Yang di-Pertua Dewan Negara | |
---|---|
يڠ دڤرتوا ديوان نڬارا | |
Dewan Negara | |
Gelaran | Tuan Yang di-Pertua (rasmi) Tuan Speaker (tidak rasmi dan di dalam Dewan) |
Lapor kepada | Dewan Negara |
Bidang kuasa | Dewan Negara |
Dilantik oleh | Dipilih oleh ahli-ahli Dewan Negara |
Tempoh jawatan | Dipilih jika terdapat kekosongan |
Surat cara pembentukan | Perlembagaan Persekutuan Malaysia |
Penjawat sulung | Abdul Rahman Mohamed Yassin |
Dibentuk | 1959 |
Timbalan/naib | Nur Jazlan Mohamed |
Gaji | RM362,000 setahun |
Tapak web | Parlimen Malaysia |
sunting · sunting di Wikidata |
Negara Anggota ASEAN |
Portal Malaysia |
Yang di-Pertua Dewan Negara (Tulisan Jawi: يڠ دڤرتوا ديوان نڬارا) ialah pegawai pengerusi bagi Dewan Negara, dewan pertuanan bagi Parlimen Malaysia. Jawatan ini diwujudkan di bawah Perkara 56 Perlembagaan Persekutuan.
Jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara ini serupa dengan jawatan pegawai pengerusi di Dewan Rakyat, di mana ia dipilih dalam kalangan ahli-ahli Dewan (juga dikenali sebagai senator) dan dianggap tidak memihak kepada mana-mana parti politik. Jika seseorang ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu juga merupakan seorang senator dan dipilih untuk memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua, beliau perlulah meletak jawatan sebagai ADUN.[1]
Yang di-Pertua Dewan Negara yang terkini belum ada penyandang. Mengikut kebiasaan, Yang di-Pertua akan dipanggil sebagai "Tuan Yang di-Pertua" atau "Tan Sri Yang di-Pertua".
Tanggungjawab
Sebagai seorang pegawai pengerusi, Yang di-Pertua Dewan Negara bertanggungjawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan licin. Ia juga menjadi tugas Yang di-Pertua untuk memastikan perbahasan mempunyai kaitan dengan perkara yang dibahaskan dan membuat keputusan mengenai Peraturan-peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan.[2]
Senarai Yang di-Pertua
Yang di-Pertua | Tempoh perkhidmatan | Parlimen | ||
---|---|---|---|---|
1 | Dato' Haji Abdul Rahman Mohamed Yassin | 11 September 1959 | 31 Disember 1969 | Pertama, ke-2 |
2 | Tun Syed Sheh Hassan Barakbah | 27 Januari 1969 | 05 Februari 1969 | Ke-2 |
3 | Tan Sri Dato' Haji Mohamed Noah Omar | 24 Februari 1969 | 28 Julai 1970 | Ke-2 |
4 | Tan Sri Haji Abdul Hamid Khan Haji Sakhawat Ali Khan | 20 Februari 1971 | 22 Februari 1973 | Ke-3 |
5 | Tun Haji Omar Ong Yoke Lin | 23 Februari 1973 | 31 Disember 1980 | Ke-3, ke-4, ke-5 |
6 | Tan Sri Ismail Khan | 05 Januari 1981 | 13 April 1985 | Ke-5, ke-6 |
7 | Tan Sri Datuk Seri Panglima Benedict Stephens | 15 April 1985 | 11 April 1988 | Ke-6, ke-7 |
8 | Tan Sri Dato' Sri Abang Haji Ahmad Urai Datuk Hakim Abang Haji Mohideen | 11 Julai 1988 | 09 Julai 1990 | Ke-7 |
9 | Tan Sri Dato' Chan Choong Tak | 17 Disember 1990 | 31 Mac 1992 | Ke-8 |
10 | Tan Sri Dato' Vadiveloo a/l Govindasamy | 13 April 1992 | 12 Jun 1995 | Ke-8 |
11 | Tan Sri Dato' Sri Adam Kadir | 13 Jun 1995 | 02 Disember 1997 | Ke-9 |
12 | Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Ya'acob | 10 Disember 1997 | 05 Disember 2000 | Ke-9, ke-10 |
13 | Tun Michael Chen Wing Sum | 07 Disember 2000 | 11 April 2003 | Ke-10 |
14 | Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh | 07 Julai 2003 | 06 Julai 2009 | Ke-10, ke-11, ke-12 |
15 | Tan Sri Dato' Ir. Wong Foon Meng | 07 Julai 2009 | 12 April 2010 | Ke-12 |
16 | Tan Sri Abu Zahar Ujang | 26 April 2010 | 25 April 2016 | Ke-12, ke-13 |
17 | Tan Sri Dato' Sri SA. Vigneswaran | 26 April 2016 | 22 Jun 2020 | Ke-13, Ke-14 |
18 | Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim | 02 September 2020 | 16 Jun 2023 | Ke-14,
Ke-15 |
19 | Tun Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar | 19 Jun 2023 | 19 Januari 2024 | Ke-15 |
20 | Datuk Mutang Tagal | 19 Febuari 2024 | 10 Mei 2024 | |
21 | Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah | 22 Julai 2024 | kini |
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Perlembagaan Persekutuan: Perkara 56. Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara". jpapencen.gov.my. Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam. Dicapai pada 31 Mei 2018.[arkib]
- ^ "Laman Utama » Dewan Negara » Yang di-Pertua". parlimen.gov.my. Parlimen Malaysia. Dicapai pada 31 Mei 2018.[arkib]