Yang Berhormat Tuan Zakaria Hanafi | |
---|---|
Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Semenyih | |
Menyandang jawatan 18 Mac 2019 | |
Didahului oleh | Bakhtiar Mohd Nor[1] |
Maklumat peribadi | |
Lahir | (1961-03-04) 4 Mac 1961 (umur 63)[2] Beranang, Selangor |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Katijah Beebi Bayikhan |
Yang Berhormat Tuan Zakaria bin Haji Hanafi adalah seorang ahli politik Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Negeri Selangor bagi kawasan Semenyih yang mewakili Barisan Nasional–UMNO.[3] Meskipun pertama kali bertanding di DUN Semenyih pada Pilihan Raya Kecil (PKR) pada 2019, Zakaria Hanafi berjaya menawan kembali kerusi DUN itu selepas meraih 19,780 undi menewaskan tiga lagi pencabarnya.
Zakaria, yang berasal dari Kampung Sesapan Kelubi, Beranang menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Mohammad Aiman Zainali yang memperoleh 17,866 undi, sementara calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul (847 undi) dan calon Bebas, Kuan Chee Heng atau ‘Uncle Kentang’ memperoleh 725 undi.
Namun BN memperoleh kemenangan pada PRK kali ini, dengan majoriti undi lebih sedikit iaitu 1,914 undi berbanding diperoleh penyandang terdahulu, Allahyarham Bakhtiar Mohd Nor, dengan 8,964 undi yang mewakili PH ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei tahun lalu.
Penglibatan aktif Zakaria dengan aktiviti surau dan masjid di Semenyih, menyebabkan dirinya amat dikenali oleh penduduk tempatan.
Kerjaya:
- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih (2019 hingga kini)
- Penolong Pegawai Tadbir UKM (2005-2016)
Jawatan disandang dalam politik:
- Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Hulu Langat
- Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Hulu Langat
- ketua Cawangan UMNO Hulu Langat
Penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan:
- Ahli Lembaga Pengarah Kopel Hulu Langat (2018-2019)
- Setiausaha Surau Al-Falah (2014-2019)
- Setiausaha JKKK Kampung Sesapan Kelubi, Beranang (2003-2018)
- Setiausaha Tabung Khairat Kampung Sasapan Kelubi Beranang (2013)
- Ahli Jawatankuasa PIBG SRAI Beranang (2003-2005)
Pendidikan:
- Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan dari UKM Bangi (2001)
Politik
[sunting | sunting sumber]Zakaria Hanafi memenangi kerusi DUN Semenyih dalam pilihan raya kecil Semenyih yang diadakan pada 2 Mac 2019 berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor pada 11 Januari 2019.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Zakaria Hanafi di Facebook - Profil Facebook
Parti komponen Barisan Nasional | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||