Yang Berbahagia Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof DGSM (Melaka) | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Alor Gajah, Melaka | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Koh Nai Kwong |
Digantikan oleh | Adly Zahari |
Pengerusi Boustead Holdings Berhad | |
Menyandang jawatan 3 Januari 2022 | |
Didahului oleh | Mohamed Khaled Nordin |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tugas-Tugas Khas | |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin |
Timbalan | Yang Berhormat Datin Mastura binti Mohd Yazid |
Didahului oleh | Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin bin Hussein |
Digantikan oleh | Abdul Latiff Ahmad |
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi | |
Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah Muhammad V |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Timbalan | Mohd Hatta Ramli |
Didahului oleh | Noh Omar |
Digantikan oleh | Wan Junaidi Tuanku Jaafar |
Kawasan pilihan raya | Alor Gajah |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Masjid Tanah, Melaka, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 14 April 1957
Parti politik | BERSATU |
Gabungan politik lain | PH (2018-2020) PN (2020-kini) |
Pasangan | Datin Seri Hamidah Osman |
Anak | 4 |
Tempat belajar | Universiti Leeds, United Kingdom |
Pekerjaan | Ahli politik |
Gaji | RM65,407.20 sebulan[1] |
Kabinet | |
Anugerah awam | Senarai |
Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof (lahir 14 April 1957) atau lebih dikenali sebagai Pak Wan kini merupakan bekas penyandang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) pada 10 Mac 2020 hingga 16 Ogos 2021. Beliau juga pernah menjadi Menteri Pembangunan Usahawan[2] yang telah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Muhammad V pada 2 Julai 2018 di Istana Negara.
Pendidikan
Beliau ialah lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Leeds University, United Kingdom.
Kerjaya
1982-1990 - Jurutera tapak Esso Malaysia Berhad
1990-1993 - Jurutera Petronas Carigali Sdn Bhd
2014-kini - Pengarah Bukit Fraser Thermal Technologies Sdn Bhd
2022-kini - Pengerusi Bukan Eksekutif Boustead Holdings Berhad
Politik
Pakatan Harapan
Redzuan memulakan langkah dalam politik apabila memenangi kerusi Parlimen Alor Gajah pada Pilihan raya umum Malaysia 2018 atas tiket Parti Keadilan Rakyat bagi mewakili Pakatan Harapan dan beliau merupakan pemimpin dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia.[3]
Kemudian, beliau telah dilantik dalam Kabinet Malaysia 2018 sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi selaku Ahli Parlimen Alor Gajah.
Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia dari tahun 2016 hingga tahun 2020 lalu. Beliau juga merupakan bekas Ketua Bahagian BERSATU Masjid Tanah sebelum ditewaskan oleh Mas Ermieyati Samsudin.[4]
Perikatan Nasional
Beliau sekali lagi dilantik sebagai Menteri dalam Kabinet Muhyiddin Yassin sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) sehingga Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan pada 16 Ogos 2021 lalu disebabkan kehilangan sokongan majoriti di Dewan Rakyat Malaysia.[5]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Perlembagaan | Kerajaan | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | P135 Alor Gajah, Melaka. | Mohd Redzuan (BERSATU) | 29,330 | 50.73% | Wong Nai Chee (MCA) | 22,350 | 38.66% | 59,000 | 6,980 | 83.85% | ||
Mohd Nazree Mohd Aris (PAS) | 6,135 | 10.61% |
Anugerah
- Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) - Datuk Seri (2018)
Rujukan
- ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
- ^ Tuah Mohd Redzuan, kali pertama jadi wakil rakyat terus jadi menteri
- ^ Calon PRU
- ^ Bekas ketua puteri Umno tewaskan Redzuan
- ^ Tan Sri Muhyiddin letak jawatan Perdana Menteri
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2018. Keputusan hanya boleh didapati dari pilihan raya 2004.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". SPR. Dicapai pada 17 May 2018. Angka peratusan berdasarkan jumlah pemilih.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Angka peratusan berdasarkan jumlah pemilih.
Pautan luar
- Laman menggunakan kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui
- Kelahiran 1958
- Orang hidup
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Orang dari Melaka
- Anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Tugas-tugas Khas)