Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian JMN; BCM (Melaka) | |
---|---|
Ahli Dewan Negara Malaysia | |
Lantikan Yang di-Pertuan Agong | |
Memegang jawatan 21 Disember 2020 | |
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Parti Perikatan Nasional Sarawak | |
Memegang jawatan 5 Januari 2021 | |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sarawak | |
Memegang jawatan 16 September 2019 | |
Timbalan | Johan Mohamad |
Butiran peribadi | |
Lahir | Jaziri Alkaf bin Abdillah Suffian 21 Mac 1978 Sarawak |
Parti politik | BERSATU (2020-) PH-BERSATU (-2020) |
Pasangan | Suzie Sirat (k. 2005) |
Anak-anak | 4 |
Bapa | Dr. Abdillah Suffian Abdul Rahim |
Pekerjaan | Ahli politik |
Profesion | Arkitek |
Senator Jaziri Alkaf Dr. Abdillah Suffian adalah Pengerusi Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sarawak yang telah dilantik pada 16 September 2019 lalu.[1] Sebelum dilantik sebagai Pengerusi BERSATU Sarawak, beliau adalah Setiausaha Interim bagi BERSATU Sarawak. Selain daripada itu, beliau juga adalah Ketua BERSATU Bahagian Santubong, Sarawak.
Keluarga
Beliau telah berkahwin dengan Suzie Sirat pada 7 August 2005 dan dikurniakan dengan 4 orang anak. Beliau juga adalah anak kepada Dr. Abdillah Suffian Abdul Rahim, pemlik Gloria Jeans Coffee, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.[2]
Politik
Beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Interim bagi BERSATU Sarawak pada 2019[3] semasa BERSATU mula bertapak di Sarawak. Pada 16 September 2019, beliau telah dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sarawak.[4]
Pada 21 Disember 2020, Jaziri telah dilantik sebagai Senator di Dewan Negara Malaysia di atas lantikan Yang di-Pertuan Agong bagi mewakili Perikatan Nasional dan mengangkat sumpah jawatan bersama Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong dari Barisan Nasional yang mewakili Dewan Undangan Negeri Melaka.[5]
Anugerah
Rujukan
- ^ Jaziri Alkaf is new Bersatu Sarawak chief
- ^ Usahawan francais perlu rebut peluang luar negara
- ^ Lebih 18,000 ahli BERSATU Sarawak berjaya didaftarkan setakat Februari
- ^ "Pengerusi PPBM Santubong dilantik ketuai parti di Sarawak". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-11-12. Dicapai pada 2019-11-12.
- ^ Jaziri dan Koh Nai Kwong angkat sumpah Senator hari ini
- ^ 284 terima darjah, bintang dan pingat kebesaran Melaka
Pautan luar
- Jaziri Alkaf Abdillah Suffian di Facebook - Laman Facebook
- Jaziri Alkaf Abdillah Suffian di Facebook - Profil Facebook