Tuminah Kadi | |
|---|---|
| Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka | |
| Menyandang jawatan 6 April 2023 (Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna) | |
| Gabenor | Mohd Ali Rustam |
| Ketua Menteri | Ab Rauf Yusoh |
| Ahli | Allex Seah Shoo Chin |
| Didahului oleh | Portfolio ditubuhkan (Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna) |
| Kawasan pilihan raya | Pantai Kundor |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi Pantai Kundor | |
| Menyandang jawatan 20 November 2021 | |
| Didahului oleh | Nor Azman Hassan (BN–UMNO) |
| Majoriti | 827 (2021) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 8 Julai 1967 |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) |
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) |
Tuminah binti Kadi merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh sejak April 2023 dan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) bagi Pantai Kundor sejak November 2021. Beliau merupakan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen dalam gabungan Barisan Nasional (BN).[1]
Kerjaya politik
Calon bagi Dewan Undangan Negeri Melaka (2021)
Dalam pilihan raya negeri 2021, Tuminah Kadi membuat penampilan sulung dalam pilihan raya selepas dicalonkan oleh BN untuk bertanding di kerusi negeri Pantai Kundor. Tuminah berdepan dengan Mohamad Ridzwan Mustafa daripada Perikatan Nasional (PN) dan Nor Azman Hassan daripada Pakatan Harapan (PH). Beliau memenangi kerusi tersebut dengan memperoleh 3,170 undi dan majoriti tipis sebanyak 827 undi.[2]
Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (sejak 2023)
Pada 6 April 2023, Tuminah Kadi telah dilantik oleh Ketua Menteri Ab Rauf sebagai Timbalan Ahli EXCO yang bertanggungjawab terhadap Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, membantu Ahli EXCO Allex Seah Shoo Chin.[3][4]
Keputusan pilihan raya
| Tahun | Kerusi | Calon | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2021 | N12 Pantai Kundor | Tuminah Kadi (UMNO) | 3,960 | 40.03% | Mohamad Ridzwan Mustafa (BERSATU) | 3,133 | 31.67% | 10,072 | 827 | 65.11% | ||
| Nor Azman Hassan (AMANAH) | 2,799 | 28.30% | ||||||||||
Anugerah
Melaka
Darjah Pangkuan Seri Melaka Kelas II (D.P.S.M.) – Datuk (2025)[7][8]
Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (2012)[9]
Rujukan
- ^ "Calon PRU Tuminah binti Kadi". pru.sinarharian.com.my.
- ^ "Keputusan rasmi PRN Melaka". www.bharian.com.my. 20 November 2021.
- ^ "Ab. Rauf umum 10 timbalan Exco Melaka". www.utusan.com.my. 6 April 2023.
- ^ "10 Timbalan EXCO Melaka diumum". www.bharian.com.my. 6 April 2023.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka 2021" (PDF) (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 25 Ogos 2023.CS1 maint: unrecognized language (link) Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 25 Ogos 2023..
- ^ Bernama (24 Ogos 2025). "Chief Justice leads Melaka Governor's birthday honours list" (dalam bahasa Inggeris). theSun. Dicapai pada 24 Ogos 2025.
- ^ Amir Mamat (24 Ogos 2025). "Ketua Hakim Negara ketuai senarai penerima darjah kebesaran Melaka". Berita Harian. Dicapai pada 24 Ogos 2025.
- ^ "SENARAI PENGANUGERAHAN DARJAH, TAULIAH, BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2012" (PDF). Warta Kerajaan Negeri Melaka.








