Loh Sze Yee | |
---|---|
罗思义 | |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (Pelancongan, Industri, Pelaburan & Pembangunan Koridor : sejak 23 November 2022)[note 1] | |
Menyandang jawatan 22 November 2022 | |
Raja | Sultan Nazrin Muizzuddin Shah |
Menteri Besar | Saarani Mohamad |
Didahului oleh | Shahrul Zaman Yahya (Industri, Pelaburan & Pembangunan Koridor) Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Pelancongan) |
Kawasan pilihan raya | Jalong |
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi Jalong | |
Menyandang jawatan 5 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Leong Mee Meng (PR–DAP) |
Majoriti | 6,769 (2013) 9,602 (2018) 8,713 (2022) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Loh Sze Yee 7 Februari 1975 ![]() ![]() |
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) |
Gabungan politik lain | Pakatan Rakyat (PR) (2008–2015) Pakatan Harapan (PH) (sejak 2015) |
Pasangan | Leong Pooi Wan |
Pekerjaan | Ahli politik |
Loh Sze Yee | |||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama Bahasa Cina | |||||||||||||||||||||
Tulisan Cina Tradisional | 羅思義 | ||||||||||||||||||||
Tulisan Cina Ringkas | 罗思义 | ||||||||||||||||||||
|
Loh Sze Yee (lahir 7 Februari 1975) merupakan seorang rakyat Malaysia yang juga seorang ahli politik yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Menteri Besar Saarani Mohamad sejak November 2022 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) bagi kawasan Jalong sejak Mei 2013. Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH).
Kehidupan peribadi
Hobinya ialah berenang dan berjoging. Beliau pernah belajar di SMK Anderson dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Nottingham Trent University.[1]
Kerjaya awal
Beliau juga seorang ahli perniagaan dan pensyarah di Kolej Olympia.[1]
Kerjaya politik
Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa sejak tahun 2013 dan Pengarah Pendidikan Politik DAP Perak. Beliau juga merupakan salah seorang ahli Lembaga Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) dari tahun 2018 hingga 2019. Beliau telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak bagi kawasan Jalong. Beliau kemudiannya dipilih semula sebagai ADUN Jalong dalam Pilihan Raya Negeri Perak 2018 dan 2022. Pada 22 November 2022, beliau telah dilantik sebagai EXCO Perak yang bertanggungjawab dalam portfolio pelancongan, industri, pelaburan dan pembangunan koridor.
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | N22 Jalong | Loh Sze Yee (DAP) | 13,664 | 61.19% | Liew Yew Aw (GERAKAN) | 6,895 | 30.88% | 22,330 | 6,769 | 79.30% | ||
Kalimuthu Sinnu (BEBAS) | 1,303 | 5.84% | ||||||||||
2018 | Loh Sze Yee (DAP) | 16,138 | 69.75% | Tan Lian Hoe (GERAKAN) | 6,536 | 28.25% | 23,137 | 9,602 | 78.13% | |||
2022 | Loh Sze Yee (DAP) | 15,955 | 59.08% | Pan Chean Chung (MCA) | 7,242 | 26.82% | 27,007 | 8,713 | 68.74% | |||
Naran Singh Asa Singh (GERAKAN) | 3,043 | 11.27% | ||||||||||
R Indrani (BEBAS) | 767 | 2.84% |
Nota
- ^ Menyandang portfolio pada 23 November 2022.
Rujukan
- ^ a b "Loh Sze Yee". PRU @ Sinar Harian. Dicapai pada 2022-05-03.
- ^ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES STATE CONSTITUENCIES FOR THE STATE OF PERAK". lom.agc.gov.my.
- ^ "The Star GE15 Online Perak". election.thestar.com.my.