Team Wawasan terbentuk daripada satu kumpulan atau pakatan politik dalaman yang diketuai oleh Anwar Ibrahim dalam Pemilihan UMNO 1993 yang memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO tanpa bertanding oleh sebab Ghafar Baba menarik diri. Ia juga terdiri daripada individu seperti Muhyiddin Yassin, Najib Razak dan Muhammad Haji Muhd Taib yang mana mereka telah memenangi jawatan Naib Presiden UMNO. Team Wawasan dikaitkan dengan Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Mahathir Mohamad yang ketika itu sebagai Presiden UMNO.[1]