Biografi orang hidup ini mengandungi senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana kekurangan petikan dalam baris. (Mei 2018) |
Wee Ka Siong | |
---|---|
魏家祥 | |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Ayer Hitam, Johor | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Dalam jawatan 21 Mac 2004 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Majoriti | 303 (2018) |
Presiden MCA | |
Menyandang jawatan 4 November 2018 | |
Timbalan | Mah Hang Soon |
Didahului oleh | Liow Tiong Lai |
Pengerusi MCA Negeri Johor | |
Menyandang jawatan 4 November 2018 | |
Presiden | Liow Tiong Lai Sendiri |
Timbalan Presiden | Sendiri Mah Hang Soon |
Setiausaha Agung | Ong Ka Chuan Chew Mei Fun Chong Sin Woon |
Pengerusi MCA Bahagian Johor Bahru | |
Menyandang jawatan 4 November 2018 | |
Presiden | Liow Tiong Lai Sendiri |
Timbalan Presiden | Sendiri Mah Hang Soon |
Setiausaha Agung | Ong Ka Chuan Chew Mei Fun Chong Sin Woon |
Menteri Pengangkutan | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Timbalan | Henry Sum Agong |
Digantikan oleh | Anthony Loke Siew Fook |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin |
Timbalan | Hasbi Habibollah |
Didahului oleh | Anthony Loke Siew Fook |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia | |
Dalam jawatan 29 Julai 2015 – 10 Mei 2018 | |
Perdana Menteri | Najib Razak |
Timbalan Menteri Pelajaran I | |
Dalam jawatan 10 April 2009 – 14 Mei 2013 Berkhidmat with Mohd Puad Zarkashi | |
Menteri | Muhyiddin Yassin |
Didahului oleh | Razali Ismail |
Digantikan oleh | Mary Yap Kain Ching |
Timbalan Menteri Pelajaran II | |
Dalam jawatan 19 Mac 2008 – 9 April 2009 Berkhidmat with Razali Ismail | |
Menteri | Hishammuddin Hussein |
Didahului oleh | Noh Omar |
Digantikan oleh | P. Kamalanathan |
Ketua Pemuda MCA | |
Dalam jawatan 13 Oktober 2008 – 21 Disember 2013 | |
Didahului oleh | Liow Tiong Lai (2002-2005) |
Digantikan oleh | Chong Sin Woon |
Setiausaha Agung Pemuda MCA | |
Dalam jawatan 20 Ogos 2005 – 18 Oktober 2009 | |
Didahului oleh | Liow Tiong Lai (2002-2005) |
Digantikan oleh | Chai Kim Sen |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Jasin, Melaka, Malaysia | 20 Oktober 1968
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | Barisan Nasional Persatuan Cina Malaysia |
Pasangan | Datin Seri Jessica Lim Hai Ean (林海燕) |
Anak | 2 |
Kediaman | Johor Bahru, Johor, Malaysia |
Pendidikan |
|
Tempat belajar | Universiti Teknologi Malaysia Universiti Teknologi Nanyang |
Pekerjaan | Ahli politik |
Gaji | RM65,236.48 sebulan[1] |
Laman web | Laman Web Rasmi MCA |
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Cina ringkas: 魏家祥 , lahir 20 Oktober 1968) merupakan Presiden parti Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Ahli Parlimen Ayer Hitam dari Barisan Nasional. Beliau merupakan bekas Menteri Pengangkutan dari 2018 hingga 2022. Beliau juga merupakan Pengerusi MCA Johor dan Ketua MCA Bahagian Johor Bahru.
Pendidikan
- B. Sc. (Hons) in Civil Engineering (UTM, 1992)
- M. Eng in Traffic Engineering (NTU Singapura, 1996)
- Ph.D in Transportation Planning (UTM, 2002)
Politik
Pada 13 Oktober 2008, beliau menang tanpa bertanding atas kerusi Ketua Pemuda MCA. Maka dengan ini, beliau akan menjadi salah seorang anggota tetap pemuda barisan nasional.
Selain daripada itu, beliau juga dilantik oleh Presiden MCA, Ong Tee Keat sebagai Pengerusi MCA negeri Melaka pada 11 November 2008. Maka dengan itu, Beliau mempunyai 3 jawatan yang penting dalam Karier politik beiau iaitu Pengerusi MCA Bahagian Johor Bahru, Ketua Pemuda MCA kebangsaan dan Pengerusi MCA Negeri Melaka.
Beliau juga merupakan Ketua Biro Pendidikan MCA Kebangsaan.
Selepas dilantik oleh Perdana Menteri untuk menjadi Timbalan Menteri Pendidikan, beliau terus bergerak ke sekolah seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak untuk menangani masalah yang dialami oleh semua sekolah rendah dan sekolah menengah. Ini termasuklah peruntukan sekolah, masalah yang dialami oleh guru-guru dan pelajar, dan hal-hal yang berkaitan.
Presiden MCA
Beliau telah memenangi kerusi Presiden MCA pada Pemilihan MCA 2018-2021 pada 4 November 2018 dengan mendapat undian sebanyak 447 menewaskan bekas Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu yang mendapat 182 undi dan Ngoo Teck Keong, tidak mendapat sebarang undi.[2]
Jawatan menteri
Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran I menggantikan Allahyarham Razali Ismail yang ketika itu diterajui oleh menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[3]
Selepas rombakan Kabinet 2015, beliau telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
Menteri Pengangkutan
Beliau dilantik sebagai Menteri Pengangkutan Malaysia pada 10 Mac 2020.
Pilihan raya
YB Datuk Dr Wee Ka Siong merupakan Ahli Parlimen MCA yang menang paling banyak majoriti pada Pilihan Raya Malaysia ke-12 (2008). Beliau menewaskan Haji Hussin Sujak dari PAS sebanyak 13,909 undi. Beliau menjadi Ahli Parlimen Ayer Hitam, Johor bagi Penggal kedua selepas menang pada pilihan raya yang ke-11 pada tahun 2004. Pada 2004, beliau menewas Mohd Zamri bin Mat Taksis denggan majoriti 15,763.
Keputusan pilihan raya
Tahun | Undi | Peratusan | Lawan | Undi | Peratusan | Jumlah undi | Majoriti | Peratus unjuran | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Wee Ka Siong (MCA) | 20,065 | 82.34% | Mohd Zamri Mat Taksis (PAS) | 4,302 | 17.66% | 25,218 | 15,763 | 76.87% | ||
2008 | Wee Ka Siong (MCA) | 20,230 | 76.11% | Hussin Sujak (PAS) | 6,321 | 23.78% | 27,488 | 13,909 | 78.98% | ||
2013 | Wee Ka Siong (MCA) | 22,045 | 59.79% | Hu Pang Chaw (PAS) | 14,735 | 39.96% | 37,839 | 7,310 | 88.18% | ||
2018 | Wee Ka Siong (MCA) | 17,076 | 43.98% | Liew Chin Tong (DAP) | 16,773 | 43.20% | 38,824 | 303 | 85.52% | ||
Hj Mardi Marwan (PAS) | 4,975 | 12.82% |
Penganugerahan
Wee Ka Siong telah menerima anugerah Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri pada 9 Oktober 2015.[8]
- Melaka :
- Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - Datuk (2008)[9]
- Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) - Datuk Seri (2015)[10]
Kontroversi
Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang
Pada 9 Februari 2010, Wee Ka Siong memfailkan saman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menghalang Tan Sri Robert Phang dan Star Publications (M) Berhad daripada terus menyiarkan kenyataan yang dianggap berbaur fitnah dengan mengaitkan beliau dengan skandal PKFZ.[11] Phang merupakan anggota jawatankuasa penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan penerbit akhbar harian The Star . Artikel pada 25 Dis 2009 dan 12 Jan 2010 menggambarkan Wee mengamalkan rasuah dan menyalahgunakan kuasa.Peguam Ben Chan mewakili Wee Kah Seong, Gobind Singh Deo dan Ang Hean Leng mewakili Robert Phang, manakala Yee Mei Ken dan Chai Siew Wan mewakili Star Publications.[12]
Permohonan tersebut ditolak dengan alasan kegagalan menyatakan sebarang keadaan khas dalam permohonan tersebut bagi mahkamah membenarkan perintah tersebut.[13]
Batal dasar kabotaj
Wee Ka Siong menolak pada 13 November 2020 untuk meneruskan dasar kabotaj Kerajaan Pakatan Harapan sebelum itu yang memberikan pengecualian kepada kapal asing yang melakukan kerja pembaikan kabel dasar laut bagi menggalakkan pelaburan digital asing. Kedegilan Wee dalam meneruskan dasar kabotaj yang gagal telah menyebabkan Facebook dan Google meminggirkan Malaysia, apabila kebimbangan mereka mengenai kelewatan sehingga 27 hari untuk pembaikan kabel kapal selam diabaikan.
Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Rais Hussin secara terbuka menyalahkan Wee Ka Siong yang membatalkan pengecualian kabotaj sehingga menyebabkan Malaysia dipinggirkan oleh Facebook dan Google untuk menyokong Singapura dan Indonesia, serta menjejaskan potensi pelaburan asing pusat data bernilai RM12- 15 bilion.
Rujukan
- ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 29 Oktober 2020.
- ^ Wee Ka Siong dipilih Presiden MCA
- ^ Timbalan Menteri Pelajaran I
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 1 May 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 Malaysian general election.
- ^ Mustapha ketuai senarai penerima anugerah Melaka
- ^ "Datukship for Shah Rukh Khan". The Star. 11 October 2008. Dicapai pada 11 September 2018.
- ^ "Dr Wee gets Malacca award". The Star. 10 October 2015. Dicapai pada 11 September 2018.
- ^ Wee Ka Siong saman Phang
- ^ Keputusan Permohonan Injunksi Wee Diketahui 6 Mei
- ^ Court dismisses Ka Siong's injunction application, MySinchew 2010.05.07 .
Pautan luar
- Laman menggunakan kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui
- Kelahiran 1968
- Orang hidup
- Orang dari Melaka
- Buddha Malaysia
- Menteri Kerajaan Malaysia
- Anggota Persatuan Cina Malaysia
- Presiden Persatuan Cina Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-11
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Menteri Pengangkutan Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15