Nor Azrina Surip | |
---|---|
Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Wilayah Persekutuan) | |
Menyandang jawatan 2023 | |
Menteri | Zaliha Mustafa |
Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) | |
Menyandang jawatan 7 April 2023 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Nik Nazmi Nik Ahmad |
Pengerusi PKR Kedah | |
Menyandang jawatan 2024 | |
Timbalan | Zamri Yusuf |
Didahului oleh | Nurul Izzah Anwar |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Merbok, Kedah | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Ismail Daut |
Digantikan oleh | Mohd Nazri Abu Hassan |
Majoriti | 10,072 (PRU-14) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Nor Azrina binti Surip 25 Oktober 1975 Selangor |
Parti politik | PKR |
Tempat belajar | Universiti Sains Malaysia Universiti Teknologi Malaysia |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Jurutera |
Puan Nor Azrina Surip (lahir 25 Oktober 1975) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Merbok (2018-2022) dan kini berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Menteri (JPM) Wilayah Persekutuan dan Anggota Lembaga Pengarah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Di peringkat parti, beliau adalah Pengerusi PKR Kedah dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.
Kerjaya
- Pegawai penyelidik di Pusat Pengurusan Penyelidikan di UTM, Skudai (2001-2004)
- Jurutera Alam Sekitar
Jawatan dalam parti
- Ahli Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia
- Ketua AMK Johor
- Pengerusi Biro Pilihanraya Angkatan Muda Keadilan
- Exco Wanita PKR Pusat
- Ketua Wanita PKR Sungai Petani
- Timbalan Pengarah II, Jawatankuasa Pilihanraya Negeri
Pendidikan
- Ijazah Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- ijazah lanjutan Sarjana Kejuruteraan Alam Sekitar dari Universiti Sains Malaysia (USM)
Kehidupan awal dan pendidikan
Azrina dilahirkan di Selangor. Beliau menerima Diploma Kejuruteraan Awam pada tahun 1996 dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kejuruteraan Awam pada tahun 1999 dari Universiti Teknologi Malaysia dan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Alam Sekitar dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 2005 lalu. [1] Beliau juga penerima Exchange Programme 96 Malaysian Delegation to South Korea, Anugerah Khas Jawatankuasa Mahasiswa (JKM) dari Kolej Tun Fatimah, UTM (1999), Anugerah Wanita Muda/Srikandi (Anugerah Delima Merah) dan Anugerah Citra Kreatif dari Kolej Tun Fatimah, UTM (1999).
Keputusan pilihan raya
Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Merbok | Nor Azrina Surip | PH (PKR) | 31,554 | Mohd Nazri Abu Hassan | PN (BERSATU) | 52,753 | 21,019 |
Shaiful Hazizy Zainol Abidin | BN (UMNO) | 16,691 | ||||||
Mohamed Mosin Abdul Razak | GTA (IMAN) | 1,201 | ||||||
Khairul Anuar | WARISAN | 525 | ||||||
2018 | Nor Azrina Surip | PH (PKR) | 30,902 | Tajul Urus Mat Zain | BN (UMNO) | 20,830 | 10,072 | |
Ahmad Fauzi Ramli | PAS | 19,618 | ||||||
2013 | Nor Azrina Surip | PKR | 34,416 | Ismail Daut | BN (UMNO) | 38,538 | 4,122 |