Nurkhuzaini Rahman SMZ, SMT (Terengganu) | |
---|---|
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu | |
Menyandang jawatan 2023 | |
Timbalan | Mohd Husaimi Hussin |
Menteri Besar | Ahmad Samsuri Mokhtar |
Portfolio | Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau |
Kawasan pilihan raya | Kota Putera |
Dalam jawatan 2018–2023 | |
Timbalan | Wan Hapandi Wan Nik |
Menteri Besar | Ahmad Samsuri Mokhtar |
Portfolio | Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja |
Kawasan pilihan raya | Kota Putera |
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi Kota Putera | |
Menyandang jawatan 2018 | |
Didahului oleh | Mohd Mahdi Musa |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Jalan Tengku Long, Kampung Raja, Besut, Terengganu | 16 September 1971
Parti politik | ![]() |
Pasangan | Hajah Radzilah Abd Razak |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Yang Berhormat Haji Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman (lahir 16 September 1971) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Terengganu bertanding di atas tiket PAS dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14.
Beliau telah dilantik menjadi Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri.[1].
Penggal kedua beliau memenangi sekali lagi DUN Kota Putera dalam Pilihanraya Umum Negeri Terengganu 2023. Kini beliau menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri Terengganu. [2]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]- konsultan kepada syarikat Telekom Saudi (Saudi Telecom Company-STC)(2003)
- Jurutera telekomunikasi TimeCell (1999- 2002)
- pegawai penyelidik di Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM pada 1993-1994
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]- Ijazah sarjana muda bidang Kejuruteraan Elektrik Kuasa UTM (1997)
- Diploma Kejuruteraan Elektrik Perhubungan UTM (1993)
- Sijil dalam bidang pengajian Islam UTM
- Sekolah Menengah Teknik Terengganu (SMTT)
- Sekolah Kebangsaan Menengah Tengku Mahmood (SMTM)
- Sekolah Rendah Tengku Mahmood (SRTM)
Politik
[sunting | sunting sumber]- Setiausaha Lajnah Pemerkasaan Pas Pusat
- Setiausaha jabatan bendahari Pas Pusat
- AJK Lajnah Penerangan Pas Pusat
- Ketua penerangan Pas Wilayah Persekutuan
- AJK Pas kawasan Besut
Keputusan Pilihanraya
[sunting | sunting sumber]Pilihan Raya Negeri Terengganu: DUN Kota Putera, Terengganu
[sunting | sunting sumber]2023
[sunting | sunting sumber]Dalam Pilihan Raya Negeri Terengganu 2023, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman yang mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berjaya mempertahankan kerusi DUN Kota Putera dengan kemenangan majoriti 3,809 undi. Beliau memperoleh 13,360 undi (58.31%), mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Muhammad Pehimi Yusof, yang memperoleh 9,551 undi (41.69%).
Parti | Calon | Undian | % |
---|---|---|---|
PAS | Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman | 13,360 | 58.31% |
BN | Muhammad Pehimi Yusof | 9,551 | 41.69% |
Jumlah undi sah | 22,911 | 100.00% | |
Undi ditolak | 130 | ||
Undi tidak dikembalikan | 35 | ||
Keluar mengundi | 23,076 | 70.37% | |
Pemilih berdaftar | 32,792 | ||
Majoriti | 3,809 |
2018
[sunting | sunting sumber]Pada Pilihan Raya Negeri Terengganu 2018, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman juga bertanding di DUN Kota Putera di bawah tiket PAS dan memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 1,181 undi.
Parti | Calon | Undian | % |
---|---|---|---|
PAS | Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman | 9,704 | 49.18% |
BN | Mohd Mahdi Musa | 8,523 | 43.20% |
PH | Tengku Roslan Tengku Othman @ Tengku Ramli | 1,504 | 7.62% |
Jumlah undi sah | 19,731 | 100.00% | |
Kertas undi ditolak | 283 | ||
Undi tidak dikembalikan | 166 | ||
Keluar mengundi | 20,180 | 83.50% | |
Pemilih berdaftar | 24,182 | ||
Majoriti | 1,181 |
Anugerah dan penghargaan
[sunting | sunting sumber]Terengganu
- Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.M.Z) - 2022[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ https://www.teganukita.net/2019/09/e-hailing-teksi-terengganu-bakal-dicipta.html[pautan mati kekal]
- ^ www.astroawani.com https://www.astroawani.com/berita-politik/terengganu-umum-senarai-portfolio-11-exco-433114. Dicapai pada 2025-02-17. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ ZAID MOHD NOOR (14 Ogos 2022). "91 terima darjah, pingat hari keputeraan Sultan Terengganu". Utusan. Dicapai pada 16 Ogos 2022.