Lee San Choon | |
---|---|
李三春 | |
Menteri Pengangkutan | |
Dalam jawatan 1979–1983 | |
Timbalan Menteri | Goh Cheng Teik (1979-1981) Abu Hassan Omar (1981-1983) |
Didahului oleh | V. Manickavasagam |
Digantikan oleh | Chong Hon Nyan |
Menteri Kerja Raya dan Kemudahan Awam | |
Dalam jawatan 1978–1979 | |
Timbalan Menteri | Nik Hussein Wan Abdul Rahman |
Didahului oleh | Abdul Ghani Gilong |
Digantikan oleh | Samy Vellu |
Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat | |
Dalam jawatan 1974–1978 | |
Timbalan Menteri | Hassan Adli Mohd Arshad (1974-1976) Pathmanaban Kunjamboo (1976-1978) |
Didahului oleh | V. Manickavasagam |
Digantikan oleh | Richard Ho Ung Hun |
Menteri Teknologi, Penyelidikan dan Penyelarasan Kampung Baru | |
Dalam jawatan 1973–1974 | |
Timbalan Menteri | Tiada |
Didahului oleh | Ong Kee Hui |
Digantikan oleh | Mohamed Yaacob |
Timbalan Menteri Buruh | |
Dalam jawatan 1971–1973 | |
Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas | |
Dalam jawatan 1969–1971 | |
Setiausaha Parlimen Kementerian Buruh | |
Dalam jawatan 1964–1969 | |
Menteri | V. Manickavasagam |
Presiden MCA ke-4 | |
Dalam jawatan Ogos 1975 – 25 Mac 1983 | |
Didahului oleh | Tan Siew Sin |
Digantikan oleh | Tan Koon Swan |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Seremban | |
Dalam jawatan 26 April 1982 – 24 Mac 1983 | |
Didahului oleh | Chen Man Hin |
Digantikan oleh | Chen Man Hin |
Majoriti | 845 (1982) |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Segamat | |
Dalam jawatan 14 September 1974 – 21 April 1982 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Subramaniam Sinniah |
Majoriti | 11,398 (1974) 17,318 (1978) |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Segamat Selatan | |
Dalam jawatan 25 April 1964 – 13 September 1974 | |
Didahului oleh | Teoh Chze Chong |
Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan |
Majoriti | 6,399 (1964) 9,287 (1969) |
Anggota Parlimen Persekutuan Tanah Melayu/Malaysia untuk Kluang Utara | |
Dalam jawatan 19 Ogos 1959 – 2 April 1964 | |
Didahului oleh | Konstituensi diwujudkan |
Digantikan oleh | Tiah Eng Bee |
Majoriti | 1,455 (1959) |
Butiran peribadi | |
Lahir | Lee Soon Seng 24 Mac 1935 Pekan, Pahang, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, British Malaya (kini Malaysia) |
Meninggal dunia | 3 Mac 2023 Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 87)
Parti politik | Persatuan Cina Malaysia (MCA) |
Sekutu gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) |
Anak-anak | 2 |
Tan Sri Dato' Lee San Choon (24 Mac 1935 – 3 Mac 2023) merupakan ahli politik Parti Perikatan-MCA di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Kluang Utara, negeri Johor (1958–1964). Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957.
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 24 Mac 1935 di Pekan, Pahang. Mendapat pendidikan di English College, Johor Bahru. Beliau pernah bekerja di Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Malaysia sebelum keputusan untuk berhenti dan berkhidmat di sektor swasta, Malayan Weaving Mills Ltd.
Pilihan raya
Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat, bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Persekutuan Malaysia. Kerusi Parlimen ketika itu bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Pilihan raya tersebut, Parti Perikatan berjaya memenangi 74 kerusi manakala parti pembangkang memenangi 30 kerusi. Beliau menang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Segamat Selatan, Johor. Beliau dilantik sebagai Menteri Kerja Raya dan Kemudahan Awam Malaysia.
Politik
Jawatan Setiausaha Politik kepada Tun Tan Siew Sin merupakan titik awal pembabitan awal beliau di dalam bidang politik. Pada tahun 1965 beliau dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Buruh.
Memegang Jawatan Timbalan Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat pada 1969 dan Timbalan Menteri Kerja Raya dan Komunikasi sebelum dilantik Menjadi Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan pada tahun 1978.
Kompleks Kerja Raya 17 Tingkat dan bangunan-bangunan persekutuan merupakan beberapa projek yang dikenalpasti siap semasa beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan.
Anugerah
Kehormatan Malaysia
- Malaysia :
- Kesatria Mangku Negara (KMN) (1963)[1]
- Panglima Mangku Negara (PMN) – Tan Sri (1990)[2]
- Johor :
- Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) – Dato' (1973)[3]
- Darjah Sultan Ismail Johor Yang Amat Diberkati Pangkat Pertama Dato' Sri Setia Sultan Ismail Johor (SSIJ) – Dato' (1977)[3]
Rujukan
- ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1963" (PDF).
- ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1990" (PDF).
- ^ a b Maktab Sultan Abu Bakar (English College) : Sejarah dan Biografi 100 Tokoh Melakar Kegemilangan. Kamdi Kamil (ed. 1st). Johor Bahru: Percetakan Bumi Restu Sdn Bhd. 2014. m/s. 130. ISBN 978-983-42249-8-1. OCLC 892514524.CS1 maint: others (link)
- Anggota Persatuan Cina Malaysia
- Kelahiran 1935
- Kematian 2023
- Menteri Kerajaan Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia pertama
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-2
- Presiden Persatuan Cina Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-3
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-4
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-5
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-6
- Orang dari Pahang
- Penerima Panglima Mangku Negara
- Penerima Darjah Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor
- Penerima Darjah Dato’ Sri Setia Sultan Ismail Johor
- Menteri Pengangkutan Malaysia
- Setiausaha parlimen kementerian Malaysia