![]() |
---|
![]() |
Portal Malaysia |
Bahasa di Malaysia tergolong dalam keluarga Mon-Khmer dan Malayo-Polinesia. Bahasa nasional atau rasmi adalah Bahasa Melayu yang merupakan bahasa ibu majoriti kumpulan etnik Melayu, namun bahasa Inggeris, juga popular dalam kehidupan sehari-hari. Kumpulan etnik utama di Malaysia terdiri daripada orang Melayu, Cina dan India, dengan banyak kumpulan etnik lain yang diwakili dalam bilangan yang lebih kecil, masing-masing dengan bahasa sendiri. Bahasa ibunda terbesar yang dituturkan di Malaysia Timur adalah bahasa Iban, Dusun, dan Kadazan. Bahasa Inggeris difahami dari sekolah dan banyak dituturkan dalam industri perkhidmatan. Ia juga merupakan salah satu bahasa yang kadang digunakan dalam pendidikan, di sekolah menengah atau universiti. Bahasa Inggeris hanya boleh mendahului bahasa Melayu dalam konteks rasmi tertentu seperti yang diperuntukkan oleh Akta Bahasa Kebangsaan, terutamanya di negeri-negeri Sabah dan Sarawak, di mana ia adalah bahasa pekerjaan rasmi.
Malaysia mengandungi 200 penutur bahasa,[1] 51 yang ditemui di Semenanjung Malaysia.[2] Kerajaan menyediakan persekolahan di peringkat rendah dalam setiap tiga bahasa utama, bahasa Melayu, bahasa Mandarin dan Tamil. Dalam bahasa Melayu dan Tamil terdapat beberapa perbezaan dialek.[3] Terdapat beberapa bahasa Cina yang berasal dari etnik Cina yang berasal dari selatan China, termasuk Yue (粤), Min (闽) dan Cina Hakka (客家).
Bahasa Melayu
[sunting | sunting sumber]Bahasa rasmi Malaysia ialah Bahasa Melayu. Ia merupakan bentuk seragam bahasa Melayu.[4] Terdapat 11 dialek Melayu digunakan di seluruh Malaysia.[5] Varian bahasa Melayu(loghat) yang dituturkan di Brunei juga biasa diucapkan di Malaysia Timur.
Bahasa Inggeris
[sunting | sunting sumber]Bahasa Inggeris Malaysia, yang juga dikenali sebagai Malaysian Standard English (MySE), ialah satu bentuk bahasa Inggeris yang berasal dari bahasa Inggeris British, walaupun terdapat penggunaan rasmi istilah ini sedikit kecuali berkaitan dengan pendidikan. Ia menunjukkan beberapa perbezaan dalam penggunaan kata dari Inggeris British serta pengaruh dari bahasa setempat, dan biasanya dituturkan dengan loghat tersendiri. Rakyat Malaysia juga menggunakan sejenis pijin bahasa Inggeris yang dipanggil Manglish. Ia ditandai dengan banyak kata pinjaman dari bahasa Melayu, Cina, dan Tamil serta ciri-ciri tatabahasa yang serupa dengan bahasa yang tidak terdapat dalam bentuk bahasa Inggeris yang lain.[6] Kebanyakan rakyat Malaysia pandai berbahasa Inggeris.
Bahasa Cina
[sunting | sunting sumber]Masyarakat Cina Malaysia menggunakan Bahasa Mandarin sebagai bahasa komunikasi antara mereka.
Mereka juga akan menggunakan dialek dalam komunikasi antara suku dialek yang sama. Bahasa dialek utama masyarakat Cina adalah Bahasa Hokkien, Bahasa Kantonis, Bahasa Hakka dan Bahasa Teochew.
Bahasa Mandarin Baku juga akan digunakan oleh masyarakat Cina Malaysia dalam komunikasi dengan orang China dan orang Taiwan, dan Bahasa Kantonis juga banyak digunakan dalam komunikasi dengan orang Hong Kong dan Macau, orang Cina Kanada dan orang Cina Amerika Syarikat.
Manakala Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan digunakan sebagai bahasa komunikasi antara masyarakat Cina dengan kaum Melayu, kaum India dan orang asing.
Menurut The Encyclopedia of Malaysia: Languages & Literature m/s 52-53, bilangan penutur bahasa Cina meningkat dari 2,667,452 pada tahun 1957 kepada 5,365,846 pada tahun 2000, iaitu 30% daripada keseluruhan populasi di Malaysia. Sumber data ini berasal dari Banci Penduduk dan Perumahan 2000, dan bilangan mereka menurut suku dialek ialah:
Dialek | Penduduk |
---|---|
Hokkien | 1,848,211 |
Hakka | 1,679,027 |
Kantonis | 1,355,541 |
Teochew | 974,573 |
Mandarin | 958,467 |
Hainan | 380,781 |
Min Bei | 373,337 |
Fuzhou | 249,413 |
Min Timur | 241,200 |
Cina Selat | 236,918 |
Bahasa India
[sunting | sunting sumber]Bahasa Tamil dan dialeknya digunakan secara meluas oleh majoriti masyarakat India Malaysia. Tamil and its Malaysian dialect are used predominantly by Tamils, who form a majority of Malaysian Indians.[7] .Akta Pendidikan 1996 mengawal penggunaan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar di peringkat rendah di "sekolah jenis kebangsaan", dan juga memberi hak kepada kanak-kanak Tamil untuk mendapatkan kelas bahasa Tamil di sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan (yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar), dengan syarat "ianya munasabah dan praktikal untuk dilaksanakan serta jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas murid di sekolah tersebut membuat permintaan sedemikian. Imigran berbahasa Tamil ke Malaysia terdiri daripada dua kumpulan, iaitu Tamil Sri Lanka yang bertutur dalam dialek Tamil Sri Lanka seperti dialek Tamil Jaffna, dan Tamil India yang bertutur dalam dialek dari Tamil Nadu.
Bahasa Asia Selatan yang lain seperti Bengali, Gujarati, Hindi, Kannada, Marathi, Nepali, Odia, Punjabi, Sindhi, Sinhala, Telugu, dan Urdu juga dituturkan.
Bahasa isyarat
[sunting | sunting sumber]Bahasa isyarat termasuk Bahasa Isyarat Malaysia dan bahasa isyarat Selangor yang lebih tua dan Bahasa Isyarat Pulau Pinang. Tiada bahasa isyarat digunakan dalam pendidikan orang pekak. Sebaliknya, Kod Tangan Bahasa Malaysia digunakan.
Kepelbagaian bahasa di Malaysia
[sunting | sunting sumber]Senarai Bahasa Melayu di Malaysia:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Melayu Klasik
- Bahasa Melayu Johor-Riau
- Bahasa Melayu Melaka
- Bahasa Melayu Selangor
- Bahasa Melayu Perak
- Bahasa Melayu Perak Ulu
- Bahasa Melayu Pahang
- Bahasa Melayu Negeri Sembilan
- Bahasa Melayu Tioman
- Bahasa Melayu Terengganu
- Bahasa Melayu Kelantan
- Bahasa Melayu Kedah
- Bahasa Melayu Reman
- Bahasa Melayu Sarawak
- Bahasa Melayu Sabah
- Bahasa Baba
- Bahasa Melayu Cheti
Senarai Bahasa Asli:
- Bahasa-bahasa Asli
- Bahasa-bahasa Asli Utara
- Bahasa Cheq Wong
- Bahasa Bateq
- Bahasa Jahai
- Bahasa Mendriq
- Bahasa Mintil
- Bahasa Kensiu
- Bahasa Kintaq
- Bahasa Semai
- Bahasa Temiar
- Bahasa Lanoh
- Bahasa Sabüm
- Bahasa Semnam
- Bahasa Jahut
- Bahasa Mah Meri
- Bahasa Semelai
- Bahasa Temoq
- Bahasa Semaq Beri
Senerai Bahasa Cina di Malaysia
- Bahasa Mandarin 华语
- Bahasa Hokkien 福建话
- Bahasa Kantonis 广东话
- Bahasa Hakka 客家话
- Bahasa Teochew 潮州话
- Bahasa Hainan 海南话
- Bahasa Fuzhou 福州话
Senerai Bahasa India di Malaysia
- Bahasa Tamil Malaysia மலேசியத் தமிழ் (Bahasa Tamil தமிழ்)
- Bahasa Malayalam മലയാളം
- Bahasa Telugu తెలుగు
- Bahasa Benggali বাংলা
- Bahasa Punjabi ਪੰਜਾਬੀ
- Bahasa Hindi हिन्दी
- Bahasa Gujarat ગુજરાતી
- Bahasa Urdu اُردُو
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Ethnologue report for Malaysia". Ethnologue.com. Dicapai pada 18 October 2010.
- ^ "Ethnologue report for Malaysia (Peninsular)". Ethnologue.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 May 2011. Dicapai pada 18 October 2010.
- ^ Kamila Ghazali. "National Identity and Minority Languages". UN Chronicle. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2012. Dicapai pada 4 September 2013.
- ^ Constitution of Malaysia:Article 152
- ^ Barbara Watson Andaya; Leonard Y. Andaya (15 September 1984). A History of Malaysia. Palgrave Macmillan. ISBN 978-0-312-38121-9.
- ^ Lim Chin Lam (14 October 2011). "Primer on Manglish". The Star.
- ^ West, Barbara A. (2009). Encyclopedia of the Peoples of Asia and Oceania. New York, New York: Facts on File. ISBN 978-0-8160-7109-8.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Bahasa Malaysia di Muturzikin.com