Ling Liong Sik | |
---|---|
Menteri Pengangkutan Malaysia | |
Dalam jawatan 1986–2003 | |
Timbalan Menteri | Rahmah Othman (1986-1987) Zaleha Ismail (1987-1995) Mohd Ali Rustam (1995-1996) Ibrahim Saad (1996-1999) Ramli Ngah Talib (1999-2003) |
Didahului oleh | Chong Hon Nyan |
Digantikan oleh | Chan Kong Choy |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Labis, Johor | |
Dalam jawatan 1986–2004 | |
Didahului oleh | Bahari Haron |
Digantikan oleh | Chua Soi Lek |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Mata Kuching, Pulau Pinang (kini dikenali sebagai Bagan) | |
Dalam jawatan 1974–1986 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan |
Presiden Persatuan Cina Malaysia ke-8 | |
Dalam jawatan 3 September 1986 – 23 Mei 2003 | |
Didahului oleh | Tan Koon Swan |
Digantikan oleh | Ong Ka Ting |
Timbalan Menteri Pelajaran | |
Dalam jawatan 1985–1986 | |
Menteri | Abdullah Ahmad Badawi |
Didahului oleh | Chow Poh Kheng |
Digantikan oleh | Bujang Ulis Ng Cheng Kiat |
Timbalan Menteri Kewangan | |
Dalam jawatan 1982–1984 | |
Menteri | Tengku Razaleigh Hamzah |
Didahului oleh | Mak Hon Kam Najib Razak |
Digantikan oleh | Sabbaruddin Chik Tan Tiong Hong |
Timbalan Menteri Penerangan | |
Dalam jawatan 1976–1982 | |
Menteri | Abdul Taib Mahmud (1976-1978) Mohamed Rahmat (1978-1982) |
Didahului oleh | Shariff Ahmad |
Digantikan oleh | Mohd Kassim @ Yahya Ahmad |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kuala Kangsar, Perak, Tanah Melayu British (kini Malaysia) | 18 September 1943
Parti politik | BN-MCA |
Pasangan | Toh Puan Datin Seri Ong Ee Nah |
Anak | Ling Hee Leong Ling Hee Kiat |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Doktor Perubatan |
Tun Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik (lahir 18 September 1943) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau merupakan mantan Menteri Pengangkutan Malaysia (1986-2003), mantan Timbalan Menteri Pelajaran (1985-1986), mantan Timbalan Menteri Kewangan (1982-1984), mantan Timbalan Menteri Penerangan (1976-1982) dan mantan Ahli Parlimen Labis selama empat penggal (1986-2004) serta mantan Ahli Parlimen Mata Kucing (kini Bagan) selama tiga penggal (1974-1986).
Pada 4 Februari 1988, Ling telah dilantik sebagai perdana menteri peralihan Malaysia sehingga 16 Februari tahun yang sama.
Pada 27 Oktober 2015, Perdana Menteri Najib Razak memfailkan saman terhadap Ling berhubung kenyataan berbaur fitnah yang dibuat ke atasnya berkaitan kontroversi derma politik RM2.6 bilion (US$700 juta) yang telah dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.[1] Pada 22 Mei 2018, Najib menarik balik saman terhadap Ling berhubung dakwaan bahawa beliau menyalahgunakan dana kerajaan.[2]
Beliau juga merupakan salah seorang ahli politik Cina yang paling berpengaruh di Malaysia kontemporari.
Kehidupan awal
Dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak, beliau mendapat pendidikan awal di King Edward VII, Taiping dan Maktab Tentera Diraja. Kemudian beliau menyambung pelajaran dan mendapat Ijazah Sarjana Muda doktor perubatan dari Universiti Singapura pada tahun 1966. Kemudian beliau mendapat latihan di Pulau Pinang di mana beliau mula menyertai MCA sebagai ahli biasa.
Keluarga
Beliau berkahwin dengan Ong Ee Nah dan dikurniakan 2 orang anak lelaki: Ling Hee Leong dan Ling Hee Kiat.
Politik
Pada tahun 1974, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Mata Kuching, Pulau Pinang. Kini dikenali sebagai Parlimen Bagan. Pada tahun 1986, beliau bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Labis. Beliau mengekalkan kerusi tersebut untuk 4 penggal berturut-turut dalam pilihanraya 1986, 1990, 1995 dan 1999. Pada 3 September 1986, beliau telah dilantik sebagai Presiden MCA. Beliau menjadi Presiden MCA pada usia 43 tahun dan mentadbir parti selama 17 tahun dari tahun 1986 hingga tahun 2003, selepas penyandangnya, Tan Koon Swan berhadapan krisis pan ell yang memaksa beliau untuk meletakkan jawatan.
Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Kerajaan Tempatan dan Persekutuan, Timbalan Menteri Penerangan, Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Pelajaran. Jawatan terakhir sebagai Menteri Pengangkutan.
Antara kejayaan MCA sewaktu beliau menjadi Presiden MCA ialah mempromosi dan memperbesarkan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) di Setapak dan mengutip dana untuk menubuhkan Universiti Tunku Abdul Rahman di Kampar.
Biasiswa Koperasi Jayadiri Malaysia (Kojadi) turut dilancarkan. Kemudian Projek Pendidikan Langkawi turut dilancarkan bagi mengutip dana pendidikan.[3] Projek ini dilihat menyaingi Projek Tanjung I, II dan III yang dilaksanakan oleh DAP.
Perdana Menteri Malaysia
Pada 4 Februari 1988, apabila UMNO sebagai parti teras Barisan Nasional diharamkan, Mahathir Mohamad telah menyerahkan jawatan Pengerusi Barisan Nasional kepada Presiden MCA ketika itu, Ling Liong Sik. Dengan itu juga Mahathir tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana parti teras telah diharamkan buat beberapa ketika. Berlaku kekosongan jawatan Perdana Menteri Malaysia buat beberapa hari sehinggalah UMNO Baru ditubuhkan. Menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan, yang memangku jawatan Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Ling Liong Sik. Akan tetapi, tidak berlaku perlantikan watikah secara rasmi daripada Yang di-Pertuan Agong kepada Ling.[4]
Kes fitnah Najib Razak
Kesihatan
Pada 9 Oktober 2009, Ling terjatuh di kediamannya mengakibatkan tangan kanannya patah. Beliau ditemani isterinya Ena Ling mendapatkan rawatan di Hospital Assunta.[5]
Pendapat peribadi
Pada 18 Februari 2016, Ling membidas Perdana Menteri Najib Razak yang sebelum ini mengheretnya ke mahkamah atas saman fitnah.[6]
Menurut Ling itu, tidak ada yang apa yang salah dengan UMNO dan Barisan Nasional.
Hanya Najib dan (isteri perdana menteri) Rosmah.
Kita singkirkan Najib dan Rosmah, negara akan kembali normal. Keamanan, kestabilan dan kemajuan akan kembali ke Malaysia.
— Ling Liong Sik[6]
Ling berkata beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan Rosmah, tetapi percaya bahawa beliau terlibat dalam isu-isu bersama-sama dengan suaminya.[6]
Ling turut membidas kenyataan Peguam Negara Mohamed Apandi Ali yang mendakwa Najib telah mengembalikan RM2.03 bilion kepada penderma berkenaan.
Semua orang terkejut.
Saya sedang makan malam dengan seorang bekas menteri, dia minta saya namakan orang yang diberi RM2.6 bilion dan memulangkan wang itu semula?
(Ini) tidak mungkin benar, siapa yang percaya? Jika awak pulangkan RM10 yang saya berikan itu adalah okay (tetapi bukan RM2.6 bilion).
Awak fikir rakyat bodoh.
— Ling Liong Sik[6]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Parlimen | Penyandang | Undi | Pct | Pembangkang | Undi | Pct | Jumlah undi | Majoriti | Peratus unjuran | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1974 | Mata Kuching, Pulau Pinang (kini dikenali sebagai Parlimen Bagan) |
Ling Liong Sik (MCA) | 13,755 | 53.97% | Ong Yi How (PEKEMAS) | 8,457 | 33.18% | 26,354 | 5,298 | 83.97% | ||
Goh Lim Eam (DAP) | 3,273 | 12.84% | ||||||||||
1978 | Ling Liong Sik (MCA) | 23,564 | 65.27% | Loh Kim Heng (SDP) | 8,365 | 23.17% | N/A | 15,199 | N/A | |||
Abdul Hamid Abdullah (PAS) | 5,298 | 11.56% | ||||||||||
1982 | Ling Liong Sik (MCA) | 26,995 | 62.11% | Goh Sin Khoon (DAP) | 14,839 | 34.14% | 44,646 | 12,156 | 77.46% | |||
Raja Ahamed Narudin @ Raja Mohamed Raja Sulaiman (IND) | 1,626 | 3.74% | ||||||||||
1986 | P118 Labis, Johor | Ling Liong Sik (MCA) | 18,182 | 67.96% | Tan Tien Lim (DAP) | 8,571 | 32.04% | 27,650 | 9,611 | 72.26% | ||
1990 | Ling Liong Sik (MCA) | 17,710 | 58.65% | Ahmad Ton (DAP) | 12,485 | 41.35% | 31,292 | 5,225 | 74.06% | |||
1995 | P128 Labis, Johor | Ling Liong Sik (MCA) | 24,185 | 72.57% | Ahmad Ton (DAP) | 9,140 | 27.43% | 34,693 | 15,045 | 73.17% | ||
1999 | Ling Liong Sik (MCA) | 23,709 | 70.53% | Ahmad Ton (DAP) | 9,908 | 29.47% | 34,775 | 13,801 | 71.44% |
Garis masa sebagai Ahli Parlimen
Senarai Ahli Parlimen yang telah berkhidmat selama lebih daripada 30 tahun
Anugerah
Anugerah di Malaysia
- Malaysia :
- Seri Setia Mahkota Malaysia (SSM) – Tun (2004)[9]
- Melaka :
- Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) – Datuk Seri (1993)
- Perak :
- Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) – Dato' Seri (1989)
- Sarawak :
- Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) – Dato Sri (2003)
- Selangor :
- Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) – Dato' (1992)[10]
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Najib sues Ling over defamatory remarks". NST Online (dalam bahasa Inggeris). 2015-10-29.
- ^ NAZLINA, BY MAIZATUL (2018-05-22). "Najib withdraws defamation suit against Ling Liong Sik". The Star (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Datuk Seri Dr Ling Liong Sik
- ^ For A Few Days In 1988, Malaysia Actually Had A Chinese Prime Minister
- ^ "Ling Liong Sik patah tangan kanan kerana terjatuh". www.mstar.com.my. 2009-10-09.
- ^ a b c d Chie, Kow Gah (2016-02-18). "Ling: Negara kembali aman, stabil jika Najib, Rosmah disingkir". Malaysiakini.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
- ^ "Pilihan raya umum Malaysia". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004.
- ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2004" (PDF).
- ^ "DPMS 1992". awards.selangor.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-29. Dicapai pada 25 Januari 2021.
Pautan luar
Penyandang Terdahulu | Presiden MCA 3 September 1986 – 23 Mei 2003 |
Penyandang Kemudian |
Tan Koon Swan |
Ong Ka Ting |
- Pages using the EasyTimeline extension
- Penerima Seri Setia Mahkota
- Anggota Persatuan Cina Malaysia
- Orang hidup
- Kelahiran 1943
- Orang dari Perak
- Menteri Kerajaan Malaysia
- Presiden Persatuan Cina Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-4
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-5
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-6
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-7
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-8
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-9
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-10
- Doktor perubatan Malaysia
- Setiausaha parlimen kementerian Malaysia