Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Ghani Gilong | |
---|---|
Menteri Kerja Raya dan Kemudahan Awam | |
Dalam jawatan 5 Mac 1976 – 27 Julai 1978 | |
Didahului oleh | V. Manickavasagam |
Digantikan oleh | Lee San Choon |
Kawasan pilihan raya | Kinabalu |
Menteri Kerja Raya dan Pegangkutan | |
Dalam jawatan 1 Januari 1972 – 4 Mac 1974 | |
Didahului oleh | V. T. Sambanthan |
Digantikan oleh | V. Manickavasagam |
Kawasan pilihan raya | Kinabalu |
Menteri Pengangkutan | |
Dalam jawatan 23 September 1970 – 9 Februari 1971 | |
Menteri Keadilan | |
Dalam jawatan 1969–1970 | |
Menteri Hal Ehwal Sabah | |
Dalam jawatan 1968–1969 | |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Kinabalu | |
Dalam jawatan 1969–1978 | |
Didahului oleh | Kawasan diciptakan |
Digantikan oleh | Mark Koding |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kampung Matan, Ranau, Borneo Utara British (kini Sabah, Malaysia) | 30 Mei 1932
Mati | 6 Mac 2021 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia | (umur 88)
Tempat semadi | Kampung Silou, Ranau, Sabah |
Parti politik | BERJAYA USNO UPKO |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) |
Pasangan | Halimah Ginsos Amisah Ibrahim |
Anak | 8 (Halimah), 4 (Amisah) |
Pendidikan | Sacred Heart School, Kota Kinabalu |
Pekerjaan | Ahli politik |
Tan Sri Abdul Ghani Gilong (30 Mei 1932 – 6 Mac 2021) merupakan bekas ahli politik serta negarawan berbangsa Kadazan-Dusun yang berasal dari Sabah, Malaysia. Beliau dilahirkan pada 30 Mei 1932 di Kampung Matan, Ranau, Sabah dan merupakan salah seorang daripada empat penerima Anugerah Tokoh Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia tahun 2010, berikutan jasa beliau yang banyak membantu kepada penyertaan Sabah ke dalam Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.[1]
Sumbangan terhadap pembentukan Malaysia
Tan Sri Abdul Ghani Gilong dikenali kerana sumbangan beliau terhadap penyertaan Sabah ke dalam Persekutuan Malaysia. Beliau bersama-sama dengan Tun Fuad Stephens menjelajah ke kawasan pedalaman seperti Ranau, Kundasang, Tambunan, Keningau, Jeselton (kini Kota Kinabalu), Kudat, Sandakan dan Kinabatangan bagi membantu Suruhanjaya Cobbold memberi penerangan kepada rakyat Sabah mengenai faedah-faedah yang bakal dinikmati Sabah supaya mereka menyokong pembentukan Malaysia.
Kerjaya politik
Tan Sri Abdul Ghani Gilong asalnya merupakan seorang peladang sebelum menceburkan diri dalam bidang politik. Setelah Sabah menyertai Malaysia pada tahun 1963, beliau bersama-sama Tun Fuad Stephens mengasaskan Pertubuhan Bersatu Pasok-Momogun Kadazan. Setelah parti tersebut dibubarkan pada tahun 1967, beliau menyertai Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).
Kerjaya politik beliau di peringkat persekutuan bermula dengan memegang jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah dan Pertahanan Awam. Selain itu beliau juga pernah menjawat jawatan Menteri Kehakiman serta Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan Malaysia. Semasa menjawat jawatan sebagai Menteri Kerja Raya, beliau merasmikan pembukaan Lebuhraya Karak serta Terowong Genting Sempah pada tahun 1977. Selain itu, beliau turut terlibat dalam pembinaan projek mega lain seperti Kampus Utama Institut Teknologi MARA di Shah Alam serta Empangan Temenggor di Perak.
Beliau bersara dari arena politik setelah tewas pada pilihan raya 1978. Beliau kembali menjadi seorang peladang selepas persaraannya.
Kematian
Tan Sri Abdul Ghani Gilong telah meninggal dunia pada 6 Mac 2021 di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada pukul 12:12 tengah malam akibat sakit tua ketika berusia 88 tahun.[2]
Rujukan
- ^ Tan Sri Haji Abdul Ghani Gilong.
- ^ "Veteran politik Abdul Ghani Gilong meninggal dunia". Sinar Harian. 6 Mac 2021.
Bacaan lanjut
- Mohd Azrone Sarabatin (8 September 2007). "Abdul Ghani Gilong pembela Sabah." Berita Harian.
- Nota Sidang Akhbar, Anugerah Tokoh sempena sambutan perayaan Hari Malaysia Tahun 2010 (KPKK)
- Memori Pejuang Bangsa (Bersama mencipta masa depan gemilang)
- Berita Harian 17 September 2010
- Harian Metro 17 September 2010
- Kelahiran 1932
- Kematian 2021
- Orang dari Sabah
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu
- Menteri Keadilan Malaysia
- Kematian akibat pandemik COVID-19 di Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-3
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-4
- Penerima Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu
- Ahli politik Malaysia berketurunan Kadazandusun