Tan Sri Dato' Seri Ong Ka Chuan PSM; SPMP, DPMP (Prk) | |
---|---|
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II Malaysia | |
Dalam jawatan 28 Julai 2015 – 10 Mei 2018 | |
Perdana Menteri | Najib Razak |
Menteri Besar | Mustapa Mohamed |
Didahului oleh | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Digantikan oleh | Darell Leiking |
Ahli Parlimen Malaysia bagi P77 Tanjung Malim, Perak | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 2018 | |
Didahului oleh | Loke Yuen Yow (BN) |
Digantikan oleh | Chang Lih Kang |
Setiausaha Agung Persatuan Cina Malaysia (MCA) | |
Dalam jawatan 2 Januari 2014 – 2018 | |
Didahului oleh | Kong Cho Ha |
Digantikan oleh | Chong Sin Woon |
Dalam jawatan 30 Ogos 2005 – 11 November 2008 | |
Didahului oleh | Ting Chew Peh |
Digantikan oleh | Wong Foon Meng |
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia | |
Dalam jawatan 18 Mac 2008 – 9 April 2009 | |
Didahului oleh | Ong Ka Ting |
Digantikan oleh | Kong Cho Ha |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Lenggong, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 29 Mei 1954
Parti politik | BN-MCA |
Pasangan | Puan Sri Datin Seri Chan Beng Choo |
Pertalian | Ong Ka Ting (adik) |
Anak | 2 |
Tan Sri Dato' Seri Ong Ka Chuan (lahir 29 Mei 1954) merupakan seorang ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau adalah seorang Ahli Parlimen bagi kawasan Tanjung Malim, Perak semenjak 2008.[1]
Ong adalah setiausaha agung sebanyak dua kali bagi Persatuan Cina Malaysia (MCA), sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN). Bagi kali pertama beliau dilantik oleh mantan presiden MCA, Ong Ka Ting yang juga merupakan abang kandungnya pada 30 Ogos 2005[2][3] dan bagi kali kedua pula oleh presiden sekarang Liow Tiong Lai pada 2 Januari 2014.[4][5][6]
Ong pada masa sekarang adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II Malaysia.[7][8] Beliau juga adalah mantan menteri bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia.
Kehidupan awal dan peribadi
Ong telah dilahirkan di Lenggong, Perak. Beliau adalah graduan lulusan Universiti Malaya dan telah bertugas sebagai seorang guru sekolah sebelum menyertai politik. Beliau telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.[9]
Kerjaya politik
Ong adalah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kerusi Chenderiang, Perak dari 1986 hingga 2004,[9] sebelum bertanding kerusi persekutuan Parlimen Batu Gajah di dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004. Beliau kalah kepada Fong Poh Kuan daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP), meskipun komponen Barisan Nasional (BN) mendapat keputusan yang memuaskan di seluruh negara.[10] Walau bagaimanapun, beliau tetap dilantik sebagai setiausaha agung MCA pada tahun seterusnya dan berkhidmat pada masa yang sama dengan presiden Ong Ka Ting yang juga adik kandungnya.[2]
Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008, Ong bertanding dan menang pula kerusi parlimen Tanjung Malim. Beliau dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. He was appointed Minister of Housing and Local Government.[9] Kemudiannya pada tahun yang sama, Ong bertanding Timbalan Presiden MCA tetapi kalah kepada Chua Soi Lek, dan telah serta-merta diganti jawatannya sebagai setiausaha agung oleh presiden baru Ong Tee Keat.[11][12]
Namun pada rombakan Kabinet Malaysia 2015, beliau telah dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia II, jawatan baharu bagi membantu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia I, Dato' Sri Mustapa Mohamed, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebelum Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan dari senarai Kabinet Malaysia 2015 lalu.
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kerajaan | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1986 | Ong Ka Chuan (MCA) | 7,754 | 64% | Aw Too Yen (DAP) | 3,825 | 31% | ||
1990 | Ong Ka Chuan (MCA) | 9,482 | 68% | Shelvarajah (DAP) | 3,551 | 26% | ||
1995 | Ong Ka Chuan (MCA) | 8,582 | 73% | Harikrishnan (DAP) | 2,271 | 19% | ||
1999 | Ong Ka Chuan (MCA) | 7,168 | 59% | Mahinder Singh (PKR) | 3,611 | 30% |
Tahun | Kerajaan | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Ong Ka Chuan (MCA) | 20,814 | 41% | Fong Po Kuan (DAP) | 28,847 | 57% |
Tahun | Kerajaan | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | Ong Ka Chuan (MCA) | 21,016 | 55% | Mohamad Azman Marjohan (PKR) | 15,594 | 41% | ||
2013 | Ong Ka Chuan (MCA) | 28,225 | 53% | Tan Yee Kew (PKR) | 23,897 | 45% |
Lihat juga
Pautan luar
Rujukan
- ^ "Ong Ka Chuan, Y.B. Dato' Seri" (dalam bahasa Malay). Parlimen Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-14. Dicapai pada 19 June 2010. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ a b "Ka Chuan takes over from Chew Peh as MCA sec-gen". New Straits Times. New Straits Times Press Press. 31 August 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-09-11. Dicapai pada 19 June 2010.
- ^ "Ka Chuan named new MCA secretary-general". The Sun Daily. 31 August 2005. Dicapai pada 22 May 2016.
- ^ "Ong Ka Chuan of Tg Malim Is Set To Become MCA Sec-Gen". The Rakyat Post. 29 December 2013. Dicapai pada 22 May 2016.
- ^ "Ong Ka Chuan appointed MCA sec-gen". Bernama. Malaysiakini. 3 January 2014. Dicapai pada 22 May 2016.
- ^ "Ong Ka Chuan appointed MCA secretary-general". ANTARAPOS. 3 January 2014. Dicapai pada 22 May 2016.
- ^ TAM, MICHELLE (28 July 2015). "Cabinet reshuffle: MCA sec-gen Ong Ka Chuan appointed minister". The Star. Dicapai pada 22 May 2016.
- ^ "MALAYSIA :MCA sec-gen Ong Ka Chuan appointed minister in Cabinet reshuffle". Asia One. THE STAR / ANN. 28 July 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-12. Dicapai pada 22 May 2016.
- ^ a b c "New ministers and deputy ministers". The Star. Star Publications. 19 March 2008. Dicapai pada 18 June 2010.
- ^ Foong Pek Yee (26 March 2010). "Kong-Liow tussle seen as a proxy fight". The Star. Star Publications. Dicapai pada 19 June 2010.
- ^ Chua Soi Lek Elected As The Deputy President Of The MCA Warkah. 19 October 2008
- ^ Wong is MCA secretary-general The Star. 12 November 2009
- ^ a b c "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 19 June 2010. Percentage figures based on total turnout.