Yang Berhormat Tuan Syahredzan Johan MP | |
---|---|
شهريزن جوهن | |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Bangi, Selangor | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Ong Kian Ming |
Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat Parti Tindakan Demokratik | |
Memegang jawatan 2022 | |
Pengerusi | Lim Guan Eng |
Setiausaha Agung | Loke Siew Fook |
Butiran peribadi | |
Lahir | Petaling Jaya, Selangor, Malaysia | 10 Jun 1983
Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) |
Sekutu gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) |
Bapa | Johan Jaafar |
Pekerjaan | Ahli politik |
Profesion | Peguam |
Yang Berhormat Tuan Syahredzan Johan (lahir 10 Jun 1983) ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat Parti Tindakan Demokratik (DAP).[1]
Latar belakang
Syahredzan Johan dilahirkan di Selangor dan merupakan anak kepada Tan Sri Johan Jaafar bekas Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia.
Kerjaya
Peguam
Beliau adalah lulusan bidang perundangan dari Cardiff University, United Kingdom pada tahun 2005 sebelum dipanggil ke Majlis Peguam England dan Wales.[2] Beliau kembali ke tanah air pada 2006 untuk berkhidmat bersama firma Ram Caroline Sha & Syah. Beliau diperakui sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaysia pada 5 Oktober 2007.[2] Syahredzan merupakan rakan kongsi dalam firma Ram Caroline Sha & Syah sejak tahun 2010.[2]
Politik
Selepas kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 2018, beliau telah dilantik sebagai setiausaha politik kepada Lim Kit Siang. Beliau dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Keselamatan Pakatan Harapan pada tahun 2021. Beliau bersama- sama menubuhkan Cawangan DAP Pusat Bandar Shah Alam sekaligus menjadi Pengerusi Penaja pada tahun 2022. Dengan pelantikan sebaga Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP,[3] beliau diberikan tanggungjawab sebagai Pengerusi Biro Media Sosial DAP.[4]
Penghargaan
Beliau pernah menerima anugerah The Edge Inspiring Young Leaders Awards 2017 atas penglibatannya sebagai peguam aktivis yang memperjuangkan pendidikan Perlembagaan Malaysia kepada masyarakat melalui kempen MYConstitution,[5]
Beliau juga dipilh sebagai salah seorang Prestige's Malaysia Top 40 Under 40 pada tahun 2018.[6]
Pada tahun 2019, Tatler Asia menyenaraikan beliau dalam Gen.T kategori Kerajaan, Khidmat Masyarakat dan Undang-undang atas usahanya mendekatkan undang-undang dengan masyarakat.[7]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan | Undi | Peratusan | Lawan | Undi | Peratusan | Jumlah undian | Majoriti | Keluar mengundi | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | P102 Bangi, Selangor | Syahredzan Johan (PH-DAP) | 141,568 | 57.95% | Muhammad Nazrul Hakim Md. Nazir (PN-PAS) | 71,867 | 29.42% | 244,291 | 69,701 | 80.51% | ||
Hoh Hee Lee (BN-MCA) | 25,685 | 10.51% | ||||||||||
Annuar Salleh (PEJUANG) | 3,148 | 1.29% | ||||||||||
Chee Chee Meng (PRM) | 752 | 0.31% | ||||||||||
Jamal Hisham Hashim (Bebas) | 676 | 0.28% | ||||||||||
Muhammad Fauzi Hasim (Bebas) | 401 | 0.16% | ||||||||||
M Suthan (Bebas) | 194 | 0.08% |
Rujukan
- ^ https://dapmalaysia.org/parti/pimpinan/Jawatankuasa-Tertinggi-Pusat/
- ^ a b c https://www.astroawani.com/berita-politik/peguam-syahredzan-johan-dilantik-sebagai-setiausaha-politik-lim-kit-siang-177729
- ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/03/20/whos-who-in-new-dap-leadership-lineup/
- ^ https://sumberkini.my/aktif-di-twitter-syahredzan-ketuai-biro-media-sosial-dap/
- ^ https://www.theedgemarkets.com/article/edge-inspiring-young-leaders-awards-2017-syahredzan-johan-%E2%80%93-civil-liberties-lawyer
- ^ https://www.prestigeonline.com/id/prestige-40-under-40/syahredzan-johan/
- ^ https://generationt.asia/people/syahredzan-johan