Ranndy Yap Kim Heng AMP (Pahang); PPN | |
---|---|
Penasihat Khas Mengenai Asia Timur Menteri Luar Negeri Malaysia | |
Menyandang jawatan 1 Oktober 2021 | |
Menteri | Saifuddin Abdullah |
Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia | |
Menyandang jawatan 17 November 2018 | |
Presiden | Dominic Lau Hoe Chai |
Maklumat peribadi | |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pekerjaan | Ahli politik |
Ranndy Yap Kim Heng adalah salah seorang daripada Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia yang telah memenangi pemilihan Parti Gerakan pada pada 2018 lalu.[1] Beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA).[2]
Politik
Beliau telah dilantik sebagai Penasihat Khas Menteri Mengenai Asia Timur kepada Menteri Luar Negeri Malaysia, Saifuddin Abdullah pada Oktober 2021 lalu.[3]
Kes mahkamah
Pada 9 Ogos 2024, Ranndy didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan atas enam pertuduhan pecah amanah berkaitan kedudukannya sebagai Timbalan Pengerusi Persatuan Bola Keranjang Amator Kuantan (KABA).Naib Presiden Gerakan didakwa 6 pertuduhan kes pecah amanah MalaysiaGazette, 9 Ogos 2024. Beliau dituduh memasukkan bayaran sewa kios berjumlah RM15,950 ke dalam akaun isteri dan anaknya antara Mei 2018 hingga Jun 2021. Ranndy mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan.
Mahkamah membenarkan beliau diikat jamin RM18,000 dengan syarat menyerahkan pasport serta melapor diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 20 September 2024.Naib Presiden Gerakan didakwa 6 pertuduhan kes pecah amanah MalaysiaGazette, 9 Ogos 2024.