Senator Dato' Dr. Loga Bala Mohan Jaganathan DSSA (Selangor); DSPN (PP) | |
---|---|
Ahli Dewan Negara Malaysia | |
Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong | |
Dalam jawatan 2013–2019 | |
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia | |
Dalam jawatan 2013–2018 | |
Didahului oleh | M. Saravanan |
Digantikan oleh | Shahruddin Md Salleh |
Naib Presiden Parti Progresif Penduduk | |
Dalam jawatan 2018–2019 Berkhidmat with Dato' Elayppen Muthusamy Ong Chee Keng Dato' Siva Kumar | |
Maklumat peribadi | |
Parti politik | Parti Progresif Penduduk (myPPP) |
Pendidikan | Doktor Falsafah Pacific Western University Amerika Syarikat |
Pekerjaan | Ahli politik, ahli perniagaan |
Senator Dato' Dr. Loga Bala Mohan Jaganathan adalah merupakan Senator di Dewan Negara Malaysia[1] sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia yang dilantik pada 2013 hingga 2018 lalu.[2]
Kerjaya korporat
Sebelum beliau melibatkan diri dalam bidang politik, Loga merupakan seorang ahli korporat yang menjawat pelbagai jawatan seperti Pengarah Urusan Sanatan Holdings Sdn Bhd pada 1993, Pengarah Eksekutif Tenco Berhad pada 1996, Pengarah Eksekutif Westmont Lands Sdn Bhd dan Pengarah Wing Teik Holdings Berhad pada 1999, Pengarah Eksekutif Associated Kaolin Industries Berhad pada 2000, Ahli Lembaga Pengarah Comintel Corporation Berhad dan beberapa buah syarikat lain.[3]
Pilihan raya
Beliau telah tewas pada Pilihan raya umum Malaysia 2018 kepada calon dari Pakatan Harapan, Hannah Yeoh (DAP).[4]