Mas Ermieyati Samsudin DCSM, DMSM, DSM (Melaka); ANS (Negeri Sembilan); BCM, PJK (Melaka); AP | |
---|---|
Ketua Srikandi BERSATU | |
Menyandang jawatan 4 Oktober 2024 | |
Didahului oleh | Rina Harun |
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia | |
Menyandang jawatan 4 April 2023 | |
Timbalan | Wong Shu Qi |
Didahului oleh | Wong Kah Woh |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Masjid Tanah, Melaka | |
Menyandang jawatan 6 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Abu Seman Yusop |
Majoriti | 4,411 (PRU-15) 8,159 (PRU-14) 16,200 (PRU-13) |
Naib Ketua Srikandi BERSATU | |
Dalam jawatan 16 Ogos 2020 – 4 Oktober 2024 | |
Presiden | Mahiaddin Yassin |
Ketua | Rina Mohd Harun |
Didahului oleh | Shamsilah Siru |
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Parlimen dan Undang-undang | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Menteri | Wan Junaidi Tuanku Jaafar |
Didahului oleh | Shabudin Yahaya |
Digantikan oleh | Ramkarpal Singh |
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi | |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Mahiaddin Yassin |
Menteri | Wan Junaidi Tuanku Jaafar |
Didahului oleh | Mohd Hatta Ramli |
Digantikan oleh | PMuslimin Yahaya |
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan | |
Dalam jawatan 29 Julai 2015 – 10 Mei 2018 | |
Perdana Menteri | Najib Razak |
Menteri | Nazri Aziz |
Didahului oleh | James Dawos Mamit |
Digantikan oleh | Muhammad Bakhtiar Wan Chik |
Ketua Puteri UMNO | |
Dalam jawatan 12 Oktober 2013 – 24 Jun 2018 | |
Didahului oleh | Rosnah Rashid Shirlin |
Digantikan oleh | Zahida Zarik Khan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mas Ermieyati binti Samsudin 13 November 1976 Hospital Besar Melaka, Melaka, Malaysia |
Parti politik | UMNO (sehingga 2018) PPBM (2018-kini) |
Gabungan politik lain | BN (sehingga 2018) PH (2018-2020) PN (2020-kini) |
Pasangan | Mohd. Helmy Abd. Talib |
Anak |
|
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Peguam |
Gaji | RM41,681.65 sebulan[1] |
| |||||||||||||
| |||||||||||||
|
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Haji Samsudin (lahir 13 November 1976) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen Masjid Tanah.
Beliau diisytihar keluar dari UMNO pada 1 Julai 2018 dan menjadi ahli parlimen bebas.[2] Beliau diberitakan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada tahun 2019. Beliau merupakan Naib Ketua Srikandi Malaysia.
Beliau mewakili Parti Peribumi Bersatu Malaysia-Perikatan Nasional bertanding di DUN N02 Tanjung Bidara dan menjadi calon Ketua Menteri Melaka Perikatan Nasional tetapi ditewaskan oleh Abdul Raub Yusoh, calon Barisan National.
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 13 November 1976 di Hospital Besar Melaka dan merupakan anak kedua kepada pasangan Hjh Salbiah Ahmad dan Hj Samsudin Md Ali. Dibesarkan di Melaka dan mendapat pendidikan awal di Methodist Girls School (2) Tengkera, Melaka dan Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar, Masjid Tanah Melaka. Beliau kemudiannya mendapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru (1989-1993 dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Undang-Undang dan Ijazah Undang-Undang di UKM, Bangi, Selangor. Beliau berkahwin dengan Mohd. Helmy Abd. Talib dan dikurniakan 5 cahaya mata iaitu Haiqal, Hakim, Hafiy, Hasif dan Iman.
Akedemik & Kelayakan Professional
Tahun | Kursus | Bidang Pengajian | Universiti |
---|---|---|---|
1996 | Sijil Matrikulasi dalam Undang-Undang | Undang-undang | Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) |
2000 | Ijazah Sarjana Muda dalam Undang-Undang | Undang-undang | Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) |
2001 | Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya | Undang-undang | Mahkamah Tinggi Malaya |
2001 | Peguam Syariah untuk Mahkamah Syariah di Melaka | Undang-undang | Mahkamah Syariah di Melaka |
2019 | Sarjana Pentadbiran Perniagaan | Pentadbiran perniagaan | Universiti Asia E Malaysia |
Kerjaya
Selepas menamatkan pengajian Ijazah Undang-Undang di UKM, beliau memulakan kerjayanya sebagai peguambela dan peguamcara di firma guaman tetuan Khairul Latif & Associates dan tetuan Adillah A. Nordin. Pada tahun 2004, bersama dua orang rakan kongsi iaitu Mohd Khairul Nizam Abd Kadir dan Desmond Ho Chee Cheong, beliau membuka firma guamannya sendiri iaitu Tetuan Ermiey Nizam & Ho. Waktu yang sama minat kepada kerja kesukarelawan sudah sebati dengan jiwa. Sejak zaman sekolah dan seawal umur 15 tahun, beliau telah aktif dengan persatuan Gerakan Belia 4B MALAYSIA (GB4B). Kini beliau memegang jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi GB4B Malaysia.
Politik
Penglibatan awal
Beliau menceburkan diri dalam politik secara serius sejak mula bergelar sebagai peguam sekitar 2001 semasa sayap UMNO yang ketiga iaitu PUTERI dipersetujui oleh Presiden UMNO untuk diwujudkan di seluruh negara maka waktu inilah beliau ditawarkan menduduki jawatankuasa penaja di bahagian Alor Gajah. Tahun 2003 beliau menjadi Ketua PUTERI UMNO Bahagian Alor Gajah dan Ketua PUTERI Negeri Melaka (persempadanan baru tahun 2004 bertukar ke Bahagian Masjid Tanah) selama 10 tahun sehingga 2013 dan dalam tempoh yang sama beliau juga merupakan EXCO PUTERI UMNO Malaysia.
Pilihan raya Umum 2013
Pada Pilihan raya Umum 2013 YB Datuk Wira Mas Ermieyati dipilih untuk mewakili Barisan Nasional bertanding kerusi Parlimen P134 Masjid Tanah dan memenanginya apabila menewaskan calon PAS iaitu Mohd Nasaie Bin Ismail. Beliau telah memperoleh 27,688 undi berbanding lawannya memperoleh 11,488 undi dan menang dengan majoriti sebanyak 16,200 undi. Beliau merupakan Wanita pertama Melaka yang terpilih sebagai Ahli Parlimen sehingga mewakili parlimen Malaysia ke luar negara sepert ke Brunei ke ‘34th General Assembly Of The ASEAN Inter Parliamentary Assembly (AIPA)’, ke Brussels, Belgium bagi ‘Women In Parliament Forum’. Sebagai Pemerhati ke ‘General Election’ di Cambodia bersama YB. Datuk Seri Shahidan Kassim, Dipilih oleh Parlimen Malaysia sebagai pengiring bagi lawatan kerja ke ‘The 4th Qatar International Businesswomen Forum St. Regis, Doha, Qatar and to Dubai,Uae’, Pada 2014 mewakili Parlimen Malaysia ke Tehran, Iran bagi ‘Iran for The 9th Parliamentary Union Of Oic Member States (Puic) Conference and Meetings’.
NGO
YB Datuk Wira Mas Ermieyati merupakan seorang aktivis belia yang aktif. Di peringkat Negeri Melaka beliau merupakan Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Masjid Tanah dan Naib Pengerusi Wanita Gerakan Belia 4B (M) Negeri Melaka. Di peringkat Nasional beliau pernah menyandang jawatan Pengerusi Biro Kebudayaan Gerakan Belia 4B Malaysia, Setiausaha Jawatankuasa Disiplin Gerakan Belia 4B Malaysia dan Timbalan Pengerusi Gerakwanis Gerakan Belia 4B Malaysia. Kini beliau menyandang jawatan Ahli Majlis KERJA Tertinggi Gerakan Belia 4B Malaysia.
Jawatan Disandang
Tahun | Jawatan |
---|---|
2020 - kini | Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi Malaysia |
2013 - kini | Ahli Parlimen (MP) Masjid Tanah Melaka |
2015 - 2018 | Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia |
2006 - 2013 | Setiausaha Khas (Perhubungan) kepada YAB Ketua Menteri Melaka |
Jawatan Politik
Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Tahun | Jawatan |
---|---|
Feb 2020 - Kini | Ketua Bahagian PPBM Masjid Tanah |
Bekas Ahli UMNO
Tahun | Jawatan |
---|---|
2013 - 2018 | Bekas Ketua Puteri UMNO Malaysia |
2002 - 2013 | Bekas Ketua Puteri UMNO Melaka |
2 penggal | EXCO Puteri UMNO Malaysia |
Jawatan NGO
Peringkat Kebangsaan
Tahun | Jawatan |
---|---|
2016 - kini | Presiden Persatuan Dodgeball Malaysia (MDF) |
2016 - kini | Penaung Penyelam Muslimah - Rantai Manusia Bawah Laut Terpanjang |
2015 - kini | Pengerusi Yayasan Rizqah |
2009-2017 | - Gerakan Belia 4B Malaysia
- Ahli Majlis Tertinggi Gerakan Belia 4B Malaysia - Timbalan Pengerusi Gerakwanis Gerakan Belia 4B Malaysia |
Peringkat Negeri Melaka
- Naib Pengerusi Wanita Gerakan Belia 4B (M) Negeri Melaka
- Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Masjid Tanah
- Pengerusi Pusat Dalam Komuniti (PDK/OKU) Seri Permata Lubok China Melaka
- Ahli Jawatankuasa Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah
- Pengerusi AADK kawasan Masjid Tanah
- Pengerusi Koperasi Parlimen Masjid Tanah
Keputusan pilihan raya
Parlimen
Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Masjid Tanah | Mas Ermieyati Samsudin | PN (BERSATU) | 25,604 | Abdul Hakim Abdul Wahid | BN (UMNO) | 21,193 | 4,411 |
Mutalib Uthman | MUDA | 7,445 | ||||||
Handrawirawan Abu Bakar | GTA (PEJUANG) | 507 | ||||||
2018 | Mas Ermieyati Samsudin | BN (UMNO) | 22,898 | Sabirin Jaafar | PH (BERSATU) | 14,739 | 8,159 | |
Nasir Othman | PAS | 4,688 | ||||||
2013 | Mas Ermieyati Samsudin | BN (UMNO) | 27,688 | Nasaie Ismail | PAS | 11,488 | 16,200 |
Dewan Undangan Negeri (DUN)
Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2021 | Tanjung Bidara | Mas Ermieyati Samsudin | PN (BERSATU) | 3,195 | Ab Rauf Yusoh | BN (UMNO) | 3,599 | 364 |
Zainal Hassan | PH (PKR) | 489 |
Penghargaan
- Melaka :
- Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) - Datuk Wira (2017)[3]
Rujukan
- ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
- ^ "Mas Ermieyati keluar Umno, isytihar MP bebas". Malaysiakini. 1 Julai 2018. Dicapai pada 14 Julai 2018.
- ^ "Wan Junaidi leads honours list in conjunction with Melaka Yang Dipertua's 79th birthday". Nurul Fhatihah Zakinan. New Straits Times. 12 October 2017. Dicapai pada 25 September 2018.
Pautan luar
- Laman menggunakan kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui
- Kelahiran 1976
- Orang hidup
- Muslim Malaysia
- Orang dari Melaka
- Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia
- Ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu
- Ahli wanita Dewan Rakyat Malaysia
- Bekas anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Anggota wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15