Mohd Najwan Halimi | |
---|---|
نجوان حليمي | |
![]() | |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Pembangunan Belia & Sukan, Pemerkasaan Usahawan & Ekonomi Kreatif dan Pengurusan Bencana) | |
Menyandang jawatan 21 Ogos 2023 | |
Raja | Sultan Sharafuddin Idris Shah |
Menteri Besar | Amirudin Shari |
Didahului oleh | Mohd Khairuddin Othman (Belia dan Sukan) Rodziah Ismail (Keusahawanan) Portfolio ditubuhkan (Pemerkasaan Ekonomi Kreatif) Amirudin Shari (Pengurusan Bencana) |
Kawasan pilihan raya | Kota Anggerik |
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Kota Anggerik | |
Menyandang jawatan 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Yaakob Sapari (PR–PKR) |
Majoriti | 17,004 (2018) 10,834 (2023) |
Ketua Cawangan Parti Keadilan Rakyat Shah Alam | |
Menyandang jawatan 13 April 2025 | |
Presiden | Anwar Ibrahim |
Pengerusi Negeri | Amirudin Shari |
Didahului oleh | Rodziah Ismail |
Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor | |
Dalam jawatan 9 Januari 2019 – 28 Jun 2021 | |
Presiden | Anwar Ibrahim |
Pengerusi Negeri | Amirudin Shari |
Didahului oleh | Afzainizam Abd Rahman |
Digantikan oleh | Chua Wei Kiat |
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Selangor | |
2018 – | Pakatan Harapan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mohd Najwan bin Halimi 8 Mei 1985 ![]() ![]() |
Parti politik | Parti Keadilan Rakyat (PKR) (2010–kini) |
Gabungan politik lain | Pakatan Rakyat (PR) (2010–2015) Pakatan Harapan (PH) (2015–kini) |
Pasangan |
|
Anak | 3 |
Tempat belajar | Universiti Tenaga Nasional Universiti Putra Malaysia |
Laman web | laman rasmi |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | ![]() |
Cawangan | ![]() ![]() |
Tahun perkhidmatan | 2015 – kini |
Pangkat | Prebet |
Unit | Rejimen AW 502 |
Mohd Najwan bin Halimi (Jawi: نجوان حليمي; lahir 8 Mei 1985) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) dalam pentadbiran negeri Pakatan Harapan (PH) di bawah Menteri Besar Amirudin Shari sejak Ogos 2023 serta Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi Kota Anggerik sejak Mei 2018. Beliau merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen dalam gabungan PH. Beliau kini merupakan Ketua Cabang PKR Shah Alam dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Selangor dari Januari 2019 hingga Jun 2021. Najwan merupakan salah seorang saksi pembela yang dipanggil oleh Mahkamah Tinggi Malaysia dalam perbicaraan liwat kedua Anwar Ibrahim.[1]
Latar belakang peribadi

Beliau dibesarkan di Shah Alam dan Subang Jaya, Selangor. Beliau menerima pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Raja Muda di Shah Alam dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor di Hulu Selangor. Beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Tenaga Nasional dan bergraduasi dengan ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan mekanikal. Semasa di universiti, beliau aktif dalam aktivisme mahasiswa dan dikenali sebagai penulis yang berbakat serta pemimpin pelajar yang lantang bersuara.
Selepas menamatkan pengajian, Najwan menyertai Pegawai Tadbir dan Diplomatik[2] dan berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Pengangkutan.
Pada tahun 2015, Najwan menyertai Rejimen Askar Wataniah sebagai anggota simpanan selepas menamatkan latihan selama sebulan pada Jun 2015.
Kerjaya politik
Pada tahun 2010, Najwan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Ketua Penerangan sayap pemuda parti tersebut. Semasa Pilihan Raya Umum ke-13, Najwan dilihat giat berkempen untuk Penasihat PKR, Anwar Ibrahim bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang. Pada tahun 2014, Najwan merupakan salah seorang calon Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kelana Jaya dalam pemilihan parti PKR.
Pada tahun 2018, Najwan memenangi percubaan pertamanya dalam kempen pilihan raya apabila berjaya merebut kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Kota Anggerik pada Pilihan raya negeri Selangor 2018, yang turut membantu kemenangan Pakatan Harapan (PH) menewaskan Barisan Nasional (BN) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Najwan menewaskan calon PAS, Ahmad Dusuki Abd Rani dan calon BN, Jumaeah Masdi dengan majoriti sebanyak 17,004 undi.
Kontroversi

Pada tahun 2012, sehelai bendera yang direka oleh Najwan pada tahun 2007 bernama Sang Saka Malaya telah dibawa oleh para penyokong Himpunan Janji Demokrasi dengan reka bentuk bendera berwarna merah dan putih bersama bulan sabit dan bintang bercambah 11 di malam sambutan kemerdekaan Malaysia. Bendera tersebut menjadi titik utama dalam kontroversi berkaitan bendera kebangsaan pada tahun 2012.[3]
Pada Julai 2023, satu tangkap layar perbualan kumpulan WhatsApp tular menunjukkan Najwan berkongsi laporan berita mengenai calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Meru, Sivaranjani Manickam, bagi Pilihan Raya Negeri 2023 dan memberikan komen bahawa parti tersebut ialah "parti estet India". Najwan kemudiannya memohon maaf atas kenyataan tersebut dan menyatakan bahawa beliau bukan seorang yang rasis.[4]
Perbicaraan Liwat Anwar Ibrahim
Pada tahun 2011, Najwan telah dipanggil oleh Mahkamah Malaysia sebagai saksi pembela dalam perbicaraan liwat kedua Anwar Ibrahim berikutan hubungannya sebelum ini dengan Saiful Bukhari Azlan. Menurut beliau, Saiful merupakan rakan seangkatan semasa belajar di UNITEN dan kedua-dua mereka mempunyai hubungan rapat serta berkongsi minat yang sama dalam politik. Berdasarkan laporan Free Malaysia Today,[1] Najwan memberi keterangan bahawa Saiful merupakan penyokong tegar Barisan Nasional dan kerajaan serta pernah meluahkan rasa tidak sukanya terhadap Anwar Ibrahim. Beliau juga menyatakan bahawa Saiful, walaupun mempunyai prinsip, cenderung untuk mencari perhatian dan publisiti. Najwan turut menyatakan bahawa beliau terkejut apabila mengetahui bahawa Saiful diterima masuk ke pejabat Anwar sebagai setiausaha peribadi. Dalam satu temu bual bersama BBC, Najwan mencadangkan bahawa Saiful Bukhari mungkin merupakan 'tanaman' untuk mensabotaj reputasi bekas ketua pembangkang tersebut.
Kerjaya
Selepas tamat pengajian, Najwan memulakan kerjayanya sebagai pentadbir di sebuah kementerian persekutuan sebelum berkhidmat bersama Ketua Pembangkang ketika itu, Anwar Ibrahim. Penempatannya di Pejabat Ketua Pembangkang berlangsung selama empat tahun. Sepanjang tempoh tersebut, Najwan merupakan antara pegawai yang bertanggungjawab mengatur jadual harian dan temu janji penting Anwar Ibrahim. Pada tahun 2015, Najwan dilantik sebagai Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Selangor, bertanggungjawab dalam portfolio pembangunan belia.[5] Beliau memainkan peranan penting dalam penyertaan Selangor dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 di Sarawak. Pada akhir temasya SUKMA tersebut, Selangor muncul sebagai juara keseluruhan dengan kutipan 59 pingat emas, 73 perak dan 64 gangsa.[6]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | N40 Kota Anggerik | Mohd Najwan Halimi (PKR) | 26,947 | 58.81% | Jumaeah Masdi (UMNO) | 8,924 | 19.48% | 45,814 | 17,004 | 88.55% | ||
Ahmad Dusuki Abd Rani (PAS) | 9,943 | 21.70% | ||||||||||
2023 | Mohd Najwan Halimi (PKR) | 38,470 | 55.97% | Mohamed Sukri Omar (PAS) | 27,636 | 40.21% | 68,737 | 10,834 | 72.27% | |||
Azab Akbar Khan (MUDA) | 2,631 | 3.83% |
Rujukan
- ^ a b Free Malaysia Today
- ^ "Biro Profesional ASTRA: The Malaysian Administrative and Diplomatic Service". 30 June 2012.
- ^ AsiaOne.com
- ^ "PKR's Najwan apologises for racial slur against PSM in message". The Star (dalam bahasa Inggeris). 15 Jul 2023. Dicapai pada 2023-07-15.
- ^ "Majlis Sukan Negeri Selangor". Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2017. Dicapai pada 9 Februari 2017.
- ^ "Red-hot Selangor are Sukma overall champions".
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15". Dicapai pada 5 Oktober 2023.