikatan Parti Malaysia (PPPM) telah menjadi Gabungan rasmi politik yang dikenali sebagai Parti Perikatan Nasional (PN)". Gabungan Perikatan Nasional. Dicapai pada 2020-03-23.
- ^ "PERIKATAN on proposal to form perak government with UMNO"
- ^ PN Official, Leadership (2020-03-23). "Persatuan Perikatan Parti Malaysia (PPPM) telah menjadi Gabungan rasmi politik yang dikenali sebagai Parti Perikatan Nasional (PN)". Gabungan Perikatan Nasional. Dicapai pada 2020-03-23.
- ^ "PERIKATAN on proposal to form perak government with UMNO"
- ^ PN Official, Leadership (2020-03-23). "Persatuan Perikatan Parti Malaysia (PPPM) telah menjadi Gabungan rasmi politik yang dikenali sebagai Parti Perikatan Nasional (PN)". Gabungan Perikatan Nasional. Dicapai pada 2020-03-23.
- ^ Umno dan Bersatu tak sefahaman isu nama kerajaan baru
- ^ Gerakan berhasrat sertai Perikatan Nasional - Presiden
- ^ Muhammad Yusri Muzamir (14 September 2020). "Pendaftaran Perikatan Nasional sudah lulus 7 Ogos". Bharian. Dicapai pada 20 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=(bantuan) - ^ Zahid Sahkan MIC, PPBM dan PAS sertai PN, Dicapai pada 23 Ogos 2020
- ^ Zahid Sahkan MIC, PPBM dan PAS sertai PN, Dicapai pada 23 Ogos 2020
- ^ PN: MIC tarik diri ikut keputusan Dewan Tertinggi BN, Berita Harian, Dicapai pada 27 Ogos 2020
- ^ Gerakan diterima sertai Perikatan Nasional
- ^ PN hanya namakan Ismail Sabri calon Perdana Menteri
- ^ Media Mulia (5 Januari 2021). "PN lantik Pengerusi Badan Perhubungan Negeri". Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=(bantuan) - ^ https://www.astroawani.com/berita-politik/star-sah-tinggalkan-pn-jeffrey-kitingan-395238
- ^ Reporters, F. M. T. (14 December 2024). "SAPP umum keluar PN, kata presiden". Free Malaysia Today | FMT.
- ^ Muhammad Yusri Muzamir (14 September 2020). "Pendaftaran Perikatan Nasional sudah lulus 7 Ogos". Bharian. Dicapai pada 20 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=(bantuan) - ^ https://www.sinarharian.com.my/article/633653/berita/politik/ahli-parlimen-jeli-pula-isytihar-sokong-pm
- ^ https://www.sinarharian.com.my/article/633507/berita/politik/ahli-parlimen-gua-musang-pula-isytihar-sokong-pm
- ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1037796/hamzah-zainuddin-sebagai-ketua-pembangkang-di-dewan-rakyat
- ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/11/1182551/mp-bersatu-kelima-bukit-gantang-isytihar-sokong-pm
- ^ https://www.sinarharian.com.my/article/628982/berita/politik/ahli-parlimen-kuala-kangsar-umum-sokong-perdana-menteri
- ^ https://www.sinarharian.com.my/article/646023/berita/politik/ahli-parlimen-tanjong-karang-pula-sokong-anwar
- ^ https://www.sinarharian.com.my/article/632135/berita/politik/ahli-parlimen-labuan-isytihar-sokong-perdana-menteri
- ^ https://bernama.com/bm/news.php?id=2276579














