Ngwe Hee Sem | |
|---|---|
| 魏喜森 | |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka | |
| Menyandang jawatan 5 April 2023 (Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan) | |
| Gabenor | Mohd Ali Rustam |
| Timbalan | Siti Faizah Abdul Azis |
| Ketua Menteri | Ab Rauf Yusoh |
| Didahului oleh | Sendiri (Sumber Manusia dan Perpaduan) Muhamad Akmal Saleh (Kesihatan) |
| Kawasan pilihan raya | Machap Jaya |
| Dalam jawatan 26 November 2021 – 31 Mac 2023 (Perpaduan, Sumber Manusia, Hubungan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna) | |
| Gabenor | Mohd Ali Rustam |
| Ketua Menteri | Sulaiman Md Ali |
| Didahului oleh | Ismail Othman |
| Digantikan oleh | Sendiri (Sumber Manusia dan Perpaduan) Allex Seah Shoo Chin (Hal Ehwal Pengguna) Portfolio dibubarkan (Hubungan Masyarakat) |
| Kawasan pilihan raya | Machap Jaya |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi Machap Jaya | |
| Menyandang jawatan 20 November 2021 | |
| Didahului oleh | Ginie Lim Siew Lin (PH–PKR) |
| Majoriti | 938 (2021) |
| Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Melaka | |
| 2021– | Barisan Nasional |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Ngwe Hee Sem 2 Januari 1968 |
| Kewarganegaraan | |
| Parti politik | Persatuan Cina Malaysia (MCA) |
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) |
| Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Ekonomi |
| Tempat belajar | Universiti Tennessee di Martin |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Ngwe Hee Sem di Facebook | |
Ngwe Hee Sem | |
|---|---|
| Nama Bahasa Cina | |
| Tulisan Cina Tradisional | 魏喜森 |
| Tulisan Cina Ringkas | 魏喜森 |
| Hanyu Pinyin | Wèi Xǐ Sēn |
| Wade–Giles | Wei4 Hsi3 Sên |
| Jyutping | Ngai6 Hei2 Sam1 |
| POJ Bahasa Hokkien | Gūi Hí-sim |
| Tâi-lô | Guī Hí-sim |
Ngwe Hee Sem (Bahasa Cina: 魏喜森; Pinyin Mandarin: Wèi Xǐ Sēn; Wade-Giles: Wei4 Hsi3 Sên; Jyutping: Ngai6 Hei2 Sam1; Pe̍h-ōe-jī: Gūi Hí-sim atau Ah Sem, lahir 2 Januari 1968) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh sejak April 2023 untuk penggal kedua dan di bawah bekas Ketua Menteri Sulaiman Md Ali dari November 2021 hingga Mac 2023 untuk penggal pertama serta sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) bagi Machap Jaya sejak November 2021. Beliau ialah seorang ahli Persatuan Cina Malaysia (MCA), sebuah parti komponen gabungan BN. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat, Setiausaha Penganjur MCA Melaka dan Naib Ketua Bahagian MCA Alor Gajah. Beliau juga merupakan satu-satunya Ahli EXCO Melaka daripada MCA, salah seorang daripada hanya dua Ahli EXCO Melaka berketurunan Cina bersama dengan Allex Seah Shoo Chin dan salah seorang daripada hanya dua ADUN MCA bersama dengan ADUN Kelebang, Lim Ban Hong.
Kerjaya politik
Ngwe telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka dalam pilihan raya negeri 2021, dengan memenangi kerusi Machap Jaya daripada penyandang Ginie Lim Siew Lin daripada gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH) yang tidak bertanding semula.[1] Selain itu, beliau juga telah dilantik sebagai Ahli EXCO Melaka yang bertanggungjawab bagi Perpaduan, Sumber Manusia, Perhubungan Komuniti dan Hal Ehwal Pengguna oleh Ketua Menteri ke-12, Sulaiman Md Ali pada 26 November 2021. Beliau telah dilantik semula sebagai Ahli EXCO yang bertanggungjawab bagi Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan oleh Ketua Menteri ke-13, Ab Rauf Yusoh pada 5 April 2023.
Keputusan pilihan raya
| Tahun | Kerusi | Calon | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2021 | N08 Machap Jaya | Ngwe Hee Sem (MCA) | 3,732 | 46.67% | Law Bing Haw (PKR) | 2,794 | 34.94% | 7,996 | 938 | 64.04% | ||
| Tai Siong Jiul (BERSATU) | 1,202 | 15.03% | ||||||||||
| Abd Aziz Osani Kasim (IMAN) | 167 | 2.96% | ||||||||||
| Azlan Daud (BEBAS) | 101 | 1.26% | ||||||||||
Anugerah
Malaysia :
Pegawai Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara (K.M.N.) (2012)[3]
Melaka :
Darjah Mulia Seri Melaka Kelas Pertama (D.M.S.M.) – Datuk (2024)[4]
Penerima Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M.) (2006)[5]
Lihat juga
Rujukan
- ^ "MCA buat kejutan di Machap Jaya". Dicapai pada 30 November 2021.
- ^ "N.15 MACHAP JAYA". SPR Dashboard. 7 November 2021. Dicapai pada 8 November 2021.
- ^ "Senarai Penerima Kesatria Mangku Negara Tahun 2012" (PDF). www.istiadat.gov.my.
- ^ "KSN dahului 299 penerima pingat, darjah kebesaran Melaka". www.bharian.com.my. 25 Ogos 2024.
- ^ "Yang Di-Pertua Negeri of Malacca 68th Birthday Honours list 2006". The Star (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Julai 2008. Dicapai pada 23 Mei 2024.









