Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa S.M.W. (Wilayah Persekutuan); MD (UKM) | |
---|---|
![]() | |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) | |
Menyandang jawatan 12 Disember 2023 | |
Raja | ![]() ![]() |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Menteri Kesihatan Malaysia | |
Dalam jawatan 3 Disember 2022 – 12 Disember 2023 | |
Raja | ![]() ![]() |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Sekijang, Johor | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Majoriti | 1,734 (PRU-15) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Johor Bahru, Johor, Malaysia | 28 Jun 1964
Parti politik | ![]() |
Gabungan politik lain | ![]() |
Pasangan | Dr. Ahmad Adzlan Musa |
Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia (MD) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Doktor |
Kabinet | Kabinet Malaysia 2022 |
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa (زاليها بنت مصطفى; lahir 28 Jun 1964) ialah seorang ahli politik Malaysia dan Menteri dalam Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri ke-10, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sejak Disember 2022. Beliau kini berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan merupakan wanita pertama yang memegang portfolio ini. Dr. Zaliha juga merupakan Ahli Parlimen Sekijang bagi penggal pertama sejak Pilihan Raya Umum ke-15.
Sebelum ini, beliau mencipta sejarah sebagai Menteri Kesihatan wanita pertama Malaysia, berkhidmat dari Disember 2022 sehingga rombakan kabinet pada Disember 2023. Dalam pentadbiran sebelum ini, beliau pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, ketika kerajaan dipimpin oleh Perdana Menteri ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Dr. Zaliha merupakan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), komponen utama dalam gabungan Pakatan Harapan (PH), dan telah memegang pelbagai jawatan penting dalam parti, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) (2018–2020), Pengetua Akademi Keadilan (2009), Naib Ketua Wanita PKR (2007–2009), serta Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Johor (2005–2007).
Kerjaya politik
Menteri Kesihatan (2022-2023)
Pada 2 Disember 2022, Zaliha diumumkan sebagai Menteri Kesihatan baharu oleh Perdana Menteri Anwar untuk berkhidmat dalam kabinetnya. Beliau mencipta sejarah sebagai Menteri Kesihatan wanita pertama.[1] Pendahulunya Khairy Jamaluddin mengucapkan tahniah kepada beliau atas pelantikannya.[2] Keesokan harinya pada 3 Disember 2022, beliau secara rasmi memegang jawatan selepas mengangkat sumpah.[3]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) (2023 - kini)
Pada Rombakan Kabinet pertama Kerajaan Perpaduan MADANI pada 12 Disember 2023, YB Dr. Zaliha telah diumumkan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang baharu.
Keputusan pilihan raya
Parlimen
Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Sekijang | Zaliha Mustafa | PH (PKR) | 18,941 | Md Salleheen Mohamad | BN (UMNO) | 17,207 | 48,237 |
Uzzair Ismail | PN (BERSATU) | 11,612 | ||||||
Mohd Zohar Ahmad | WARISAN | 339 | ||||||
Mohd Saiful Faizal Abdul Halim | PEJUANG | 138 | ||||||
2008 | Gelang Patah | Zaliha Mustafa | PKR | 24,779 | Tan Ah Eng | BN (MCA) | 33,630 | 8,851 |
Dewan Undangan Negeri (DUN)
Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Tanjong Puteri | Zaliha Mustafa | PKR | 6,515 | Ali Mohamed | BN (UMNO) | 26,191 | 19,676 |
Penghargaan
Wilayah Persekutuan
Seri Mahkota Wilayah (SMW) - Datuk Seri (2025) [4]
Rujukan
- ^ "Dr. Zaliha jadi Menteri Kesihatan". Utusan Malaysia. 2 Disember 2022. Dicapai pada 4 Disember 2022.
- ^ "Khairy congratulates newly-appointed successor, hopes she will uphold excellent public health system". The Star. 2 Disember 2022. Dicapai pada 4 Disember 2022.
- ^ "Health Minister to oversee public health issues, healthcare services and facilities". The Star. 3 Disember 2022. Dicapai pada 4 Disember 2022.
- ^ https://www.kosmo.com.my/2025/03/07/dr-zaliha-fahmi-dikurniakan-darjah-kebesaran/
- Tunas ahli politik Malaysia
- Kelahiran 1964
- Orang dari Johor
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15
- Ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu
- Orang hidup
- Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia
- Anggota wanita Parti Keadilan Rakyat
- Doktor perubatan wanita Malaysia
- Orang dari Johor Bahru
- Menteri kerajaan wanita Malaysia
- Menteri kesihatan Malaysia
- Ahli wanita Dewan Rakyat Malaysia