| Persatuan Cina Malaysia | |||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Tulisan Cina Tradisional | 馬來西亞華人公會 | ||||||||||||||||||
| Tulisan Cina Ringkas | 马来西亚华人公会 | ||||||||||||||||||
| Hanyu Pinyin | Mǎláixīyà Huárén Gōnghuì | ||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
Persatuan Cina Malaysia (bahasa Inggeris: Malaysian Chinese Association, Cina: 马来西亚华人公会, akronim: MCA) adalah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden Wee Ka Siong. MCA merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang merupakan sebahagian daripada gabungan parti pemerintah bagi kerajaan persekutuan bersama Pakatan Harapan (PH), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti-parti lain yang dan merupakan parti pemerintah bagi kerajaan negeri Melaka dan Johor. Setiausaha Agung MCA ialah Chong Sin Woon. Ketua Pemuda MCA ialah Ling Tian Soon manakala Ketua Wanita MCA pula ialah Wong You Fong.
Parti ini mendapat asasnya daripada gerakan Kuomintang yang bertapak di Tanah Melayu British sekitar tahun 1930-an[1] melawan Parti Komunis Malaya seiringan perjuangan parti tersebut dipegang Republik China yang mahu merampas kuasa ke atas Tanah Besar China dari Parti Komunis China.[2] Ia ditubuhkan secara rasminya pada 24 Februari 1949 dengan galakan Pentadbiran Tentera British yang mendokong gagasan pendirian anti-radikalnya yang alternatif pada ketika itu.[3]
Sejarah
Latar belakang sebelum penubuhan
Penglibatan persatuan Cina dalam penubuhan MCA
1969-1985
1985-2003

Pada tahun 2002, pemilihan parti yang dipelan telah dibatalkan, Ling Liong Sik dan Lim Ah Lek telah meletakan jawatan parti masing-masing dan diambil alih oleh anak buah masing-masing.
2003–2008
2008–2018
2018–Kini
Simbol Parti
Bendera Parti
Bendera parti mengandungi bintang 14 bucu berwarna kuning yang berada di atas latar biru gelap. Di bawah merupakan kod warna untuk bendera parti.
Matlamat dan Objektif Parti
- Melindungi dan mempertahankan kebebasan dan kedaulatan Malaysia;
- Melindungi dan memartabatkan Perlembangaan Persekutuan;
- Memartabatkan dan melindungi sistem kerajaan berparlimen demokratik berdasarkan dasar pelbagai kaum
- Menjamin dan mengekalkan penguatkuasaan hak asasi manusia, membetulkan ketidakadilan dan membantu golongan yang kurang bernasib baik;
- Untuk memastikan hak dan kepentingan kaum Cina di Malaysia diiktiraf dan dijaga, bersama-sama dengan hak dan kepentingan kaum-kaum lain sepertimana yang diperuntukkan/terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan;
- Mengekalkan, memelihara dan menggalakkan sikap muhibah dan harmoni di kalangan rakyat pelbagai kaum di Malaysia untuk memastikan kemajuan yang aman serta pertumbuhan sebuah negara yang kuat dan bersatu;
- Memupuk, melindungi, dan membangunkan kepentingan politik, sosial, pendidikan, kebudayaan, ekonomi dan lain-lain kaum Cina di Malaysia dengan cara yang sah dan berperlembagaan;
- Mempertimbangkan dan membantu ahli-ahli parti menangani masalah secara menyeluruh, dan mengambil langkah untuk memastikan kebajikan mereka;
- Mengalakkan pembangunan dan penggunaan asset ekonomi negara untuk memanfaatkan rakyat;
- Mengalakkan taraf hidup yang tinggi dengan meningkatkan produktiviti negara;
- Mengalakkan keadilan sosial, keselamatan ekonomi dan peluang yang sama bagi semua rakyat;
- Mengalakkan, menubuhkan dan membangunkan aktiviti-aktiviti koperasi/ yang membangunkan sifat bekerjasama
- Berkerja dengan parti politik di Malaysia yang mempunyai matlamat dan objektif yang sama untuk mengalakkan perkembangan politik yang sihat;
- Memelihara dan menjaga pengunaan dan pembelajaran Bahasa Cina, dan memastikan bahawa pengajaran dan pembelajaraannya tidak akan dilarang atau dihalang sepertimana terkandung di bawah Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan;
- Melakukan tindakan yang sewajarnya untuk memastikan kesejahteran parti dan ahli-ahlinya walaupun ia yang tidak disebut sebelum ini.
Falsafah Politik Parti
Ideologi politik MCA terkandung di dalam Perlembagaan Parti, iaitu secara ringkasnya:
- Memelihara dan menjaga kebebasan demokrasi
- Berusaha mencapai kesaksamaan untuk semua kaum
- Menegakkan keadilan sosial
- Menggalakkan keharmonian dan perpaduan
- Menggalakkan pembangunan ekonomi dan sosial
- Melindungi hak masyarakat Cina
Lagu Parti
| Cina (Ringkas) | Cina (Tradisional) | Melayu |
|---|---|---|
| 马华是民族先锋,我们是国家栋梁
煌煌的党训在维护宪法民主自由 爱国的天职更鼓舞我们共同奋勇前进 同心协力,刻苦坚韧 披荆斩棘,团结一致 朝向这神圣目标,争取公平社会实现 |
馬華是民族先鋒,我們是國家棟樑
煌煌的黨訓在維護憲法民主自由 愛國的天職更鼓舞我們共同奮勇前進 同心協力,刻苦堅韌 披荊斬棘,團結一致 朝向這神聖目標,爭取公平社會實現 |
MCA peneraju bangsa,
dan kami adalah tonggak pembangunan negara, Teras parti adalah untuk tekad memelihara Perlembagaan dan Demokrasi negara, Semarak semangat cintakan negara, Kami berusaha dan mara ke hadapan bersama-sama, Serentak senada dan bersemangat waja, Bersatu padu dalam mengharungi rintangan, Menuju visi untuk memperjuangkan masyarakat adil dan saksama |
Ikrar Parti
Kami, sebagai ahli MCA, berikrar untuk:
1) Berkhidmat kepada Parti dan Negara dengan penuh setia, Membina sebuah masyarakat yang adil;
2) Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan menjaga Kebebasan Demokrasi;
3) Mamatuhi Disiplin Parti, dan mempertahankan maruah MCA;
4) Mematuhi kepimpinan parti, dan Melaksanakan Halatuju Parti;
5) Menghormati dan Menyayangi saudara-saudari parti, dan Menguatkan Perpaduan;
6) Komited terhadap tindakan bersepadu untuk menyebarkan kebudayaan dan tradisi kita
7) Tidak menyerah kalah dalam pelaksanaan matlamat politik kami; dan,
8) Bersama-sama menggalakkan perpaduan negara dengan sepenuh hati.
Organisasi Parti
Presiden MCA
Presiden MCA merupakan pemimpin tertinggi bagi parti MCA.
| Nama | Tempoh perkhidmatan |
|---|---|
| Tun Tan Cheng Lock | 27 Februari 1949 - Mac 1958 |
| Tun Dr. Lim Chong Eu | Mac 1958 - Julai 1959 |
| Dr. Cheah Toon Lok | Julai 1959 to November 1961 (Pemangku) |
| Tun Tan Siew Sin | November 1961 - April 1974 |
| Tan Sri Lee San Choon | April 1974 - Mac 1983 |
| Datuk Dr. Neo Yee Pan | Mac 1983 - November 1985 (Pemangku) |
| Tan Sri Dr. Tan Koon Swan | November 1985 - September 1986 |
| Tun Dr. Ling Liong Sik | September 1986 - Mei 2003 |
| Tan Sri Ong Ka Ting | Mei 2003 - Oktober 2008 |
| Tan Seri Dato' Sri Ong Tee Keat | Oktober 2008 - 27 Mac 2010 |
| Tan Sri Dr. Chua Soi Lek | 28 Mac 2010 - 20 Disember 2013 |
| Tan Seri Dato' Seri Liow Tiong Lai | 21 Disember 2013 - 11 Mei 2018 |
| 12 Mei 2018 - 15 November 2018 | |
| Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong | 16 November 2018 - Kini |
Barisan Kepimpinan MCA 2023-2027

Barisan Kepimpinan MCA adalah seperti berikut:[4]
| Jawatan | Penyandang | Negeri | Bahagian |
|---|---|---|---|
| Presiden | Wee Ka Siong | Johor Bahru | |
| Timbalan Presiden | Mah Hang Soon | Tapah | |
| Setiausaha Agung | Chong Sin Woon | Seremban | |
| Naib Presiden | Wee Jeck Seng | Tanjung Piai | |
| Lim Ban Hong | Tangga Batu | ||
| Lawrence Low Ah Keong | Kota Raja | ||
| Tan Teik Cheng | Bukit Mertajam | ||
| Ling Tian Soon | Ayer Hitam | ||
| Wong You Fong | Pulai | ||
| Ketua Pemuda | Ling Tian Soon | Ayer Hitam | |
| Ketua Wanita | Wong You Fong | Pulai | |
| Bendahari Agung | Tan Tuan Peng | Pasir Gudang | |
| Setiausaha Organisasi Kebangsaan | Leaw Kok Chan | Seremban | |
| Timbalan Setiausaha Agung | Pamela Yong | Kota Kinabalu | |
| Timbalan Bendahari Agung | Adrian Lee Yin Chung | Kinabatangan | |
| Timbalan Setiausaha Organisasi | Kang Meng Fuat | Bentong | |
| Ahli Jawatankuasa Pusat (Dipilih) | Koh Nai Kwong | Alor Gajah | |
| Chua Hock Kuan | Kota Bharu | ||
| Monna Ong Siew Siew | Marang | ||
| Chris Lee Ching Yong | Bakri | ||
| Tan Chong | Labis | ||
| Tan Kok Eng | Kepong | ||
| Leong Kok Wee | Pandan | ||
| Chan Quin Er | Seputeh | ||
| Ooi Jing Ting | Beruas | ||
| Choong Shin Heng | Tapah | ||
| Quek Tai Seong | Indera Mahkota | ||
| Lee Ban Seng | Hulu Langat | ||
| Koh Chin Han | Jasin | ||
| Lu Yen Tung | Sepanggar | ||
| Lee Ting Han | Johor Bahru | ||
| Cally Ting Zhao Song | Gopeng | ||
| Tan Gim Tuan | Damansara | ||
| Lawrence Chiew Kai Heng | Subang | ||
| Saw Yee Fung | Raub | ||
| Chin Tung Leong | Padang Serai | ||
| Chua Thiong Gee | Sungai Petani | ||
| Woon Yong Teai | Kubang Pasu | ||
| Wong Tat Chee | Temerloh | ||
| Ahli Jawatankuasa (lantikan) | Pamela Yong | Kota Kinabalu | |
| Nicole Wong Siaw Ting | Seputeh | ||
| Mike Chong Yew Chuan | Wangsa Maju | ||
| Tee Hooi Ling | Klang |
Kepimpinan Jawatankuasa Perhubungan Negeri
Pada 31 Oktober 2023, Presiden MCA telah mengumumkan senarai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri.
| Negeri | Pengerusi | Ketua Pemuda | Ketua Wanita |
|---|---|---|---|
| YB Datuk Seri IR Dr. Wee Ka Siong | Wong You Fong | ||
| Sdr. Chua Thiong Gee | |||
| Sdr. Chua Hock Kuan | |||
| YB Datuk Wira Lim Ban Hong | |||
| Dato' Leaw Kok Chan | |||
| Datuk Chong Sin Woon | |||
| Datuk Tan Teik Cheng | |||
| Dato' Dr. Mah Hang Soon | |||
| Sdr. Chuah Tian Hee | |||
| Datuk IR Lawrence Low Ah Keong | Tan Jie Sen | Tee Hooi Ling | |
| Dato' Dr. Monna Ong Siew Siew | |||
| Datuk Teah Heok Kuin | Pamela Yong | ||
| YB Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng | Mike Chong Yew Chuan |
Pemuda MCA
Wanita MCA
Jawatankuasa, Biro, Jawatankuasa Khas
Jawatankuasa Hal Ehwal Ketenteraan
Jawatankuasa Hal Ehwal Ketenteraan MCA adalah satu jawatankuasa zaman Darurat yang telah dibatalkan, struktur adalah seperti Jawatankuasa Hal Ehwal Ketenteraan Kerajaan Nasionalis, kini telah diserapkan ke Kementerian Pertahanan Malaysia.
Wakil rakyat

Dewan Negara
Senator
Ahli-ahli Senator Malaysia tidak dipilih secara pilihanraya. Setiap daripada 13 dewan undangan negeri memilih dua Senator; baki 44 dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
| Lantikan | Ahli | Tempoh | Penggal | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| Koh Nai Kwong, YB Senator Datuk | 6 Mac 2024 - 5 Mac 2027 | Kedua | ||
| Ng Keng Heng, YB Senator Datuk | 24 September 2025 - 23 September 2026 | Pertama |
Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Malaysia
MCA mempunyai 2 orang Ahli Dewan Rakyat dari negeri Johor.
| Negeri | No | Kawasan Parlimen | Ahli | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| P148 | Ayer Hitam | Wee Ka Siong | ||
| P165 | Tanjung Piai | Wee Jeck Seng | ||
| Jumlah | Johor (2) | |||
Dewan Undangan Negeri
Ahli Dewan Undangan Negeri
MCA mempunyai 7 orang Ahli Dewan Undangan Negeri, satu di Perak, dua di Melaka dan empat di Johor.
| Negeri | No | Kawasan DUN | Ahli | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| N47 | Chenderiang | Choong Shin Heng | ||
| Lantikan | Wong Tat Chee | |||
| N08 | Machap Jaya | Ngwe Hee Sem | EXCO Negeri | |
| N14 | Kelebang | Lim Ban Hong | ||
| N06 | Bekok | Tan Chong | ||
| N19 | Yong Peng | Ling Tian Soon | EXCO Negeri | |
| N30 | Paloh | Lee Ting Han | EXCO Negeri | |
| N55 | Pekan Nanas | Tan Eng Meng | ||
| Jumlah | Perak (1), Melaka (2), Johor (4) | |||
Statistik kedudukan semasa MCA di Dewan Undangan Negeri-negeri.
|
Dewan Negeri Perak 1 / 59
Dewan Undangan Negeri Melaka2 / 28
4 / 56
|
Keputusan pilihan raya
Parlimen
| Pilihan raya | Jumlah kerusi dimenangi | Jumlah undi | Perkongsian undi | Hasil pilihan raya |
|---|---|---|---|---|
| 1955 | 15 / 52 29%
|
▲15 kerusi; Kerajaan (Parti Perikatan) | ||
| 1959 | 19 / 104 18%
|
▲4 kerusi; Kerajaan (Parti Perikatan) | ||
| 1964 | 27 / 104 26%
|
▲8 kerusi; Kerajaan (Parti Perikatan) | ||
| 1969 | 13 / 144 9%
|
▼14 kerusi; Kerajaan (Parti Perikatan) | ||
| 1974 | 19 / 144 13%
|
▲6 kerusi; Kerajaan (Barisan Nasional) | ||
| 1978 | 17 / 154 11%
|
▼ 2 kerusi; Kerajaan (Barisan Nasional) | ||
| 1982 | 24 / 154 15%
|
▲ 7 kerusi; Kerajaan (Barisan Nasional) | ||
| 1986 | 17 / 177 10%
|
▼ 7 kerusi; Kerajaan (Barisan Nasional) | ||
| 1990 | 18 / 180 10%
|
▲ 1 kerusi; Kerajaan (Barisan Nasional) | ||
| 1995 | 30 / 192 16%
|
▲ 12 kerusi; Kerajaan (Barisan Nasional) | ||
| 1999 | 28 / 193 16%
|
▼ 2 kerusi; Kerajaan (Barisan Nasional) | ||
| 2004 | 31 / 219 14%
|
▲ 2 kerusi; Kerajaan (Barisan Nasional) | ||
| 2008 | 15 / 222 7%
|
▼ 16 kerusi; Kerajaan (Barisan Nasional) | ||
| 2013 | 7 / 222 3%
|
▼ 8 kerusi; Kerajaan (Barisan Nasional) | ||
| 2018 | 1 / 222 0.4%
|
▼ 6 kerusi; Kerajaan (Barisan Nasional) | ||
| 2022 | 2 / 222 1%
|
▲ 1 kerusi; |
Lihat juga
Rujukan
- ^ Harper, Timothy Norman. The End of Empire and The Making of Malaya. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 33. ISBN 9780521004657.
- ^ Ching Fatt Yong; R. B. McKenna (1990). The Kuomintang Movement in British Malaya, 1912–1949. NUS Press. m/s. 1. ISBN 978-9971-69-137-0. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Februari 2017. Dicapai pada 24 September 2016.
- ^ Ooi Keat Gin (11 May 2009). Historical Dictionary of Malaysia. Scarecrow Press. m/s. lvii, 185–186. ISBN 978-0-8108-6305-7. Dicapai pada 16 February 2013.
- ^ "马华公会团队".
- Sumber utama
- Chin, James (2006). "New Chinese Leadership in Malaysia: The Contest for the MCA and Gerakan Presidency". Contemporary Southeast Asia (CSEA), Vol. 28, No. 1 (April 2006).
- Chin, James (2000). "A New Balance: The Chinese Vote in the 1999 Malaysian General Election". South East Asia Research 8 (3), 281–299.
- Chin, James (2001). "Malaysian Chinese Politics in the 21st Century: Fear, Service and Marginalisaton". Asian Journal of Political Science 9 (2), 78–94.
- Goh, Cheng Teik (1994). Malaysia: Beyond Communal Politics. Pelanduk Publications. ISBN 967-978-475-4.
- "National Front parties were not formed to fight for Malaysian independence" Diarkibkan 2007-06-16 di Wayback Machine. Malaysia Today. oleh Pillai, M.G.G. (3 November 2005)
Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Persatuan Cina Malaysia |
- Malaysian Chinese Association — laman rasmi
- MCA Lifelong Learning Campaign — laman rasmi
- Rencana dengan pengenalan ISNI
- Rencana dengan pengenalan VIAF
- Rencana dengan pengenalan GND
- Rencana dengan pengenalan NLA
- Persatuan Cina Malaysia
- Penubuhan 1949 di Persekutuan Tanah Melayu
- Parti komponen Barisan Nasional
- Pertubuhan etnik Cina di Malaysia
- Parti politik di Johor
- Parti politik di Kedah
- Parti politik di Kelantan
- Parti politik di Melaka
- Parti politik di Negeri Sembilan
- Parti politik di Pahang
- Parti politik di Perak
- Parti politik di Perlis
- Parti politik di Pulau Pinang
- Parti politik di Sabah
- Parti politik di Selangor
- Parti politik di Terengganu
- Parti politik di Wilayah Persekutuan









