Danial Al Rashid Haron Aminar Rashid | |
---|---|
دانيال الرشيد هارون أمين الرشيد | |
Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara | |
Menyandang jawatan 17 Disember 2023 | |
Presiden | Mohamad Sabu |
Ketua Pemuda | Mohd Hasbie Muda |
Didahului oleh | Muhammad Taqiuddin Cheman |
Ketua Pemuda Parti Amanah Negara Negeri Selangor | |
Dalam jawatan 2019–2023 | |
Presiden | Mohamad Sabu |
Penegrusi Negeri | Izham Hashim |
Ketua Pemuda Kebangsaan | Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim (2019–2020) Shazni Munir Mohd Ithnin (2020–2021) Mohd Hasbie Muda (2021–2023) |
Didahului oleh | Abbas Salimi Azmi |
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Batu Tiga | |
Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Rodziah Ismail (PH–PKR) |
Majoriti | 3,382 (2023) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Danial Al Rashid bin Haron Aminar Rashid 11 September 1985 ![]() ![]() |
Kerakyatan | ![]() |
Parti politik | Parti Amanah Negara (AMANAH) |
Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) |
Pasangan | Zatil Arifah Mohd Amin |
Anak | 4 |
Ibu bapa | Harun Salim Bachik (bapa) Martina Ahmad (ibu) Suriati Mohd Noor (ibu tiri) |
Kediaman | ![]() ![]() |
Tempat belajar | Universiti Teknologi MARA, Perlis (Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Matematik) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Danial Al Rashid bin Haron Aminar Rashid (lahir 11 September 1985) merupakan seorang ahli politik di Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi Batu Tiga sejak Ogos 2023. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) dan bekas ADUN Seri Serdang Siti Mariah Mahmud, Ketua Bahagian Kanak-kanak Istimewa Selangor (ANIS) dan Ketua Bahagian Warisan Kanak-kanak Selangor dari 2020 hingga 2023 serta Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dari Ogos 2018 hingga Disember 2020. Beliau merupakan ahli Parti Amanah Negara (AMANAH), sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH). Beliau juga telah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pemuda AMANAH sejak Disember 2023 dan Ketua Pemuda PH dan AMANAH Selangor dari 2019 hingga 2023. Beliau ialah anak kedua kepada bekas pelakon dan pelawak Harun Salim Bachik.[1]
Kehidupan awal dan keluarga
Danial Al Rashid dilahirkan sebagai anak kedua kepada pelakon dan pelawak popular Harun Salim Bachik yang sering muncul dalam pelbagai drama televisyen tempatan sebagai bapa, dan isteri pertamanya, Martinah Ahmad sebagai ibu, di Kuala Lumpur, Malaysia pada 11 September 1986. Danial Al Rashid menggambarkan bapanya sebagai seorang yang menyokong pilihan kerjayanya walaupun berbeza daripada adik-beradiknya yang lebih cenderung mengikut jejak langkah bapanya.[2]
Pendidikan
Danial Al Rashid merupakan graduan Universiti Teknologi MARA, Perlis (UiTM Perlis) dengan ijazah sarjana muda dalam Pengurusan Matematik pada tahun 2008. Beliau juga telah membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di Universiti Selangor (UNISEL) dalam bidang Pendidikan Khas selepas tiga tahun melaksanakan tugasan berkaitan komuniti semasa tempoh perkhidmatannya sebagai Ketua Selangor Special Children Department (ANIS).
Kerjaya
Danial Al Rashid telah berkhidmat dalam sektor perkhidmatan awam, kerajaan, pendidikan dan kebajikan sosial selama lebih 15 tahun. Sebagai Ketua ANIS, sebuah agensi kerajaan negeri yang menumpukan kepada kebajikan dan pemerkasaan pelajar berkeperluan khas dari tahun 2020 hingga 2023, Danial Al Rashid menguruskan bantuan serta program pembangunan dan inisiatif untuk kanak-kanak istimewa dan orang kurang upaya (OKU) di Selangor dengan peruntukan belanjawan sebanyak RM4 juta setahun, serta memastikan pelaksanaan program kebajikan dan pemerkasaan kepada pihak berkepentingan. Di bawah kepimpinannya, ANIS telah memperkenalkan beberapa inisiatif inovatif termasuk Pusat Sokongan Pendidikan ANIS dan Pusat Prasekolah ANIS.
Selain ANIS, Danial Al Rashid juga aktif dalam Majlis Tindakan OKU Selangor (MTOS), di mana beliau berkhidmat sebagai ahli jawatankuasa dan Ketua Jawatankuasa Advokasi. Di MTOS, beliau telah merangka dan melaksanakan dasar bagi meningkatkan kesedaran awam serta mewujudkan kerjasama demi manfaat komuniti OKU di Selangor.
Dalam bidang pendidikan, Danial Al Rashid merupakan Profesor Madya Adjung di School of Liberal Arts and Sciences, Universiti Taylor sejak tahun 2022 dan Felo Penyelidik Luar di Institut Kajian Pilihan Raya dan Kemajuan Demokrasi (ISEAD) di Universiti Selangor (UNISEL).
Kerjaya politik
Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (2018–2020)
Sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Ahli Majlis Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), beliau merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat serta ahli pelbagai jawatankuasa yang merangkumi portfolio seperti kewangan, pelesenan, pelaburan, perdagangan, perancangan dan pendengaran bantahan, pentadbiran, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta pembangunan wanita dan keluarga. Selain terlibat dalam pelbagai jawatankuasa, beliau juga turut menyertai Bengkel Belanjawan dan Mesyuarat Semakan MBSA pada tahun 2018, 2019 dan 2022. Beliau turut memberikan pandangan dan maklum balas terhadap peruntukan belanjawan dan perancangan berdasarkan keperluan serta keutamaan rakyat di Shah Alam.
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (sejak 2023)
Pilihan raya negeri Selangor 2023
Dalam pilihan raya negeri Selangor 2023, Danial Al Rashid membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya apabila dicalonkan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di kerusi negeri Batu Tiga. Danial Al Rashid memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga untuk penggal pertama selepas menewaskan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun daripada Perikatan Nasional (PN) dan Syaidiyah Izzati Nur Razak Maideen @ Cheda Razak daripada Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dengan majoriti sebanyak 3,382 undi.
Semasa tempoh berkempen dalam pilihan raya negeri tersebut, Danial Al Rashid, sebagai anak kepada pelakon dan pelawak popular Harun Salim, telah menegaskan bahawa beliau tidak akan menggunakan populariti bapanya untuk meraih sokongan. Beliau juga enggan melabelkan dirinya sebagai calon ‘underdog’ meskipun terpaksa menentang tokoh politik ternama seperti Rina yang pernah memegang jawatan Menteri Kabinet. Beliau turut membandingkan kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dengan kerajaan Persekutuan yang ketika itu diterajui oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, dan menyatakan bahawa kerajaan negeri lebih memuaskan dari segi kepuasan rakyat dan capaian inisiatif yang dilaksanakan.
Sebagai ADUN Batu Tiga, beliau telah terlibat dalam aktiviti perundangan dan penggubalan dasar di peringkat negeri serta menyumbang dalam merangka dan menilai belanjawan negeri. Beliau juga berikrar untuk meningkatkan penglibatan awam dalam kemajuan kawasan Batu Tiga dengan mengambil kira kepentingan para pemegang taruh dalam setiap projek pembangunan kemudahan asas dan infrastruktur awam yang dicadangkan bagi menjamin kelestariannya. Selain itu, beliau berjanji untuk menggalakkan peluang pekerjaan yang relevan supaya rakyat Batu Tiga boleh terus maju serta menyumbang kepada keluarga dan komuniti. Beliau juga berhasrat untuk memberi tumpuan lebih besar kepada wanita dengan memperkukuh penglibatan sosial mereka melalui program-program kerajaan negeri Selangor, dan menekankan kepentingan membawa golongan belia ke dalam proses pembangunan. Berkaitan dengan ekonomi gig, beliau menekankan keperluan latihan dan pemerkasaan golongan pekerja bebas dan freelancer dengan kemahiran baharu agar mereka dapat memperoleh peluang pekerjaan yang lebih baik serta mentransformasikan pasaran buruh tempatan. Dalam perkara ini, beliau turut menekankan peluang untuk menyelaraskan ekonomi gig dengan industri setempat di Batu Tiga bagi meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos.[3]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2023 | N41 Batu Tiga | Danial Al Rashid Haron Aminar Rashid (AMANAH) | 29,064 | 51.30% | Rina Harun (BERSATU) | 25,682 | 45.33% | 56,654 | 3,382 | 75.05% | ||
Syaidiyah Izzati Nur Razak Maideen @ Cheda Razak (MUDA) | 1,908 | 3.37% |
Rujukan
- ^ "Mohd Hasbie remains Amanah Youth chief, Danial Al-Rashid elected deputy chief". The Star. 17 Disember 2023. Dicapai pada 11 Januari 2024.
- ^ "State polls: Pakatan's Batu Tiga candidate not banking on father's popularity". The Star. 31 Julai 2023. Dicapai pada 11 Januari 2024.
- ^ "State polls: Amanah's Danial aims to increase public involvement in Batu Tiga's progress". The Star. 9 Ogos 2023. Dicapai pada 11 Januari 2024.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15". Dicapai pada 5 Oktober 2023.