Sulaiman Md Ali | |
|---|---|
| سليمان مد علي | |
| Ketua Menteri Melaka ke-12 | |
| Dalam jawatan 9 Mac 2020 – 31 Mac 2023 | |
| Gabenor | Mohd Khalil Yaakob (2020) Mohd Ali Rustam (2020–2023) |
| Didahului oleh | Adly Zahari |
| Digantikan oleh | Ab Rauf Yusoh |
| Kawasan pilihan raya | Lendu |
| Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (Kewangan, Tanah, Perancangan Ekonomi, Pelaburan, Hal Ehwal Agama, Warisan, Belia dan Pelancongan) | |
| Dalam jawatan 14 Mei 2013 – 11 Mei 2018 Berkhidmat with | |
| Gabenor | Mohd Khalil Yaakob |
| Ketua Menteri | Idris Haron |
| Ahli | Idris Haron |
| Didahului oleh | Ismail Othman (Kewangan, Tanah dan Perancangan Ekonomi) Amirudin Yusof (Pelaburan) Mohd Yazed Khamis (Hal Ehwal Agama) Chua Kheng Hwa (Warisan dan Pelancongan) Ab Rahman Ab Karim (Belia) |
| Digantikan oleh | Jawatan dibubarkan |
| Kawasan pilihan raya | Lendu |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi Lendu | |
| Menyandang jawatan 5 Mei 2013 | |
| Didahului oleh | |
| Majoriti | 2,503 (2013) 627 (2018) 3,104 (2021) |
| Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Melaka | |
| 2013– | Barisan Nasional |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Sulaiman bin Md Ali 20 Disember 1965 |
| Kerakyatan | |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) |
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) |
| Pasangan | Munira M Yusop |
| Anak | 3 |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Sulaiman bin Md Ali (Jawi: سليمان بن مد علي; lahir 20 Disember 1966)[1] merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) bagi kawasan Lendu sejak Mei 2013. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 dari Mac 2020 sehingga peletakan jawatannya pada Mac 2023, serta sebagai Ahli EXCO Timbalan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (EXCO) di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) pimpinan bekas Ketua Menteri Idris Haron dari Mei 2013 hingga kejatuhan pentadbiran negeri BN pada Mei 2018.[2] Beliau merupakan ahli, Setiausaha Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Bahagian Masjid Tanah bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen gabungan BN.[3]
Kerjaya politik
Ketua Menteri Melaka (2020–2023)
Percubaan menjatuhkan beliau dan Pilihan Raya Negeri Melaka 2021
Pada 4 Oktober 2021, bekas Ketua Menteri Melaka dan ADUN Sungai Udang, Idris Haron bersama tiga lagi ADUN mengisytiharkan hilang kepercayaan serta sokongan terhadap beliau sebagai Ketua Menteri dan mendakwa bahawa kerajaan negeri telah tumbang. Namun begitu, kerajaan negeri kekal mentadbir kerana Sulaiman tidak meletakkan jawatan sebagai ketua menteri dan tidak tewas melalui usul undi percaya di Dewan Undangan Negeri Melaka. Susulan itu, Dewan Undangan Negeri Melaka dibubarkan pada hari yang sama berikutan kehilangan majoriti sokongan dalam dewan, manakala kerajaan negeri beliau kekal berfungsi dalam kapasiti kerajaan sementara sehingga kerajaan negeri baharu dibentuk selepas Pilihan raya negeri Melaka 2021 pada 20 November 2021. Dalam pilihan raya tersebut, Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan besar dengan majoriti dua pertiga di dewan apabila memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN. Beliau kekal sebagai Ketua Menteri dalam kerajaan baharu. Pada keesokan harinya, Sulaiman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.[4]
Perletakan jawatan
Pada 29 Mac 2023, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa Sulaiman telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam serta memaklumkan hasrat beliau untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka. Pada 30 Mac 2023, Ahmad Zahid menamakan Ab Rauf Yusoh, Pengerusi BN Negeri Melaka merangkap ADUN Tanjung Bidara sebagai pengganti beliau. Pada 31 Mac 2023, Ab Rauf telah mengangkat sumpah dan dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 yang baharu.[5]
Kehidupan peribadi
Beliau berkahwin dengan Munira M Yusop dan mempunyai tiga orang anak.[2][3]
Keputusan pilihan raya
| Tahun | Kerusi | Calon | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2013 | N04 Lendu | Sulaiman Md Ali (UMNO) | 5,009 | 66.65% | Asri Shaik Abdul Aziz (PAS) | 2,506 | 33.35% | 7,613 | 2,503 | 86.04% | ||
| 2018 | Sulaiman Md Ali (UMNO) | 4,016 | 46.87% | Ridhuan Affandi Abu Bakar (BERSATU) | 3,389 | 39.56% | 8,701 | 627 | 84.07% | |||
| Arshad Mohamad Som (PAS) | 1,163 | 13.57% | ||||||||||
| 2021 | Sulaiman Md Ali (UMNO) | 4,486 | 63.88% | Abdullah Mahadi (BERSATU) | 1,382 | 19.68% | 7,023 | 3,104 | 66.50% | |||
| Mohamad Asri Ibrahim (PKR) | 1,155 | 16.45% | ||||||||||
Anugerah
Malaysia :
Pegawai Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara (K.M.N.) (2012)[11]
Pingat Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara (P.P.N.) (2002)[11]
Melaka :
Darjah Utama Pangkuan Seri Melaka (D.U.N.M.) – Datuk Seri Utama (2020)[12][13]
Darjah Mulia Seri Melaka Kelas Pertama (D.M.S.M.) – Datuk (2015)[11][14]
Darjah Mulia Seri Melaka Ahli (D.S.M.) (2014)[15]
Penerima Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T.) (2012)[16]
Penerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) (2002)[17]
Rujukan
- ^ "ADUN Lendu Sulaiman Md Ali Ketua Menteri Baharu Melaka". 9 Mac 2020. Dicapai pada 9 Mac 2020.
- ^ a b "ADUN Lendu calon Ketua Menteri Melaka ke-12?". 8 Mac 2020. Dicapai pada 9 Mac 2020.
- ^ a b "Datuk Sulaiman Md Ali Ketua Menteri Melaka baharu". 9 Mac 2020. Dicapai pada 9 Mac 2020.
- ^ "PRN Melaka: Sulaiman Md Ali selesai angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13" [Melaka state election: Sulaiman Md Ali was sworn in as the 13th Chief Minister of Melaka]. Bernama. Astro Awani. 21 November 2021. Dicapai pada 21 November 2021.
- ^ Lynelle Tham (1 April 2023). "Meet Melaka's new chief minister". Free Malaysia Today. FMT Media Sdn Bhd. Dicapai pada 1 April 2023.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 Mac 2017.
- ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "N.04 LENDU". SPR Dashboard. 7 November 2021. Dicapai pada 8 November 2021.
- ^ a b c "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dicapai pada 12 Mac 2020.
- ^ "Tun Mohd Ali conferred Darjah Seri Paduka Setia Melaka Award". Bernama. 24 Ogos 2020. Dicapai pada 1 Oktober 2020.
- ^ "Tun Mohd Ali terima Darjah Seri Paduka Setia Melaka". Berita Harian. 24 Ogos 2020. Dicapai pada 1 Oktober 2020.
- ^ "Zahid leads Malacca honours list". Roshidi Abu Samah. New Straits Times. 8 October 2015. Dicapai pada 12 Mac 2020.
- ^ "SENARAI PENGANUGERAHAN DARJAH, TAULIAH, BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2014" (PDF). Warta Kerajaan Negeri Melaka.
- ^ "SENARAI PENGANUGERAHAN DARJAH, TAULIAH, BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2012" (PDF). Warta Kerajaan Negeri Melaka.
- ^ "SENARAI PENGANUGERAHAN DARJAH, TAULIAH, BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2002" (PDF). Warta Kerajaan Negeri Melaka.
Pautan luar
| Jawatan politik | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh Adly Zahari |
Ketua Menteri Melaka ke-12 2020–2023 |
Diikuti oleh: Ab Rauf Yusoh |










